Wild Rift Patch Note 4.4d

Terdapat kemas kini Ziggs akan datang yang akan mendebarkan anda, bersama dengan skin-skin baharu, event baharu, dan sudah tentu, kemas kini balance anda yang dijadualkan secara berkala.

Biar benar tahun ini hampir tamat? Cepatnya masa berlalu! Tetapi jangan risau, kemas kini kali ini sangat gempak, tepat pada masanya untuk tahun baru yang kian menjelang. 

Terdapat kemas kini Ziggs akan datang yang akan mendebarkan anda, bersama dengan skin-skin baharu, event baharu, dan sudah tentu, kemas kini balance anda yang dijadualkan secara berkala. Disebabkan saiz patch ini, terdapat beberapa kemas kini champion yang akan datang lewat sedikit! Selamat datang ke Patch 4.4d! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

EVENT

new_year_fluft.jpg

NEW YEAR FLUFT

Sertai Poro kami yang comel, selesaikan misi dan dapatkan ganjaran!

Event NEW YEAR FLUFT akan bermula pada 29 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8

MOD PERMAINAN

MOD ULTRA RAPID FIRE (URF)

URF datang lagi, beritahu rakan anda! Masuk ke Rift dan berseronoklah dengan ability berkos 0, Ability Haste yang tinggi dan banyak lagi!

Mod Ultra Rapid Fire (URF) akan tersedia pada 29 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8

ULTIMATE SPELL BOOK (USB)

USB juga akan kembali atas permintaan popular!

Ultimate Spell Book (USB) akan tersedia pada 5 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

AATROX

Buff kami baru-baru ini kepada Aatrox telah menjadikannya pilihan yang popular. Tetapi dia telah mula mendominasi di Jungle. Pelarasan ini akan mengembalikan keseimbangan kepada alam semula jadi.

THE DARKIN BLADE

  • [New] Damage pada monster: 70%

AMUMU

Pengalaman Amumu di Jungle ialah satu kisah yang menyedihkan. Perubahan ini diharapkan dapat menggembirakan dia (atau sekurang-kurangnya anda) sedikit.

Bandage Toss

  • Tempoh mengecas: 14/13.5/13/12.5s → 12/11.5/11/10.5s

Tantrum

  • Damage: 90/120/150/180 + 50% Ability Power → 110/140/170/200 + 50% Ability Power

DARIUS

Adakah anda mengalami penyesalan pasca pembelian? Pelarasan QOL ini akan menjadikan gunaan ult Darius berasa kurang membazir jika ia gagal lebih awal... Perubahan Darius akan tersedia pada 4 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

ultimate

  • Apabila menggunakan Noxian Guillotine dan sasaran mati, keluar dari jarak, menjadi tidak dapat disasar, atau mengaktifkan Zhonya’s Hourglass atau Guardian Angel, kos mananya akan dikembalikan dan akan memasuki cooldown 5s.

FIDDLESTICKS

Maaf semua, ia masih TERLALU menakutkan. Pelarasan ini akan memastikan kami tidak seram sejuk apabila melihat musuh memilih Fiddlesticks semasa pemilihan champion.

TERRIFY

  • Tempoh fear: 1/1.2/1.4/1.6s → 1/1.1/1.2/1.3s

BOUNTIFUL HARVEST

  • Damage pada monster: 185% → 160%

GAREN

Untuk memastikan keseimbangan Demacia terjaga, kami terpaksa memberi Garen QOL yang sama seperti Darius. Perubahan Garen akan tersedia pada 4 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

Demacian Justice

  • Apabila menggunakan Demacian Justice dan sasaran mati, keluar dari jarak, menjadi tidak dapat disasar, atau mengaktifkan Zhonya’s Hourglass atau Guardian Angel, kos mananya akan dikembalikan dan akan memasuki Cooldown 5s.

JAYCE

Jayce sudah tidak begitu dominan di Lane seperti yang kami harapkan. Perubahan ini akan membolehkannya memperkuat secara eksponen dengan lebih mudah dan pelarasan jungle pula akan menyebabkan dia tidak akan clear kem dengan terlalu pantas.

base_stats

  • Damage Serangan Asas: 54 → 58
  • Nyawa setiap Level: 105 → 112

TO THE SKIES! / SHOCK BLAST

(1) To The Skies! (Bentuk Cannon)

  • Damage: 60/110/160/210/260 + 130% Attack Damage bonus → 70/120/170/220/270 + 140% Attack Damage bonus
  • [New] Damage pada monster: 50%

(1) Shock Blast (Bentuk Hammer)

  • Damage: 70/140/210/280/350 + 130% Attack Damage bonus → 70/140/210/280/350 + 140% Attack Damage bonus
  • [New] Damage pada monster: 50%

KAYN

Ult Kayn juga akan mendapat sedikit kasih sayang. Kami sangat menyukai perubahan QOL ini, jika anda tidak sedar. Perubahan Kayn akan tersedia pada 4 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

UMBRAL TRESPASS

  • [New] Apabila Kayn di dalam bentuk Darkinnya, meremut sasaran dengan Umbral Trespass dan sasaran itu mati, menamatkan remut itu dengan awal, ult tersebut masih akan mencetuskan health regeneration.

KHA'ZIX

Dengan pelarasan ini, Kha’Zix akan membunuh dengan lebih kejam berbanding sebelumnya!

passive

  • Damage: 6 + 8 untuk setiap level + 40% Attack Damage bonus → 10 + 8 untuk setiap + 50% Attack Damage bonus

Lucian

Lucian ialah seorang lagi yang tersasar sejak kebelakangan ini. Kami berharap perubahan ini akan menghasilkan akhir permainan yang lebih kuat tetapi masih memastikan dia tidak mengatasi lawannya lebih awal.

base_stats

  • Pertumbuhan Attack Damage: 3 → 4

PIERCING LIGHT

  • Damage: 110/150/190/230 + 60/80/100/120% Attack Damage bonus → 100/145/190/235 + 65/85/105/125% Attack Damage bonus

MALPHITE

Malphite AP sangat diterima ramai, tetapi bagaimana pula dengan Malphite tank? Kami telah melaraskan penskalaannya sedikit agar kedua-dua binaan itu mendapat kasih sayang yang sepatutnya.

passive

  • Shield: 9% Nyawa maksimum→ 11% Nyawa maksimum

Thunderclap

  • Bonus armor pasif: 15/20/25/30% → 20/25/30/35%
  • Damage attack empower pertama: 30/50/70/90 + 40% Ability Power + 20% armor→ 30/50/70/90 + 40% Ability Power + 30% armor
  • Damage attack seterusnya: 10/20/30/40 + 20% Ability Power + 10% armor→ 10/20/30/40 + 20% Ability Power + 15% armor

MISS FORTUNE

Miss Fortune agak tidak bernasib baik di Dragon Lane. Perubahan ini diharapkan akan membolehkannya memutarkan roda nasibnya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 54 → 58
  • Mana asas: 390 → 420
  • Mana setiap Level: 41 → 50

NILAH

Nilah telah membasuh lawannya lebih pantas berbanding dengan kelajuan mereka boleh membalas. Perubahan ini akan membantu membendungnya.

FORMLESS BLADE

  • Damage pada monster: 60% → 25%

ORIANNA

Bebola ini sudah marah... dan mengenakan terlalu banyak damage. Perubahan ini akan menjadikannya lebih mudah untuk dihampiri.

base_stats

  • Nyawa setiap Level: 115 → 104

passive

  • Magic damage bonus pada setiap attack: 10+ 3 untuk setiap Level + 15% Ability Power → 5+ 3 untuk setiap Level + 15% Ability Power

Command: Shockwave

  • Damage: 150/225/300 + 70% daripada Ability Power → 200/275/350 + 75% daripada Ability Power

PYKE

Kami melaraskan Pyke supaya dia lebih senang merobek musuhnya, terutamanya di dalam kumpulan.

PHANTOM UNDERTOW

  • Damage: 120/170/220/270 + 100% Attack Damage bonus → 120/175/230/285 + 100% Attack Damage bonus

DEATH FROM BELOW

  • Pyke mendapat gold jika sekutunya assist dalam takedown: 140% → 160%
  • Pyke mendapat gold jika musuh dibunuh oleh sekutunya dalam kawasan berbentuk X: 140% → 160%

SAMIRA

Prestasi awal Samira agak baik, tetapi semakin menurun memasuki pertengahan dan akhir permainan. Kami memberinya rangsangan kecil untuk memastikan impaknya sejajar dengan keyakinan dirinya.

base_stats

  • Armor setiap Level: 3.9 → 4.5
  • Magic Resistance setiap Level: 0.8 →  1

FLAIR

  • Damage: 15/20/25/30 + 90/105/120/135% Attack Damage → 20/25/30/35 + 95/110/125/140% Attack Damage

SONA

Sona mahir menggunakan semula kordnya dengan bertalu-talu, menyukarkan tindakan musuh. Kami telah memperhalusinya, serta pemulihan dan penskalaan shieldnya untuk memastikan dia tidak memekakkan lawannya.

passive

  • Pengurangan cooldown ability asas: 2%~30% → 2%~20%

Aria of Perseverance

  • Health regeneration: 20/35/50/60 + 20% Ability Power → 25/40/55/70 + 20% Ability Power
  • Shield: 20/50/80/110 + 20% daripada Ability Power → 25/50/75/100 + 18% daripada Ability Power

Crescendo

  • Kesan aura dipertingkat pasif: 30% → 20%
  • Damage setiap gelombang bunyi: 40/70/100 + 15% Ability Power → 35/60/85 + 15% Ability Power
  • Slow: 35/40/45% → 25/30/35%

THRESH

Darius mendapat perubahan QOL, Kayn mendapat perubahan QOL, Garen mendapat perubahan QOL, semua orang mendapat perubahan QOL! (Maksud saya dengan semua orang ialah Thresh.) Mari lihat cangkuk itu terbang melayang! Perubahan Thresh akan tersedia pada 4 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

DEATH SENTENCE

  • [New] Semasa masa gunaan Death Sentence, Thresh tidak akan berpusing ke arah gunaan Death Sentence dengan serta-merta.

TRYNDAMERE

Prestasi Tryndamere agak rendah baru-baru ini, terutamanya di rank yang lebih tinggi. Perubahan ini akan memudahkannya untuk kekal dalam jarak untuk menyerang musuhnya.

Mocking Shout

  • Slow: 15/20/25/30% → 25/30/35/40%

Spinning Slash

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 11/10/9/8s
  • Damage: 80/120/160/200 +130% Attack Damage bonus + 100% Ability Power → 80/120/160/200 + 135% Attack Damage bonus + 100% Ability Power

URGOT

Urgot perlu berada dekat untuk mengenakan damage, mendedahkannya kepada serangan balas. Kami meningkatkan kemandiriannya untuk memastikan dia boleh mendatangkan malapetaka dengan lebih lama.

DISDAIN

  • Cooldown: 15/14/13/12s → 14/13/12/11s
  • Shield: 60/90/120/150 + 150% Attack Damage bonus + 15% nyawa bonus → 70/100/130/160+150% Attack Damage bonus + 15% nyawa bonus

FEAR BEYOND DEATH

  • Cooldown: 70/60/50s → 60/55/50s

VLADIMIR

Tidak banyak perkara yang menua dengan baik berbanding Vladimir di Rift. Mungkin agak terlalu baik. Kami melemahkannya sedikit supaya dia lebih mudah diterima ramai.

TRANSFUSION

  • Damage: 80/110/140/170 + 60% Ability Power → 70/100/130/160 + 60% Ability Power
  • Kadar Crimson Dash menyebabkan damage tambahan: 85% → 75%

SANGUINE POOL

  • Movement speed ditingkatkan: 35% → 27.5%

ZIGGS

Dinamitnya meletup habis! Kami berharap perubahan ini akan membolehkan dia meletupkan turret dan musuh! Rework Ziggs akan tersedia pada 4 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

passive

  • [Removed] Mempertingkatkan attack Ziggs yang seterusnya untuk mengenakan 30 + 30% Ability Power ~ 170 + 50% Ability Power sebagai magic damage tambahan. Attack dipertingkatkan ini mengenakan 150% damage pada turret.
  • [New] Pasif: semua ability Ziggs mengenakan 15% damage pada turret.
  • [New] Enhanced Bouncing Bomb, mengenakan 17+ 3 untuk setiap level + 20% Ability Power sebagai magic damage tambahan, 20% pada turret.

Satchel Charge

  • [New] Penunjuk ikon untuk memusnahkan turret akan kelihatan pada keseluruhan peta, termasuk dalam Fog of War.
  • [New] Kini akan memaparkan ambang pembunuhan pada turret jika turret boleh dimusnahkan.
  • [New] Cas boleh meletus semasa di udara.

Mega Inferno Bomb

  • [Removed] Mega Inferno Bomb akan mengenakan (300/450/600 + 105% Ability Power) magic damage pada musuh dalam zon letupan pusat, manakala musuh di luar kawasan pusat menerima 66.7% damage.
  • [New] Mega Inferno Bomb akan mengenakan (270/375/480 + 85% Ability Power) magic damage pada musuh dalam zon letupan.
  • [New] Gunaan pintar mengembangkan jarak pencarian sasaran kepada jarak penuh ability.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

MAW OF MALMORTIUS

Pada masa ini, Maw of Malmortius hanya boleh dicetuskan oleh attack, yang membuatkan item ini tidak boleh melawan balas mage. Kami telah melaraskan item ini untuk membenarkan lebih banyak champion dengan physical damage memilih item ini apabila mereka perlu melawan balas Mage.

Demonbane

  • Magic shield akan dicetuskan dengan 20% damage daripada attack → Magic shield akan dicetuskan dengan 20% damage daripada serangan asas atau 15% physical damage yang dikenakan oleh ability

AMARANTH’S TWINGUARD

Amaranth’s Twinguard tidak menyediakan statistik yang cukup untuk membuatkan pemain merasakan ini pembelian yang berbaloi. Kami meningkatkan statistik asasnya untuk menjadikannya item yang lebih menarik untuk tank.

Statistik Asas

  • Jumlah harga: 3200g → 3100g
  • Armor: 55 → 60

SKIN

Tryndamere-_Bloodmoon-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

Blood Moon Tryndamere

Akan dikeluarkan pada 1 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Yone-_Prestige_Heartsteel_-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

Prestige HEARTSTEEL Yone

Akan dikeluarkan pada 1 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Ziggs_-_Hextech_-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

Hextech Ziggs

Akan dikeluarkan pada 4 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Pyke-_PROJECT_-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

PROJECT: Pyke

Akan dikeluarkan pada 10 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Varus-PROJECT_-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

PROJECT: Varus

Akan dikeluarkan pada 10 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Warwick-_PROEJCT_-_-_Wild_Rift_Splash_-_Final.jpg

PROJECT: Warick

Akan dikeluarkan pada 10 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

KEMAS KINI SKIN

jade_dragon_wukong_screenshot.jpg

Jade Dragon Wukong akan mendapat naik taraf kosmetik dan akan meninggalkan kedai pada 29 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8. Dia akan tersedia melalui Peti Poro sejurus selepas itu. Jika anda telah membeli skin ini melalui kedai sebelum masa itu, skin ini akan dinaik taraf secara automatik.