Wild Rift Horizon Cup: Keputusan Suku Akhir

Semak keputusan Peringkat Suku Akhir Wild Rift Horizon Cup!

Bahang perlawanan semakin terasa di Wild Rift Horizon Cup! Selepas dua perlawanan sengit, Team Secret dan Rolster Y telah muncul sebagai pemenang, mara ke Peringkat Separuh Akhir. Pemenang Separuh Akhir akan menuju ke Peringkat Akhir dalam pusingan best-of-7 untuk gelaran antarabangsa yang pertama!

Suku Akhir (19 November 2021):

  • [SE] SBTC Esports lwn [TS] Team Secret
    • Pemenang: Team Secret (3-0)
  • [RY] Rolster Y lwn [SG] Sengoku Gaming
    • Pemenang: Rolstery Y (3-0)
11202021_Groups_Groups_Day5_HorizonCup_384.JPG11202021_Groups_Quarters_HorizonCup_171_(1).JPG

Separuh Akhir (20 November 2021):

  • [TT] Thunder Talk Gaming lwn [TS] Team Secret
  • [DKG] Da Kun Gaming lwn [RY] Rolster Y

Dapatkan Twitch Drop Semasa Peringkat Akhir Horizon Cup

Pastikan anda menonton Peringkat Akhir Horizon Cup Ahad ini, 21 November, 2021 (4 PAGI PT | 8 MALAM GMT +8) pada mana-mana siaran Riot Games yang menyertai, termasuk https://www.twitch.tv/wildriftesports bagi mendapatkan 400 Syiling Poro untuk membuka kunci gaya champion, token guild atau peti di Kedai Poro permainan ini. Drop hanya layak untuk mereka yang menyambungkan Akaun Riot ke akaun Twitch.TV mereka. Ketahui cara menyambungkan akaun anda di sini.

Semak @wildriftesports untuk perkembangan terkini tentang kejohanan ini!