Wild Rift SEA Championship 2021: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Pasukan yang layak, format kompetitif, jadual dan di mana peminat dapat menyaksikan Wild Rift SEA Championship 2021.

Setelah bertanding dengan sengit selama berminggu-minggu di rantau Asia Tenggara dalam Wild Rift SEA ICON Series: Musim Luruh, 21 pasukan telah muncul sebagai yang terbaik dalam rantau ini dan akan maju ke League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 dipersembahkan oleh ESL Mobile Challenge, yang akan berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober.

PASUKAN MANAKAH YANG AKAN LAYAK KE SEA CHAMPIONSHIP 2021?

AllTeams_1920_BM.jpg

Daripada 872 pasukan dari 9 rantau berbeza yang mengambil bahagian, 21 pasukan telah menunjukkan kemahiran dan bakat yang luar biasa dan akan bertanding untuk merebut gelaran juara di acara Wild Rift SEA Championship 2021. Pasukan yang layak adalah seperti berikut

    APAKAH FORMAT KOMPETITIF WILD RIFT SEA CHAMPIONSHIP 2021?

    Untuk ringkasan tentang format kompetitif, tonton video ringkasan kami untuk maklumat lengkap:

    Terdapat 3 peringkat pertandingan untuk Wild Rift SEA Championship 2021:

    • Peringkat 1 - Play-in: 14 - 19 September 2021
    • Peringkat 2 - Peringkat Kumpulan: 23 - 26 September 2021
    • Peringkat 3 - Playoff: 30 September - 3 Oktober 2021

    Pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dan hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000. Pada peringkat Play-in, 12 pasukan daripada kejohanan SEA Icon Series Musim Luruh akan dipilih ke dalam 3 bracket, dengan setiap bracket bertanding dalam format penyingkiran berganda. 12 pasukan ini merangkumi 8 pasukan naib juara 1 daripada kejohanan SEA Icon Series Musim Luruh untuk setiap rantau, dengan 2 pasukan tambahan dari Vietnam, 1 pasukan dari Thailand, dan 1 pasukan dari Taiwan - 3 wilayah ini diberikan slot tambahan kerana prestasi mereka yang sangat baik dalam Summer Super Cup sebelum ini. Pasukan-pasukan ini akan bertanding dalam format penyingkiran berganda dalam siri Best-of-5, dan hanya pasukan terakhir yang tertinggal di setiap bracket dapat melangkah ke peringkat berikutnya.

    Pada Peringkat Kumpulan, ketiga-tiga pasukan yang layak daripada Play-in akan bertemu dengan juara kejohanan SEA Icon Series Musim Luruh setiap rantau bersama pemenang ESL Mobile Open: Wild Rift Oceania Championship. 12 pasukan dalam Peringkat Kumpulan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu mereka akan saling bertanding dalam format Best-of-2 Single Round Robin. 6 pasukan dalam setiap kumpulan akan bertanding, tetapi hanya 4 pasukan yang akan mara ke peringkat Playoff.

    Bagi Playoff, kelebihan akan diberikan berdasarkan prestasi setiap pasukan di Peringkat Kumpulan.

    Pilihan pertama setiap kumpulan akan mara terus ke Bracket Atasan Pusingan 2. Pilihan kedua dan ketiga dari Peringkat Kumpulan akan bertanding dalam Bracket Atasan Pusingan 1 peringkat Playoff. Pemenang akan terus maju sementara yang kalah akan jatuh ke Bracket Bawahan. Perlawanan Bracket Atasan akan dimainkan dalam format Best-of-5 sementara perlawanan Bracket Bawahan akan dimainkan dalam Best-of-3, kecuali untuk Final Bracket Bawahan yang juga akan dimainkan dalam format Best-of-5. Akhirnya, kita tiba ke Grand Final yang akan dimainkan dalam format Best-of-7. Dua pasukan terbaik di rantau ini akan bertanding dan menunjukkan kehebatan mereka untuk dinobatkan sebagai juara Wild Rift SEA Championship 2021.

    DI MANA BOLEH SAYA TONTON?

    Wild Rift SEA Championship 2021 akan ditayangkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Mandarin, Bahasa Vietnam, Bahasa Thai dan Kantonis. Siaran akan dimulakan pada pukul 12:30 tengah hari SGT, dengan perlawanan pertama bermula dari pukul 1:00 petang SGT. Perlawanan ini juga akan ditayang secara langsung di Twitch, Facebook, dan YouTube pada saluran rasmi Riot SEA serta saluran penyiaran rakan kami:

    Bahasa Inggeris

    Bahasa Tagalog:

    Bahasa Indonesia:

    Bahasa Malaysia:

    Mandarin:

    Bahasa Vietnam:

    Bahasa Thai:

    Kantonis:

    Sila lihat laman web Permainan Kompetitif Wild Rift untuk semua berita terkini dan ikuti ESL Asia di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat lanjut.