RIOT GAMES ASIA TENGGARA MELANCARKAN SIRI IKON 2021 LEAGUE OF LEGENDS: WILD RIFT ASIA TENGGARA: PRAMUSIM

Pertandingan pramusim serantau selama lima minggu yang menampilkan pertahuran tinggi, perlawanan menarik dan mempamerkan bakat tebaik dalam e-sukan League of Legends: Wild Rift

Riot Games Asia Tenggara mengumumkan pada hari ini Siri Ikon League of Legends: Wild Rift Asia Tenggara: Pramusim, pertandingan serantau lima hujung minggu untuk mobile multiplayer online battle arena (MMOBA) kompetitif yang baru dilancarkan - League of Legends: Wild Rift. Tujuh lokasi spesifik untuk pertandingan, yang mana para pasukan akan bersaing untuk gelaran champion tempatan akan mempamerkan kehebatan dan kemahiran pemain dan pasukan Wild Rift di seluruh Asia Tenggara. Selepas pramusim, pemain dalam rantau akan berpeluang untuk bertanding di Siri Ikon Wild Rift Asia Tenggara: Musim panas, pertandingan selama lapan minggu yang mana pasukan boleh menyertai untuk bersaing dan menjadi yang terbaik di rantau mereka dan juga pergi ke pertandingan pan-regional kami untuk bersaing serta menjadi champion serantau pertama.

“Siri Ikon Asia Tenggara adalah langkah pertama kami untuk mengembangkan League of Legends: Wild Rift menjadi e-sukan serantau yang layak untuk semangat dan kemahiran pemain kami," kata Chris Tran, Ketua E-sukan untuk Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan. "Kami mahu peminat kami berasa bangga dengan bakat tempatan yang akan mewakili rantau dalam Siri Ikon Wild Rift Asia Tenggara. Kami sangat teruja untuk melancarkan siri e-sukan Wild Rift pertama bersama rakan kongsi serantau berikut - Cyber Games Arena, ESL Asia, Mineski, One Up, Eliphant dan VNG. Bersama mereka, kami bertujuan untuk mempamerkan kualiti prestasi, tahap kreativiti dan daya tahan pasukan yang akan membentuk persaingan kompetitif di seluruh Asia Tenggara. Kami berharap bahawa pasukan dan peminat akan menikmati pengalaman pertandingan Wild Rift yang bertaruahan tinggi.”

Siri Ikon Wild Rift Asia Tenggara: Pramusim akan bermula pada 26 Februari dan menampilkan pertandingan hujung minggu selama tiga hari di Filipina, Vietnam, Thailand, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kami akan memberikan hiburan dan pengalaman yang menarik ke setiap rantau dengan bekerjasama dengan rakan kongsi e-sukan serantau kami. Bersama-sama, kami akan meningkatkan dan mempamerkan bakat dan pasukan terbaik Asia Tenggara. Senarai lengkap tarikh untuk setiap pertandingan serantau disenaraikan di bawah -

Calendar---1920-x-1080.png

  • Vietnam (VNG)
    • Tarikh pertandingan 26 - 28 Februari
  • Malaysia (ESL)
    • Tarikh pertandingan 6 - 7 Mac
  • Taiwan (Cyber Games Arena)
    • Tarikh pertandingan 11 - 14 Mac

  • Thailand (ESL)
    • Tarikh pertandingan 13 - 14 Mac
  • Filipina (PPGL)
    • Tarikh pertandingan 20 - 21 Mac
  • Singapura (Eliphant)
    • Tarikh pertandingan 26 - 28 Mac

Siri Ikon SEA League of Legends: Wild Rift: Pramusim juga akan menampilkan penampilan daripada pemain dan pasukan yang berpengalaman. Kami sangat teruja untuk mengumumkan pasukan berikut disahkan akan tampil semasa pertandingan:

Senarai penuh pasukan akan diumumkan di kemudian hari bersama dengan maklumat mengenai tempat menonton perlawanan.

Siri Ikon Wild Rift SEA akan menjadi pertandingan pertama yang dihasilkan oleh Riot Games Asia Tenggara dengan kerjasama rakan kongsi serantau kami dan akan menjadi langkah asas penting untuk menubuhkan legasi pemain dan pasukan Asia Tenggara serantau yang dapat dibawa ke e-sukan MOBA mobile global. Maklumat lebih lanjut mengenai Siri Ikon Asia Tenggara League of Legends: Wild Rift akan menyusul tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, lawati wildrift.leagueoflegends.com, https://facebook.com/wildriftmy atau https://twitter.com/wildriftMYS.