Closed Beta Serantau kembali lagi!

League of Legends: Wild Rift akan meneruskan Closed Beta Serantau di Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand!

League of Legends: Wild Rift akan meneruskan Closed Beta Serantau di Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand juga menambah pemain dari Korea Selatan dan Jepun pada 8 Oktober!

Kami akan melancarkannya kepada pemain pra-daftar pada peranti Android dan akan menambahkan gelombang pemain sepanjang Closed Beta, jadi sentiasa lihat halaman media sosial Wild Rift tempatan anda untuk mendapatkan berita terkini!


Apakah jadualnya?

Oktober 8 @ 08:00am PHT: Closed Beta kembali lagi dan akan melancarkan ke lebih ramai pemain di Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand juga menambah pemain dari Korea Selatan dan Jepun.

(Semua rantau lain akan dilancarkan kemudian.)

Semak diari/dev terkini kami untuk ketahui ciri-ciri yang boleh anda jangkakan jika anda terpilih untuk sertai!

Ingatkan saya, apakah itu Wild Rift?

League of Legends: Wild Rift adalah versi peranti mobile dan konsol League yang kini dalam versi Closed Beta di beberapa wilayah di Asia Tenggara. Permainan dibina khas bagi platform baharu ini termasuk kawalan baharu dan permainan pantas tetapi masih berpontesi untuk pengalahan besar. Kami mengumumkan Wild Rift pada sambutan 10 tahun League of Legends tahun lepas dan telah menguji permainan di sepanjang dunia sejak 12 bulan lepas. Kini kami menyediakan untuk primetime dan kami menjemput anda semua untuk menaik pentas.


Apakah itu Closed Beta Serantau?

Lanjutan daripada Alpha Serantau awal tahun ini, kami akan mengembangkan barisan ciri-ciri dan menjemput negara-negara baharu agar kami bleh dapatkan maklum balas daripada lebih ramai pemain. Closed Beta Serantau masih lagi “tertutup”, jadi bukan semua akan dapat membantu kami menguji kali ini tetapi kami berhasrat untuk melancarkan permainan kepada lebih ramai pemain dari sebelumnya!


Apakah yang diuji?

Dalam pengujian Alpha Serantau beberapa bulan lepas, kami lebih fokus pada sistem gaya permainan teras kami; kini kami ingin menguji lebih banyak lagi! Anda boleh menjangkakan penaiktarafan kemajuan, naik taraf dan keseimbangan semakin kami maju ke hadapan.


Bagaimana saya boleh menyertainya?

Kami akan memilih secara rawak pemain yang telah pradaftar untuk Wild Rift pada Google Play! Kami akan menjemput lebih ramai pemain ketika pengujian ini berlangsung, jadi sentiasa nantikannya di Play Store. Anda mungkin akan lihat beberapa pencipta kandungan dijemput lebih awal, jadi jika anda tidak berjaya menyertainya pada awalnya anda masih boleh menonton permainan hebat ketika anda menunggu. Peringatan: Sebaik sahaja dijemput, anda perlu melog masuk dengan akaun Google yang sama ketika anda membuat pra-pendaftaran.


Nampaknya Closed Beta Serantau telah dilancarkan beberapa lama di Asia Tenggara... apa yang saya terlepas setakat ini?

Pertama, kami sangat teruja kerana anda dapat menyertai keseronokan ini. Sekiranya anda ingin mengetahui kisah sejauh ini, lihat diari /dev dari bulan lalu dan lihat di laman web Wild Rift! Kami sering menghantar kemas kini dari pasukan yang memaparkan topik terkini dari komuniti, selami sistem ranked Wild Rift, serta set nota tampalan terbaru kami. Kami berharap dapat terus berkomunikasi agar anda sentiasa mengetahui perkembangan kami.


Bilakah Closed Beta Serantau akan berakhir?

Kami akan mempunyai maklumat berkenaan ini kemudian tetapi anda boleh jangkakan Closed Beta akan berlangsung selama beberapa minggu lagi.


Mengapa anda memilih Jepun dan Korea Selatan untuk menyertai terlebih dahulu?

Kami akan pergi dari negara ke negara untuk Closed Beta untuk memastikan kami mengutamakan kestabilan sebelum meneruskannya. Kebanyakan negara dalam pengujian ini adalah hampir sesama sendiri secara geografinya jadi kami boleh memfokus pada pengujian skala sekumpulan kecil pelayan.


Adakah negara lain akan menerima pengujian Closed Beta?

Kami akan berkongsikan lebih banyak maklumat tentang ini tidak lama lagi!


Kemahiran saya adalah di tingkat tertinggi, tetapi telefon saya tidak—apakah spesifikasi peranti minimum?

Kami mengambil berat tentang merendahkan spesifikasi peranti mininum tanpa menjejaskan gaya permainan teras Wild Rift jadi kami sentiasa mencari jalan untuk mengoptimumkan sebanyak peranti yang mungkin.

Android

CPU: 4-core, 1.5 Ghz dan lebih tinggi (32-Bit atau 64-bit)

RAM: 1.5G

Resolusi: 1280x720

iOS

iPhone 7


Jika saya berjaya menyertainya, bolehkah saya bercakap tentang permainan ini? Bolehkan saya merekod atau menstrimnya?

Ya! Tiada NDA diperlukan. Jika anda membuat sebarang video, seni atau cosplay, kami mahu melihatnya.


Bagaiamana pula jika saya terjumpa pepijat atau perlu menghubungi Sokongan Pemain?

Jika anda menjumpai pepijat, isu akaun atau eksploitasi, anda boleh menyemak laman web Sokongan Pemain di support-wildrift.riotgames.com.


Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Terus berhubung dengan kami, kami ingin mendengar daripada anda!

Twitter: https://twitter.com/wildriftmy

Facebook: https://www.facebook.com/wildriftMY/

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCmDGxnoYAln4heKDJI5imaA/featured

Website: https://wildrift.leagueoflegends.com/ms-my/

Sokongan Pemain: https://support-wildrift.riotgames.com/hc/ms