MEMPERSEMBAHKAN KEJOHANAN SEA WILD RIFT 2021

Para pemain dan peminat boleh menantikan Kejohanan SEA Kejohanan SEA Wild Rift 2021 yang akan berlangsung dari pertengahan September.

Dengan Wild Rift Icon Series SEA: Musim Luruh yang akan segera berakhir, para pemain dan peminat boleh menantikan Kejohanan SEA League of Legends: Kejohanan SEA Wild Rift 2021 yang akan berlangsung dari pertengahan September hingga awal Oktober.

Riot Games Asia Tenggara akan bekerjasama dengan ESL Asia untuk membawakan acara menarik ini ke rantau ini. Lihat treler acara di sini:

PERIHAL KEJOHANAN SEA WILD RIFT 2021

21 daripada pasukan terbaik daripada Wild Rift Icon Series SEA: Musim Luruh yang sedang berlangsung akan layak ke Kejohanan SEA 2021. Pasukan-pasukan ini berasal dari 8 rantau seluruh Asia Tenggara - Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong - dan akan bertanding untuk hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000. Tambahan lagi, Kejohanan SEA 2021 akan memberikan peluang kepada pasukan Australia dan New Zealand untuk bertanding melalui Qualifier Oceania.

Terdapat 3 peringkat pertandingan untuk Kejohanan SEA Wild Rift 2021:

  • Peringkat 1 - Play-in: 14 - 19 September 2021
  • Peringkat 2 - Peringkat Pasukan: 23 - 26 September 2021
  • Peringkat 3 - Acara Utama: 30 September - 3 Oktober 2021

Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai pasukan yang layak dan perincian acara tidak lama lagi. Sila lihat laman web Permainan Kompetetif Wild Rift untuk semua berita terkini dan ikuti ESL Asia di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat lanjut.