Ganjaran Twitch Wild Rift Icons & Skin Majestic Empress Morgana

Rebut ganjaran kosmetik eksklusif melalui Twitch dan sokong pasukan-pasukan dengan skin eksklusif Morgana

Untuk meraikan Wild Rift Icons Global Championship yang pertama, kami akan mengeluarkan ganjaran kosmetik sepanjang siaran Icons di Twitch. Ganjaran kosmetik ini akan memperingati Icons 2022 dan merupakan cara hebat untuk menonjolkan fandom E-Sukan Wild Rift! Peminat yang memautkan Akaun Riot mereka kepada Twitch akan dapat memperoleh ganjaran ini sebagai “drop” apabila mereka menonton siaran rasmi Icons 2022. Ganjaran eksklusif akan tersedia pada setiap peringkat kejohanan, bermula di peringkat Play-In pada 14 Jun.

Ganjaran pada Setiap Peringkat

Rewards_Graphics_MS.jpg

Cara Mendapatkan Twitch Drop

Langkah 1 - Sambungkan Akaun Riot anda kepada akaun Twitch anda

Mula-mula, penting untuk menjelaskan bahawa Twitch.TV dan Prime Gaming (dahulunya dikenali sebagai Twitch Prime) adalah entiti berasingan. Ramai pemain kami mungkin telah memaut kepada Prime Gaming (yang sememangnya hebat). Walau bagaimanapun, Drop adalah berbeza, dan hanya layak untuk mereka yang menyambungkan Akaun Riot mereka kepada akaun Twitch.TV mereka. Ini membolehkan semua orang mendapat ganjaran, sama ada mereka mempunyai Prime atau tidak.

Langkah 2 - Tonton pertandingan di Twitch

Dari 14 Jun hingga 9 Julai, tonton Siaran Twitch Wild Rift Icons Global Championship rasmi, semasa ia disiarkan secara langsung! Drop boleh didapati dari siaran rasmi dan penstrim bersama, jadi peminat boleh menonton mana-mana siaran E-Sukan Wild Rift semasa kejohanan! Jika semua keperluan dipenuhi dan drop diberikan, ia akan dikaitkan dengan Akaun Riot anda secara automatik, ambil perhatian bahawa ini bukan serta-merta.

Langkah 3 - Pamerkan ikon, Bingkai, Recall atau emote eksklusif anda

Sebaik sahaja anda menjumpai ganjaran ini dalam akaun Wild Rift anda, anda boleh melengkapkannya dengan segera. Item ini adalah eksklusif dan tidak dapat diperoleh dengan cara lain, jadi tunjukkan ia dengan bangga!

Skin Majestic Empress Morgana

06022022_TwitchRewardsArticle_MorganaMajesticEmpress.jpg

Mulai 7 Jun, Riot akan berkongsi satu peratusan hasil jualan skin Majestic Empress Morgana yang akan diagihkan sama rata antara 8 pasukan teratas. Pemain boleh menunjukkan sokongan mereka dan membeli Majestic Empress Morgana dengan harga 990 Wild Cores.

Ikuti @wildriftesports dan laman media sosial Wild Rift serantau anda untuk berita terkini tentang Icons!