KEPUTUSAN KOMPETITIF: AMIHAN ESPORTS & AMI KARLLL

Amihan Esports didapati memalsukan dokumen supaya pemainya AMI Karlll yang bawah umur dapat bermain ketika SEA Icon Series PH Summer Season & Summer Super Cup

Berikutan siasatan yang dibuka semula berdasarkan bukti baru terhadap Amihan Esports dan kelayakan anggota pasukan mereka, AMI Karlll (Karl Ken Bautista), Riot Games Southeast Asia Esports telah memutuskan bahawa AMI Karlll telah melanggar Peraturan 2.3 (Usia) daripada Polisi Pertandingan Wild Rift Icon Series SEA Filipina kerana mengemukakan dokumen palsu yang menyalahgambarkan usia sebenarnya, sekaligus memenuhi syarat umur minimum 17 tahun pertandingan ini.

Oleh kerana beberapa ahli pasukan tersebut terlibat dalam proses ini, organisasi Amihan Esports akan dilarang daripada semua e-sukan Riot Games selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan individu lain termasuk:

  1. Karl Ken Bautista aka AMI Karlll - larangan 9 bulan daripada semua e-sukan Riot Games. Larangan ini dianggap telah bermula pada tarikh perlawanan terakhir beliau (26 Jun 2021)
  2. Christian Villegas, Bekas Pengurus Pasukan - larangan 12 bulan daripada semua e-sukan Riot Games
  3. Francis Mariano, Pemilik Pasukan - larangan tidak ditetapkan daripada semua e-sukan Riot Games. Francis akan layak untuk memohon pengembalian semula selepas 2 tahun dari tarikh pengumuman ini.

Pasukan ini juga akan dilucutkan hak mereka terhadap hadiah kemenangan kedua-dua Icon Series SEA Filipina Musim Panas dan Icon Series SEA Super Cup Musim Panas. Wang hadiah yang dilucutkan akan disumbangkan kepada badan amal pilihan Riot, melalui Dana Impak Sosial Riot Games. Slot Amihan Esports untuk Icon Series SEA Musim Luruh juga akan dikosongkan dan PPGL akan mengumumkan kelayakan baru untuk mengisi tempat mereka.

KONTEKS

Setelah menyedari tuduhan penggodaman peta dan dokumentasi pemain yang tidak tepat yang melayakkan AMI Karlll (Karl Ken Bautista) menyertai Icon Series SEA Filipina Musim Panas pada bulan Jun 2021, Riot Games Southeast Asia Esports telah segera melancarkan siasatan terhadap perkara tersebut.

Siasatan awal Riot mendapati permainan AMI Karlll semuanya bersih, dan mendapati surat beranak yang diserahkannya sah. Namun, setelah menerima bukti baru mengenai dokumentasi pemain AMI Karlll pada bulan Julai 2021 selepas Icon Series SEA Super Cup Musim Panas, Riot membuka semula siasatan terhadap pemain dan organisasi tersebut. Walaupun AMI Karlll tetap dibebaskan daripada tuduhan penggodaman peta, Riot menerima pengakuan dan bukti kukuh bahawa dokumen pemainnya memang dipalsukan untuk memberikan gambaran yang salah tentang usianya pada saat pendaftaran, dan organisasi itu menyedari sepenuhnya AMI Karlll di bawah umur.

Mengekalkan integriti kompetitif kesemua pertandingan e-sukan kami serta keselamatan dan kesejahteraan pasukan-pasukan pro adalah keutamaan tertinggi Riot, dan kami memandang serius pelanggaran tersebut. Semua pasukan yang mengambil bahagian diharapkan mematuhi peraturan permainan adil, yang dipersetujui sebelum menyertai pertandingan. Pelanggaran peraturan permainan adil tidak akan dimaafkan.

KEPUTUSAN

Sebagai sebuah organisasi, Amihan Esports telah melanggar Peraturan 2.3 (Usia) daripada Polisi Pertandingan Wild Rift Icon Series SEA Filipina dan akan dilarang daripada semua e-sukan Riot Games selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta. Larangan ini akan ditarik balik pada bulan Julai 2022.

Anggota pasukan individu juga akan menerima hukuman kerana mengambil bahagian dalam pemalsuan dokumen pemain dan kegagalan memaklumkan kepada pegawai kejohanan dan Riot Games Southeast Asia Esports. Karl Ken Bautista aka AMI Karlll akan dilarang daripada semua e-sukan Riot Games selama 9 bulan berkuat kuasa dari tarikh perlawanan terakhir beliau. Christian Villegas, bekas Pengurus Pasukan, akan dilarang daripada semua e-sukan Riot Games selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta. Francis Mariano, Pemilik Pasukan, akan dilarang daripada semua e-sukan Riot Games untuk tempoh yang tidak ditetapkan kerana tidak bekerjasama dengan siasatan Riot Games. Francis akan layak untuk memohon pengembalian semula selepas 2 tahun.

PERATURAN BERKAITAN

2.3 Usia

Tidak ada pemain yang dianggap layak untuk menyertai apa-apa pertandingan yang berkaitan dengan Icon Series sebelum hari jadi ke-17 mereka, yang ditakrifkan sebagai telah hidup 17 tahun penuh.

8.2.7 Penyiasatan Tingkah Laku Pemain

Sekiranya Riot Partner Operator atau Riot memutuskan bahawa Pasukan atau Anggota Pasukan telah melanggar Summoner’s Code, Terma Perkhidmatan League of Legends: Terma Perkhidmatan Wild Rift atau peraturan-peraturan lain League of Legends: Wild Rift, pegawai Riot Partner Operator atau Riot boleh menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka sendiri. Jika pegawai Riot Partner Operator menghubungi Anggota Pasukan untuk membincangkan penyiasatan, Anggota Pasukan tersebut wajib memberitahu perkara yang sebenarnya. Sekiranya Anggota Pasukan menyembunyikan maklumat atau memesongkan pegawai Riot Partner Operator sehingga menghalang siasatan, Pasukan dan/atau Anggota Pasukan tersebut akan dikenakan hukuman.