Peti Hextech akan datang ke Wild Rift
Sepanjang tahun ini kami telah berkongsi dengan anda tentang cara kami mencari cara yang baharu dan unik untuk anda memperoleh dan membeli kandungan. Sepanjang patch-patch baru-baru ini kami telah mengeluarkan pelbagai event baharu, yang telah membolehkan anda memperoleh barangan dan champion percuma dalam pelbagai cara baharu. Sesuatu yang kami terokai adalah untuk cara baharu dan tambahan untuk anda memperoleh skin, jadi kami akan memperkenalkan sesuatu yang baharu untuk sesetengah pelayan dalam patch 3.4.
Peti Hextech akan menjadi cara baharu untuk mendapatkan skin unik dan barangan lain dalam Wild Rift. Walaupun tidak sama dengan sistem crafting Hextech League PC, ia akan beroperasi dengan cara yang serupa. Anda boleh membeli kunci yang membuka peti dan setiap peti akan mengandungi orange essence dan mungkin juga mengandungi skin, barangan dan skin eksklusif untuk sistem peti Hextech ini. Kami juga sedang melihat pelbagai cara anda boleh mendapatkan kunci hanya dengan bermain, tetapi kami belum memuktamadkan butiran tersebut lagi. Anda boleh mengetahui lebih lanjut apabila kami semakin hampir dengan pelancaran pada pelayan anda.
Masa pelancaran untuk setiap rantau akan berbeza-beza, tetapi anda akan mula melihat sistem ini dan skin eksklusifnya dilancarkan pada pelayan tertentu bermula dengan patch ini dan berkembang dalam patch akan datang. Kami akan terus mengemas kini sistem berdasarkan maklum balas anda tetapi anda boleh menjangkakan perkara berikut sentiasa benar: nilai setiap peti melebihi apa yang anda bayar untuknya, akan terdapat perlindungan nasib malang dan kami akan menerbitkan jadual ganjaran penuhnya supaya anda tahu barangan yang anda berkemungkinan akan peroleh sebelum anda membeli.
Dalam beberapa hari akan datang anda boleh melihat lebih banyak maklumat tentang Patch 3.4, tetapi sehingga itu kami akan jumpa anda di Rift.