APAKAH ITUWILD RIFT?
Selami dunia Wild Rift: pengalaman kemahiran dan strategi MOBA 5v5 League of Legends, kini dibina dari asas untuk mobile dan konsol. Dengan kawalan baru dan permainan pantas, pemain di setiap level boleh berpasukan dengan rakan, memilih champion mereka dan menyertai perlawanan.
OBJEKTIFPERMAINAN


CHAMPION
Dengan lebih daripada 40 champion untuk dikumpul dan dimain, anda boleh mendapatkan champion kegemaran dan menunjukkan gaya anda.
JINX
THE LOOSE CANNON
Jinx ialah seorang marksman dengan gaya main menembak dan sentiasa gembira bersama simpanan senjata dan gadjet. Dia tidak teragak-agak untuk meletupkan semua benda.
KENDALIANDAN KEBOLEHAN
Setiap champion mempunyai kebolehan unik, termasuk kebolehan ulti amat berkuasa yang anda boleh aktifkan semasa anda maju dalam game. Lihat Ahri, sebagai contoh. Dia menggunakan sihirnya untuk menawan musuh dan menghapuskan mereka selepas itu.
P - ESSENCE THEFT
Apabila Ahri mengenai sasarannya dengan satu sihir, dia mendapat tindanan Essence Theft. Apabila dia mendapat tindanan yang mencukupi, sihir seterusnya yang mengenai musuh akan menyembuhkannya.
TINGKATKAN KUASACHAMPION ANDA

XP
GOLD
ITEM
Dapatkan XP apabila anda menewaskan champion musuh, membunuh minion musuh atau monster dan memusnahkan struktur pertahanan. Dengan XP yang mencukupi, champion anda akan naik level, meningkatkan stat dasar mereka dan membuka kebolehan yang lebih berkuasa.