Semua Yang Anda Perlu Tahu: Wild Rift Icon Series SEA Super Cup Musim Panas 2021

Sebanyak 800 pasukan di seluruh rantau Asia Tenggara, Hong Kong & Taiwan yang mencuba, tetapi hanya 16 pasukan terbaik yang layak.

Selepas pertandingan selama dua bulan, 16 pasukan teratas di Asia Tenggara, Hong Kong & Taiwan akan bertanding dalam Wild Rift Icon Series SEA Super Cup Musim Panas 2021, satu kejohanan serantau yang akan memaparkan pasukan teratas dari lapan negara yang bertanding untuk menjadi juara untuk musim tersebut. Bersedia untuk menyaksikan pasukan dan pemain terbaik dalam pertandingan profesional Wild Rift mewakili negara masing-masing dan merebut hadiah lumayan sebanyak US$150,000!

Pasukan manakah yang akan layak ke Super Cup Musim Panas?

SSC_Qualified-Teams_MY.jpg

Lebih daripada 800 pasukan dari rantau yang berbeza cuba untuk melayakkan diri untuk event ini, tetapi hanya 16 pasukan terbaik yang akan mewakili negara masing-masing dan bertanding untuk gelaran juara pertama Super Cup Musim Panas. Pasukan yang layak ke Wild Rift Icon Series SEA Super Cup Musim Panas 2021 adalah:

Apakah format kompetetif Wild Rift SEA Super Cup Musim Panas?

SSC_Qualified-group_MY.jpg

Setiap rantau yang bertanding akan menghantar dua pasukan - dua pasukan teratas mereka pada Musim Panas. Bagi Peringkat Kumpulan, pasukan telah ditempatkan dalam empat kumpulan dan dibahagikan kepada empat. Kumpulan ini akan bermain secara best-of-one, double round robin, di dalam kumpulan mereka. Pemenang dalam kumpulan akan maju ke Pusingan 2 Playoff sementara pasukan yang mendapat tempat kedua dan ketiga dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan 1 Playoff. Playoff akan dimainkan dengan siri best-of-five, format kalah mati. Empat pasukan teratas akan mara ke separuh akhir dan pemenang pusingan tersebut akan berjumpa di Finals, bertarung untuk kali terakhir dalam perlawanan best-of-five bagi menentukan pasukan manakah yang terbaik di rantau Asia Tenggara, Hong Kong & Taiwan. Pasukan inilah yang akan bergelar sebagai juara Wild Rift Icon Series SEA Super Cup Musim Panas 2021!

Di mana boleh saya tonton?

Peringkat Kumpulan akan bermula dari 19 - 22 Jun dan Playoff dari 25 - 27 Jun pada masa 1:30 PM hingga 10:30 PM GMT+8 dengan perlawanan pertama yang bermula pada 2:00 PM GMT+8. Super Cup Musim Panas akan ditayangkan dalam Bahasa Inggeris, Tagalog, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Mandarin, Vietnam, Thai dan Cantonese. Perlawanan ini juga akan ditayang secara langsung di Twitch, Facebook, YouTube dan TikTok pada salurang rasmi Riot SEA juga saluran penyiaran rakan kami:

Bahasa Inggeris

Tagalog:

Bahasa Indonesia:

Bahasa Malaysia:

Mandarin:

Vietnam:

Thai:

Cantonese:

Bilakah Pertandingan Musim Luruh akan bermula?

Informasi bagi Wild Rift Icon Series SEA Musim Luruh telah diumumkan di beberapa buah negara. Jika anda berminat untuk turut sera, lihat butiran pendaftaran di rantau anda yang terkini -

Hong Kong:
Pendaftaran bermula pada 28 Jun 2021. Daftar di sini.

Indonesia:
Pendaftaran bermula pada 28 Jun 2021. Daftar di sini.

Malaysia:
Pendaftaran bermula pada 16 Jun 2021. Daftar di sini.

Filipina:
Pendaftaran bermula pada 21 Jun 2021. Daftar di sini.

Taiwan:
TBD

Thailand:
Pendaftaran bermula pada 16 Jun 2021. Daftar di sini.

Singapura:
Pendaftaran bermula pada 21 Jun 2021. Daftar di sini.

Vietnam:
Pendaftaran bermula pada 17 Jun 2021. Daftar di sini.