
LEAGUE OF LEGENDS, KINI DI MOBILE. MAIN SECARA PERCUMA! AKAN DATANG KE KONSOL.
BERITA TERKINI
PERGI KE HALAMAN BERITA
SELAMAT DATANG KEWILD RIFT

PERTANDINGAN SENGIT
Berpasukan dengan rakan dan uji kemahiran anda dalam pertempuran MOBA 5v5. Semua persaingan berkemahiran tinggi yang anda inginkan, direka khas untuk mobile dan konsol dengan kawalan diperbaharui dan perlawanan diselaraskan.

CHAMPION LEAGUE SEBENAR
Hapuskan bayangan dengan Final Spark Lux atau ikut arah angin dengan Last Breath Yasuo. Mainkan champion League kegemaran anda di mana sahaja.

DUNIA BERVARIASI
Jelajahi dunia Runeterra menerusi tradisi, komik, game dan banyak lagi. Selami komuniti pemain, cosplayer, pemuzik dan pencipta kandungan yang menantikan anda untuk menyertai mereka.


PILIHCHAMPION ANDA
Sertai pertandingan dengan pedang gergasi, bekukan musuh dengan panah ais merentas peta, atau umpan pihak lawan ke akhir nyawa mereka dengan pesona memukau. Apapun gaya anda, pasti ada champion untuk anda.


BERSAINGBERSAMA RAKAN-RAKAN
Berbarislah dengan skuad lengkap anda atau lihat berapa tinggi anda boleh panjat dalam ranked solo. Setiap game adalah peluang untuk memberikan serangan kemahiran terbaik, mengubah keadaan dalam pertempuran pasukan yang huru-hara, atau mendengar gema "pentakill" yang mantap.