21-09-2021Pengumuman

Ganjaran Twitch Drop Wild Rift SEA Championship 2021

Tonton pasukan kesukaan anda secara langsung dalam Peringkat Kumpulan dan Playoff Wild Rift SEA Championship dan berpeluang untuk memenangi beberapa item dalam permainan!

AUTHOR

    Soalan Lazim

    Bila dan di mana boleh saya dapatkan Drop?

    Setiap hari semasa kejohanan berlangsung, penonton yang menonton siaran langsung setelah log masuk ke Twitch mungkin berpeluang mendapat ganjaran drop daripada Riot. Drop hanya berlaku ketika siaran langsung, bukannya VOD, jadi pastikan anda telah log masuk dan memilih untuk menyertai Drop!

    Di mana boleh saya tebus Drop saya?

    Setiap kad Drop akan mengandungi maklumat tentang cara untuk menebusnya. Item dalam permainan selalunya akan dihantar ke akaun anda secara langsung dalam tempoh 24 jam.

    Bagaimanakah untuk memeriksa sama ada saya telah menerima Drop atau tidak?

    Hanya log masuk ke Wild Rift pada telefon anda menggunakan ID Riot anda dan pergi ke peti masuk untuk memeriksa Drop anda.

    Bolehkah saya mendapatkan Drop dengan menonton VOD?

    Malangnya, drop tidak tersedia pada VOD.

    Bolehkah saya menerima Drop semasa menonton di skrin penuh?

    Ya! Selagi anda menonton di salah satu saluran yang ditentukan memberi Drop serta telah log masuk ke akaun Riot anda, anda akan menerima drop.

    Adakah saya perlu menggunakan pelayar tertentu?

    Untuk pengalaman menonton terbaik, kami mengesyorkan menggunakan pelayar Firefox, Chrome atau Edge. Juga, pastikan anda mematikan perisian penyekat iklan yang anda gunakan untuk memastikan anda tidak tertinggal apa-apa drop. Jika anda menggunakan Firefox, jangan lupa untuk mematikan ciri Perlindungan Penjejakan yang Dipertingkatkan.

    Mengapa saya menerima ganjaran yang berbeza daripada penonton lain?

    Beberapa Drop mempunyai pelbagai tahap kejarangan. Tahap kejarangan yang lebih tinggi biasanya bermaksud ganjaran yang lebih baik - sebagai contoh, sebilangan penonton mungkin menerima satu item permainan tertentu, sementara penonton yang bertuah lain mungkin mendapat item dalam permainan yang berbeza.

    Ada yang tidak kena dengan Drop saya - apa yang perlu saya lakukan?

    Pertama sekali, jangan cemas! Tiada yang hilang! Pastikan anda telah log masuk ke Twitch menggunakan Akaun Riot anda. Sekiranya anda menerima mesej ralat atau ada masalah dengan Drop anda, segera hubungi Sokongan Riot, yang akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut.