Kemas Kini Wild Rounds dan Permainan Terancang
Musim pertandingan Wild Rift sedang hangat berjalan! Wild Rounds: CarnaWild pertama kami, yang diadakan di Brazil, baru sahaja tamat, dan kami ingin mengambil sedikit masa untuk bercakap dengan anda tentang Wild Rounds dan beberapa rancangan Permainan Terancang kami untuk sepanjang tahun ini. Apabila kami mencipta inisiatif ini, matlamat kami adalah untuk meraikan dan menyokong komuniti Wild Rift yang penuh dengan peminat berdedikasi. Sama ada anda seorang yang ingin mengadakan pertandingan dengan rakan anda untuk melihat siapakah yang terbaik antara yang terbaik, menonton pempengaruh kegemaran anda bertarung dalam 1v1 berkepentingan tinggi atau menyertai pertandingan itu sendiri untuk membuktikan andalah yang terbaik di rantau anda, inisiatif ini dicipta untuk meraikan anda semua dan menginovasi cara anda menonton dan bermain Wild Rift, dan kami teruja untuk mengembangkan hal ini dengan lebih luas lagi tahun ini!

Tahun lepas, kami julung kalinya mengadakan Wild Rounds: SMASH, satu pertandingan merentas rantau dan juga perayaan Komuniti Wild Rift. Itu adalah kali pertama kami benar-benar memutuskan untuk bereksperimen sedikit dengan format acara kami. Kami menampilkan trek Pro 5v5, yang menyaksikan JT tampil sebagai pasukan juara, trek Pempengaruh 5v5, dengan SNG dari Filipina sebagai pasukan juara dan WCP dari Brazil meraih tempat kedua! Selain itu, kami mengadakan Berganti-ganti Pasukan, iaitu pertandingan 1v1 dan 2v2 yang merupakan gabungan profesional dan pempengaruh, yang menyaksikan kemenangan JT, dengan TS dari Korea merebut tempat keempat! Tahniah sekali lagi buat semua pasukan yang telah meninggalkan kesan dan meraih kemenangan. Amat seronok melihat pempengaruh dan pemain profesional bersaing antara satu sama lain. Kami sangat berpuas hati dengan format ini dan maklum balas yang telah kami terima daripada anda semua dari seluruh dunia! Penting bagi kami yang para peserta dan penonton menikmati event ini, kerana event ini telah kami cipta sambil memikirkan anda. Berdasarkan maklum balas yang telah kami terima, kami berpendapat bahawa Wild Rounds: SMASH secara keseluruhannya adalah satu kejayaan, jadi tahun ini kami akan mengembangkan acara ini.
PERMAINAN TERANCANG

Sesuatu yang kami ingin terokai lagi pada tahun ini adalah memberi anda semua peluang untuk menganjurkan pertandingan dan acara anda sendiri tanpa melibatkan Wild Rounds. Kami berpendapat ini ialah cara yang baik untuk anda, rakan anda dan seluruh komuniti untuk berkumpul dan melihat siapakah terbaik antara yang terbaik, jadi kami ingin memastikan kami dapat membolehkan sesiapa sahaja mendapat peluang untuk menganjurkan acara. Pada masa ini, kami sedang meneroka laluan untuk merealisasikan matlamat ini, supaya penganjur komuniti, pencipta, malah anda dan rakan anda juga, mempunyai keupayaan untuk mencipta pertandingan gabungan anda sendiri. Kami akan bawakan lebih banyak kemas kini dan maklumat tentang cara anda boleh melibatkan diri dan mencipta pertandingan gabungan anda sendiri lewat tahun ini.
WILD ROUNDS
Kami juga akan meluaskan skop Wild Rounds tahun ini. Tahun lalu kami telah mengadakan 11 pertandingan Wild Rounds dan tahun ini kami akan menganjurkan 18 pertandingan Wild Rounds Serantau di Brazil, Korea, Filipina, Türkiye dan Vietnam. Matlamat Wild Rounds adalah untuk pertandingan ini dianjurkan sekali setiap suku tahun, jadi setiap rantau akan menganjurkan pertandingan pada bulan Mei/Jun, Ogos/September dan November/Disember tahun ini. Pertandingan setiap rantau juga akan dianjurkan dan diformatkan secara berbeza serta mempunyai hadiah terkumpul masing-masing yang unik, supaya setiap satu berkhidmat kepada komuniti masing-masing secara khusus. Buat masa ini, majoriti Wild Rounds kami dianjurkan oleh Riot, tetapi kami sedang meneroka kemungkinan untuk bekerjasama dan menjadi rakan kongsi dengan beberapa penganjur pertandingan lain. Apabila kami mencipta acara ini, komuniti Wild Rift telah diambil kira, jadi penting bagi kami bahawa pertandingan ini mengembangkan komuniti Wild Rift di seluruh dunia. Kami tahu betapa pentingnya penganjur pertandingan tempatan, dan sejauh mana mereka menyokong komuniti. Oleh itu, kami berpendapat ini merupakan peluang yang menarik untuk kami bekerjasama dengan mereka bagi membantu kami menjadikan Wild Rounds lebih baik. Kami akan memaklumkan anda lewat tahun ini tentang perkongsian tersebut sebaik sahaja dimulakan!

Pertandingan Wild Rounds Serantau ini menjurus kepada pertandingan akhir tahun ini, Wild Rounds: SMASH, yang sekali lagi akan menampilkan pempengaruh dan ahli komuniti dari Brazil, China, Korea, Filipina, Türkiye dan Vietnam. Serta Pasukan Profesional dari China. Kami tidak sabar untuk berkongsi lebih lanjut tentang Wild Rounds: SMASH, jadi nantikan butiran lanjut seperti lokasi, format dan peserta.
TEMPAT TO MENGIKUTI WILD ROUNDS
Itu sahaja daripada kami hingga lewat tahun ini, tetapi jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini tentang pertandingan Wild Rounds Serantau, lihatlah akaun-akaun ini: