Wild Rift Icons Global Championship 2022 akan diadakan di Singapura!

Bersedia untuk unleash the wild musim panas ini di Suntec Singapura 14 Jun-9 Julai

Riot Games teruja untuk mengumumkan bahawa Wild Rift Icons Global Championship 2022 akan berlangsung pada musim panas ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec di Singapura. Tempat yang tidak asing lagi untuk E-Sukan Wild Rift, Suntec Singapura sebelum ini mengadakan Wild Rift Horizon Cup pada 2021 dan kini akan menjadi tuan rumah kejohanan global pertama bagi E-Sukan Wild Rift. Kejohanan ini akan bermula pada 14 Jun dan berakhir dengan peringkat akhir pada 9 Julai.

Butiran Lokasi dan Tempat

Lokasi: Singapura

Tempat: Suntec Singapura

  • Play-In: 14-18 Jun
  • Kumpulan: 21-25 Jun
  • Suku Akhir: 1-2 Julai
  • Separuh Akhir: 5-6 Julai
  • Peringkat Akhir: 9 Julai

05082022_Icons2022AnnouncementPiece_image22_opt.png

Wild Rift Icons Global Championship ialah kejohanan global Riot yang mengakhiri musim E-Sukan Wild Rift. Kejohanan ini akan menampilkan 24 pasukan, 8 akan layak terus dari pertandingan serantau, manakala 16 lagi akan bertarung melalui peringkat play-in. Para peminat akan menyaksikan peringkat tertinggi pertandingan E-Sukan Wild Rift apabila pasukan menggunakan kemahiran mereka untuk peluang merebut gelaran dunia dan kumpulan hadiah bersama sebanyak $2 juta.

Apabila pertama kali diumumkan, Icons pada asalnya ditetapkan untuk berlangsung di Eropah. Oleh kerana pandemik global yang merumitkan garis masa permohonan visa dan tarikh kemasukan semula untuk kebanyakan pasukan serantau, Riot Games membuat keputusan untuk memindahkan pertandingan ke Singapura. Keputusan ini bukan sahaja akan memastikan pasukan mempunyai peluang terbaik untuk menghadiri Icons, tetapi mereka juga mempunyai pengalaman hebat pada kejohanan Icons pertama mereka.

Maklumat lanjut termasuk pengalaman peminat, pasukan yang layak, format dan jadual akan didedahkan dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang. Pastikan anda mengikuti @wildriftesports dan laman media sosial Wild Rift serantau anda untuk berita terkini.