Kemas Kini Kemajuan Ranked Akan Datang pada Patch 7.3
Mengikuti perubahan yang kami lakukan pada patch sebelum ini, kami kembali dengan beberapa pelarasan lagi untuk kemajuan Ranked. Pada Patch 7.3, kami akan memperluaskan penilaian prestasi supaya ia dapat mengenal pasti lebih banyak cara anda menyumbang kepada kemenangan pasukan anda. Kami juga akan membuat beberapa penambahbaikan lagi pada Tenaga Ranked dan kemajuan Legendary Ranked.
Pandangan prestasi yang lebih menyeluruh
Walaupun jumlah kill dan KDA sentiasa merupakan penunjuk penting prestasi, kami tahu ia tidak menceritakan kisah keseluruhan sesuatu perlawanan. Pembuatan keputusan, kawalan objektif, kerja berpasukan, penglihatan dan pengawalan peta semuanya sama penting untuk kemenangan seperti jumlah kill anda.
Jadi pada 7.3, kami akan mengemas kini sistem pemarkahan SA dan MVP dengan model penilaian yang lebih disesuaikan. Berbanding dengan hanya menggunakan standard yang sama untuk semua orang, sistem akan mengambil kira lane, champion dan peranan anda. Yang pada asasnya bermaksud anda akan menerima lebih banyak pengiktirafan untuk sumbangan seperti:
- Kesan terhadap penglihatan dan crowd control
- Penyertaan objektif, termasuk pengawalan dragon
- Push dan permainan berpasukan yang terkoordinasi
- Penyerapan damage barisan hadapan
- Menyokong rakan sepasukan dan mencipta peluang
Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa jumlah kill dan KDA masih penting, tetapi ia tidak lagi menentukan keseluruhan penilaian. Matlamat kami dengan sistem baharu ini adalah untuk memberi setiap peranan peluang yang lebih adil untuk diiktiraf atas impak mereka dalam membantu pasukan meraih kemenangan, bukan sekadar statistik yang paling mudah dilihat di papan skor. Kami berharap ini akan menggalakkan anda untuk memberi tumpuan kepada keputusan dan kerjasama yang mencipta peluang kemenangan, walaupun sumbangan tersebut tidak menghasilkan jumlah kill yang tinggi.
Ganjaran Tenaga Ranked yang lebih bermakna
Pada patch lepas, kami telah memperkenalkan ganjaran Tenaga Ranked yang berkait rapat dengan prestasi anda dalam permainan. Dan pada patch ini, kami akan membina atas asas itu dengan menambah baik penilaian prestasi yang menentukan cara anda diiktiraf dan diberi ganjaran. Jadi, jika anda bermain dengan baik, anda akan berpeluang untuk memperoleh lebih banyak Tenaga Ranked.
Kami juga menambah satu rating baharu di atas S yang dipanggil S Legendary, yang akan mengiktiraf prestasi benar-benar luar biasa dan memberikan Tenaga Ranked tambahan untuk permainan yang menonjol.
Insentif untuk posisi yang diperlukan
Selain itu, bonus Tenaga Ranked khusus kepada lane akan memberikan insentif tambahan kepada anda yang sanggup mengisi peranan yang memerlukan lebih ramai pemain. Bonus ini bertujuan untuk menyokong pengagihan peranan yang lebih seimbang, meningkatkan kualiti matchmaking dan membantu dalam mengurangkan masa menunggu dalam queue.
Untuk memastikan sistem kekal seimbang, ganjaran insentif lane akan mempunyai had mingguan. Anda dapat memperoleh bonus bermakna dengan membantu mengisi peranan yang diperlukan, tetapi ganjaran akan berhenti setelah had mingguan dicapai.
Jangan risau, memilih Mana-mana Posisi dan ditugaskan sebagai autolengkap masih akan dilayan secara berbeza. Jika anda memilih Mana-mana Posisi, anda akan menerima Tenaga Ranked bonus sebagai tanda terima kasih kerana membantu dalam mengekalkan pengagihan peranan yang sihat. Oleh sebab autolengkap boleh menyebabkan pengalaman yang kurang digemari, pemain yang ditugaskan sebagai autolengkap juga akan menerima bonus Tenaga Ranked yang lebih besar sebagai pampasan. Kedua-dua bonus akan mempunyai had mingguan.
Kemas kini Legendary Ranked
Akhir sekali, tetapi tidak kurang penting, Legendary Ranked juga akan menerima beberapa penambahbaikan kemajuan pada patch ini. Jika anda mencapai Grandmaster dalam Ranked queue biasa pada musim sebelumnya, anda akan mendapati ambang kemasukan yang lebih rendah apabila kembali, mengurangkan jumlah pendakian yang diperlukan untuk memasuki semula mod tersebut.
Kami juga memperkenalkan mekanik kenaikan pangkat baharu untuk peringkat Legendary Commander yang dipanggil Cubaan Legendary. Setelah diaktifkan, Cubaan ini akan berjalan seiring dengan pendakian Legendary Ranked anda yang biasa, memberi anda satu lagi cara untuk meraih kenaikan pangkat tanpa mengubah cara kemajuan biasa anda. Rentetan kemenangan yang hebat boleh membantu anda menyelesaikan Cubaan dan terus naik ke peringkat seterusnya, sambil setiap perlawanan masih dikira bagi penambahan dan penolakan mata Ranked anda seperti biasa. Matlamatnya adalah untuk memberi anda sasaran yang lebih jelas untuk dicapai, memberi ganjaran secara lebih langsung terhadap prestasi cemerlang yang konsisten serta mewujudkan milestone penting yang lebih bermakna semasa anda bersaing di peringkat tertinggi.
Tonton video penuh
Untuk huraian penuh tentang perubahan Ranked yang akan datang pada Patch 7.3, dan untuk mendengar lebih lanjut daripada John, Neo, dan Will, tonton video Pratonton Patch kedua kami.