Memperkenalkan Galeri Fotografi Acara Global Pertama untuk E-sukan Riot Games

Riot Games dan Getty Images Memperluas Perkongsian!

E-sukan di Riot Games telah membina sejarah yang agak panjang. Sudah hampir dua belas tahun sejak acara League of Legends World Championship yang pertama berlangsung pada tahun 2011. Mari kita luangkan masa untuk mengenang kembali bagaimana ia kelihatan:

04_04_22_Worlds2011.jpg

Selama bertahun-tahun, kami telah mengikuti perjalanan acara kami melalui fotografi. Berikut merupakan gambaran bagaimana Peringkat Akhir World Championship kelihatan sejak Musim 1:

04_04_22_Worlds2012-2020.jpg

Sambil e-sukan kami terus berkembang, kami telah menangkap dan berkongsi berpuluh-puluh ribu imej dengan peminat di seluruh dunia - dan perjalanan kami baru sahaja bermula. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Riot Games telah berkembang dengan menyertakan e-sukan VALORANT dan Wild Rift.

04_04_22_WRxVAL.jpg

Untuk terus menyampaikan kandungan berkualiti tinggi daripada acara e-sukan sedunia kami, kami sangat berbesar hati untuk mengumumkan perluasan perkongsian dengan Getty Images.

04_04_22_RiotxGettyLogos_v2.png

Getty Images telah menyertai Riot Games sebagai rakan kongsi pengedaran fotografi rasmi E-sukan LoL pada bulan Julai 2020. Perkongsian berbilang tahun itu kini akan berkembang untuk menyertakan VALORANT Champions Tour dan E-sukan Wild Rift. Melalui perkongsian itu, kami akan dapat terus berkongsi fotografi dan video kami kepada berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

Untuk menyokong matlamat kami, perkongsian itu akan menyertakan galeri imej baharu - Pengurus Media Getty Images. Galeri ini memberi peminat, wartawan dan pencipta kandungan keupayaan untuk melihat, memuat turun dan berkongsi imej untuk tujuan editorial – secara percuma. Pergi ke laman penambat baharu kami: riotgames.com/esportsmedia untuk mengakses!

Acara tahun 2022 yang akan dihoskan di galeri Pengurus Media Getty Images akan termasuk:

  • E-sukan LoL: Mid-Season Invitational, World Championship
  • VALORANT Champions Tour: VCT Masters, VALORANT Champions, VCT Game Changers
  • E-sukan Wild Rift: Wild Rift Global Icons

Nantikan foto baharu daripada acara sedunia kami yang akan datang tidak lama lagi!