Da Kun Gaming Memenangi Wild Rift Horizon Cup!

Da Kun Gaming telah dinobatkan sebagai pemenang kejohanan antarabangsa Wild Rift yang pertama!

Da Kun Gaming telah dinobatkan sebagai Juara Wild Rift Horizon Cup! DKG telah berjuang berhabis-habisan, menumpaskan Team Secret di Separuh Akhir, dan berjaya menjadi pemenang dengan kemenangan 4-2 menentang Thunder Talk Gaming di peringkat akhir.

11222021_HCWinners_WinTrophy.jpg

11222021_HCWinners_DKGWin.jpg

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Da Kun Gaming kerana telah memenangi kejohanan antarabangsa E-sukan Wild Rift yang pertama dan terima kasih kepada semua pasukan dan pemain pro yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kami kerana telah menonton dan menjadi sebahagian daripada detik yang menakjubkan ini. Kami harap anda bergembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua dalam musim rasmi pertama E-sukan Wild Rift yang bermula pada Januari 2022!

11222021_HCWinners_DKGFinal.jpg