Kemas kini pada ARAM
Akan tiba dalam Patch 3.4, kami mempunyai sesuatu untuk pencinta, penggemar dan peminat sekali-sekala ARAM di mana-mana. Sebahagian daripada keseronokan dalam ARAM ialah Kerawakannya tetapi kami tahu ia boleh mengecewakan apabila anda berakhir dengan komposisi pasukan yang sangat teruk dan anda kehabisan re-roll. Jadi pada patch seterusnya anda akan dapat membeli re-roll tambahan dalam ARAM dengan Poro Energy.
Keutamaan utama kami dengan perubahan ini adalah untuk memberi anda kawalan yang lebih besar ke atas komposisi pasukan anda sambil memberikan kesan minimum kepada keseronokan yang datang daripada kerawakan yang wujud dalam mod tersebut. Selain itu, kami sedang mempertimbangkan versi awal ciri ini sebagai percubaan kerana kami ingin membuat perubahan pada masa hadapan, jadi sila hantar maklum balas anda kepada kami kerana kami akan mendengarnya.
Ini cara ia berfungsi:
Perkara yang kekal sama:
- Aliran permainan ARAM sedia ada tidak berubah: anda hanya boleh menggunakan re-roll dalam pilihan champion.
- Re-roll percuma masih dicas semula seperti biasa dan anda boleh menyimpan sehingga dua re-roll ARAM seperti biasa.
Perkara yang baharu:
- Selepas anda menggunakan semua re-roll percuma, anda akan ditawarkan pilihan untuk membeli re-roll tambahan dengan Poro Energy.
- Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 2 re-roll (termasuk percuma dan tambahan) setiap permainan, dan anda perlu menggunakan yang percuma dahulu.
- Hal ini bermakna: Jika anda memasuki lobi dengan 2 re-roll percuma, anda tidak boleh membeli re-roll lagi untuk permainan itu.
- Pembelian re-roll tambahan adalah terhad kepada 3 setiap hari. Set semula setiap hari, re-roll pertama yang anda beli akan menelan kos 50 Poro Energy, yang kedua sebanyak 100 Poro Energy dan yang ketiga sebanyak 200 Poro Energy.
- Anda tidak boleh menyimpan re-roll tambahan.
- Re-roll tambahan adalah sama seperti re-roll percuma: champion yang anda re-roll masih boleh dipilih oleh sekutu.
Kami berharap reka bentuk ini memberi anda peluang untuk mengelak komposisi pasukan amat buruk sekali dan pada masa yang sama mengekalkan keseronokan teras ARAM.
Itu sahaja buat kali ini, beritahu kami pendapat anda tentang sistem baharu ini apabila anda dapat mencubanya dalam Patch 3.4. Jadi sehingga itu, jumpa anda dalam Howling Abyss!