Kemas Kini Jungle dan Rentak Rift Akan Datang pada Patch 7.3
Pada Patch 7.3, kami meneliti tempo keseluruhan permainan dan membuat beberapa pelarasan pada jungle.
Mewujudkan rentak Rift yang lebih konsisten
Kami perhatikan sejak beberapa patch lalu bahawa sesetengah permainan telah mengalami kebuntuan yang panjang di pertengahan permainan sebelum tiba-tiba berakhir apabila objektif akhir permainan yang kuat muncul. Matlamat perubahan kami pada patch ini adalah untuk mewujudkan lengkung tempo yang lebih sihat, dengan kelebihan berkembang secara berperingkat melalui tower, kawalan wave serta objektif, sambil pasukan bertahan masih mempunyai peluang yang jelas untuk bertindak balas.
Wave minion merupakan kunci utama kepada usaha tersebut kerana ia menghubungkan pertempuran yang berjaya dan kawalan objektif dengan tekanan sebenar ke atas tower.
Jadi, dalam kemas kini ini, super minion akan mendapat movement speed, pertahanan dan attack damage apabila lebih banyak inhibitor dimusnahkan, manakala siege minion akan mencapai jumlah penuh damage struktur dengan lebih awal.
Minion juga akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pertempuran. Anda perlu menghormati saiz dan posisi wave, dan jika anda berada di pihak menyerang, kini anda boleh menggunakan wave bertindan untuk mencipta ruang dan lawan anda di hujung bertentangan serangan anda mempunyai lebih banyak sebab untuk clear wave tersebut berbanding dengan dibiarkan untuk terus terkumpul tanpa henti. Memusnahkan tower, memecahkan inhibitor, membina kelebihan level dan merebut Baron akan membantu dalam mencipta tekanan wave yang lebih kuat, tetapi kelebihan ini bukanlah syarat kemenangan automatik. Anda dan pasukan anda masih perlu mengurus, mengiringi dan push bersama-sama wave anda untuk menamatkan permainan.
Alat yang lebih kuat untuk menamatkan permainan
Kami juga ingin memastikan bahawa memenangi pertempuran, memusnhakan tower, mengawal Dragon, merebut Baron dan mengurus wave minion berasa seperti satu laluan yang bersambung menuju kemenangan, sambil mengekalkan permainan bertahan dan peluang tampil kembali yang bermakna. Itulah sebabnya kami membuat beberapa pelarasan pada alat-alat tersebut.
Kini Baron akan memberikan peluang kepungan yang lebih jelas, kerana minion yang diempower akan dapat sampai ke tower dengan lebih mudah. Namun, Baron tidak akan menentukan kemenangan secara automatik: pasukan bertahan masih boleh mencabar penglihatan, menghalang objektif daripada direbut, clear wave tanpa pengiring dan menghukum posisi kepungan yang lemah.
Kawalan Dragon juga akan memberikan lebih banyak momentum untuk mara sebelum Elder Dragon muncul. Niatnya adalah supaya pelaburan pada awal dan pertengahan permainan lebih bermakna, dengan kuasa diperoleh melalui pertempuran berulang kali dan bukannya lonjakan objektif secara tiba-tiba.
Menjadikan kemajuan Jungle lebih stabil
Kami juga ingin meneliti jungle pada patch ini. Kami tahu bahawa ia mempunyai pengaruh yang besar tetapi kadar pilih yang rendah pada masa ini. Hakikat yang boleh difahami. Jungler dijangka mengawal peta, membantu lane dan merebut objektif utama, sementara kelajuan clear yang tidak seimbang, kem yang mudah diserang, pendapatan yang tidak konsisten serta tekanan akibat satu Smite yang tersasar boleh menjadikan peranan ini berasa penuh tekanan.
Untuk cuba mengurangkan beberapa kesulitan dalam peranan ini, kami akan mula dengan rework Smite supaya ia mempunyai kesan burn True Damage berterusan dan berskala mengikut atribut jungler. Kami berharap dengan pelarasan ini, kawalan objektif akan menjadi lebih konsisten dan perasaan bahawa satu pertandingan Smite boleh menentukan keseluruhan permainan akan dikurangkan. Selain itu, monster epik akan mempunyai resistance yang lebih tinggi, menjadikan ia tumpuan utama yang lebih bermakna untuk team fight. Ini akan menjadikan penglihatan, posisi dan penyusunan strategi berpasukan di sekitar objektif lebih penting, sambil menyukarkan lagi cubaan mencuri objektif dengan kombo burst.
Mekanik burn baharu pada Smite akan berskala dengan kedua-dua statistik ofensif dan defensif, membantu dalam mencipta lebih banyak laluan kemajuan yang berdaya saing untuk fighter, mage dan tank. Kami juga sedang berusaha untuk menyamaratakan kecekapan clear, meningkatkan pendapatan asas Jungle, menaikkan risiko untuk laner pergi mencuri camp dan mengurangkan hukuman untuk jungler yang membantu lane rakan sepasukan.
Jungle akan kekal sebagai peranan yang berpengaruh, tetapi impaknya sepatutnya terasa kurang tertumpu pada beberapa detik tekanan tinggi. Jungler masih perlu merancang laluan, menyusun masa gank dan mengawal objektif, sambil menikmati kemajuan yang lebih stabil dan pilihan champion yang lebih luas.
Tonton huraian penuh gameplay
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rentak Rift, perubahan minion, kemajuan Baron dan Dragon, Smite serta kemas kini Jungle, tonton John, Neo, dan Will membincangkan perkara ini dalam Pratonton Patch kedua kami.