Kemas Kini Keluran Champion Patch 7.2
Hai semua!
Kami tidak sabar untuk berkongsi sebahagian daripada perkara yang telah kami sediakan untuk Patch 7.2, yang bakal tiba tidak lama lagi. Sebelum kami kongsikan Pratonton Patch penuh dan mendalami dengan lebih lanjut segala yang bakal hadir dalam kemas kini ini, kami ingin bercakap tentang satu perubahan yang mungkin anda sedar serta-merta.
Untuk Patch 7.2, kami akan mengeluarkan dua champion. Memandangkan 7.2 mempunyai kitaran kemas kini yang lebih singkat daripada biasa, iaitu sekitar dua bulan berbanding dengan tiga bulan seperti kebiasaan, kami telah melaraskan skop keseluruhan patch ini dengan sewajarnya. Walaupun dengan kitaran yang lebih singkat, kami masih mempunyai banyak kandungan menarik yang dirancang, termasuk satu kemas kini yang sangat diminta, ASU Ahri, yang kami tidak sabar untuk kongsikan lebih lanjut dalam Pratonton Patch akan datang.
Apabila kami melihat ke hadapan selepas 7.2, kami juga ingin berkongsi sedikit tentang cara kami merancang kandungan champion pada masa akan datang. Walaupun champion baharu sentiasa merupakan bahagian penting dalam Wild Rift, itu hanyalah salah satu cara kami boleh melabur dalam barisan champion. Mulai sekarang, matlamat kami adalah untuk menawarkan lebih banyak kandungan yang menumpukan kepada champion, termasuk pengeluaran champion baharu, kemas kini visual dan gameplay serta pelbagai cara lain untuk menyegarkan semula dan menambah baik champion kegemaran anda. Hal ini akan memberi kami lebih banyak peluang untuk melabur dalam seluruh barisan sambil terus memperkenalkan wajah-wajah baharu kepada Wild Rift. Anda akan mula menyaksikan lebih banyak falsafah itu diterapkan dalam kemas kini akan datang, dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai hal itu dengan anda pada penghujung tahun ini, dalam surat akhir tahun kami.
Bercakap tentang kemas kini akan datang, Patch 7.3 bakal menjadi salah satu kemas kini terbesar kami setakat ini, penuh dengan pelbagai kandungan baharu dan kejutan. Kami belum bersedia untuk mendedahkan semuaaaaanya lagi, tetapi kami boleh beri anda sedikit petunjuk tentang salah satu champion yang akan tiba pada patch itu. Lihat semula Pelan Hala Tuju Champion yang kami kongsikan awal tahun ini dan cuba teka siapakah antara suspek kami yang mungkin akan muncul.
Itu sahaja daripada kami buat masa ini. Jumpa anda semula pada 24 Jun untuk Pratonton Patch 7.2 kami!