KEMAS KINI FORMAT UNTUK WILD RIFT SEA CHAMPIONSHIP 2021
Format Wild Rift SEA Championship 2021 akan dikemas kini berikutan pengunduran diri wakil rantau Oceania, Gamer Koala Team (KGT), kerana isu ketersambungan yang berpotensi mempengaruhi integriti kompetitif keseluruhan kejohanan ini.
Untuk melancarkan penyertaan GKT ke dalam SEA Championship, Riot Games telah merancang untuk menghantar pasukan tersebut ke Singapura, iaitu tempat mereka dapat bersaing bersama pasukan Asia Tenggara yang lain dengan latensi yang dapat diterima. Walau bagaimanapun, sekatan perjalanan yang ketat di Australia bermaksud bahawa pilihan untuk berlepas dari Australia dan masuk semula ke negara itu sangat terhad.
Riot Games kemudian bekerjasama dengan GKT untuk menerokai kemungkinan permainan dalam talian untuk pasukan itu. Namun begitu, walaupun usaha penyelesaian masalah yang berterusan dan beberapa ujian latensi yang dijalankan sepanjang beberapa minggu ini, jarak antara GKT dengan pasukan Asia Tenggara yang lain mengakibatkan keadaan latensi yang tidak optimum untuk pertandingan yang adil dan saksama.
Setelah menghabiskan segala kemungkinan untuk penyertaan, GKT memutuskan untuk mengundur diri daripada SEA Championship 2021. Walaupun keputusan ini mengecewakan, Riot Games mengiktiraf prestasi GKT pada musim ini dan akan memberi ganti rugi sebanyak USD 10,000 kepada pasukan itu, setara dengan jumlah yang akan diberikan kepada GKT jika mereka layak ke peringkat Playoff.
FORMAT KEJOHANAN YANG DIKEMAS KINI
Wild Rift SEA Championship 2021 terbahagi kepada 3 peringkat:
- Peringkat 1 - Play-in: 14 - 20 September 2021
- Peringkat 2 - Peringkat Kumpulan: 23 - 26 September 2021
- Peringkat 3 - Playoff: 30 September - 3 Oktober 2021
Pengunduran diri GKT akan memberi kesan kepada Peringkat Kumpulan, iaitu 12 pasukan dijadualkan untuk bertanding. Untuk mengisi slot GKT yang kosong, peringkat tambahan, Play-in Last Chance Qualifier, akan dijalankan pada hari Isnin, 20 September.
Play-in Last Chance Qualifier akan menampilkan pasukan tempat ke-2 daripada Bracket A, B dan C Play-in. Ketiga-tiga pasukan ini akan bertanding dalam satu siri permainan Best-of-2 Single-round robin, diikuti dengan siri permainan terakhir Best-of-5 yang akan dimainkan oleh 2 pasukan tertinggi dalam round-robin. Pemenang Bo5 ini akan mengisi tempat yang dikosongkan oleh GKT dan beralih ke Peringkat Kumpulan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang pasukan layak yang lain, format keseluruhan kejohanan dan jadual siaran, sila rujuk artikel Semua Yang Perlu Anda Tahu di laman web Permainan Kompetitif Wild Rift.