RIOT GAMES ASIA TENGGARA MENGUMUMKAN LEAGUE OF LEGENDS: WILD RIFT ICON SERIES ASIA TENGGARA MUSIM PANAS 2021

Pertandingan Musim Panas selama lapan minggu menampilkan pertaruhan tinggi, perlawanan menarik dan mempamerkan bakat terbaik dalam esports League of Legends: Wild Rift

Riot Games Asia Tenggara hari ini mengumumkan League of Legends: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara (SEA) Musim Panas yang akan bermula pada 3hb April, diikuti dengan Pramusim serantau selama lima minggu bagi arena pertempuran kompetitif online mobile multiplayer (MMOBA) - League of Legends: Wild Rift.

Wild Rift Icon Series SEA akan menjadi pertandingan pertama yang dihasilkan oleh Riot Games Asia Tenggara dengan kerjasama rakan kongsi serantau kami dan akan menjadi langkah asas penting untuk menubuhkan legasi pemain dan pasukan Asia Tenggara serantau yang dapat dibawa ke e-sports mobile MOBA global.

Dari Februari hingga hujung Mac dan merentasi tujuh litar pertandingan di lokasi khusus, pasukan di serata Asia Tenggara telah bertanding untuk gelaran champion Pramusim Wild Rift. Dengan mulanya Musim Panas, pasukan teratas ini akan bertanding selama dua bulan sebelum para pemenang bertemu dalam Piala Super Musim Panas. Di stu, pemain dan pasukan terbaik dari setiap rantau akan dianugerahkan sebegai pemenang.

“Kami teruja dengan pramusim League of Legends: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara di mana kita dapat melihat persembahan yang hebat daripada pasukan yang dijemput,” kata Chris Tran, Ketua Esports Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan. “Kami berharap untuk dapat menyokong bakat serantau yang hebat belaka ini dan kami menjemput semua peminatWild Rift untuk menyorak pasukan kegemaran mereka dalam Musim Panas ini.”

Wild Rift Icon Series SEA: Musim Panas akan bermula pada 3hb April dan menampilkan pertandingan selama lapan minggu di Filipina, Vietnam, Thailand, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Senarai lengkap tarikh pendaftaran, tarikh qualifier dan saluran siaran langsung untuk setiap pertandingan serantau disenaraikan di bawah -

Indonesia (ONE UP)

  • Tarikh mula pendaftaran: 22 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 4 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Indonesia
  • Di mana untuk menontonnya: Youtube

Malaysia (ESL MY)

  • Tarikh mula pendaftaran: 8 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 3 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Malaysia
  • Di mana untuk menontonnya: Youtube, Facebook

Filipina (PPGL)

  • Tarikh mula Pendaftaran Luzon Open 1: 22 Mac
  • Tarikh mula Kelayakan Luzon Open 1: 4 April
  • Tarikh mula pendaftaran Luzon Open 2: 29 Mac
  • Tarikh mula Kelayakan Luzon Open 2: 10 April
  • Tarikh mula pendaftaran Visayas Open: 12 April
  • Tarikh mula kelayakan Visayas Open: 24 April
  • Tarikh mula pendaftaran Mindanao Open: 12 April
  • Tarikh mula kelayakan Mindanao Open: 24 April
  • Disiarkan dalam Tagalog
  • Di mana untuk menontonnya: Facebook, Youtube, Twitch

Singapura (ELIPHANT)

  • Tarikh mula pendaftaran: 29 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 24 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Inggeris
  • Di mana untuk menontonnya: Youtube, Twitch, Facebook

Taiwan (CYBER GAMES ARENA)

  • Tarikh mula pendaftaran: 15 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 3 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Mandarin
  • Di mana untuk menontonnya: Twitch, Youtube, Facebook

Thailand (ESL TH)

  • Tarikh mula pendaftaran: 8 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 3 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Thai
  • Di mana untuk menontonnya: Twitch, Youtube, Facebook

Vietnam (VNG)

  • Tarikh mula pendaftaran: 15 Mac
  • Tarikh mula kelayakan: 3 April
  • Disiarkan dalam Bahasa Vietnam
  • Di mana untuk menontonnya: Youtube, Facebook, TikTok

Maklumat lanjut tentang Piala Super Musim Panas akan disusuli sebentar lagi. Untuk maklumat lanjut, lawati wildrift.leagueoflegends.com, http://www.facebook.com/wildriftMY atau https://twitter.com/wildriftMYS.