Perbincangan Wild Rift - 15 September 2020

Setiap minggu, kami akan berbincang tentang trend dan isu semasa dalam komuniti Wild Rift. Berikut adalah kemas kini daripada pasukan!

Hei semua!

Saya Brian Feeney (atau sesetengah mengenali saya sebagai FeralPony) dan saya adalah Pengarah Rekaan bagi League of Legends: Wild Rift! Saya bekerja dengan pasukan reka di sini daripada champion, keseimbangan, berkedudukan dan lebih lagi. Sebelum menyertai Wild Rift, saya bekerja di pelbagai pasukan serata League of Legends PC. fakta menarik tentang saya: Saya mempunyai pelbagai haiwan, dua daripadanya anda boleh jumpa di diari/dev terkini yang kami siarkan beberapa hari lepas:

Saya di sini kerana ingin bercakap tentang apa yang anda boleh harapkan dari Wild Rift sekarang dan akan datang. Selepas permainan diumumkan pada Oktober 2019 lepas, kami telah melihat semangat anda, soalan dan perminataan anda(!) untuk maklumat lanjut; kami tahu bahawa kami telah senyap untuk beberapa lama tetapi anda boleh menunggu kami kembali di Beta Tertutup Serantau nanti. Kami telah memperbaik permainan selepas ujian Alfa kami beberapa bulan lalu dan kami tidak sabar untuk lihat apa yang anda akan lakukan dengan perubahan champion yang kami telah lakukan.

Sesetengah daripada anda adalah pemain semasa atau veteran Leagu (helo lagi!) dan ramai yang lain adalah baru kepada dunia League. Di Riot, "Utamakan Pengalaman Pemain" dituluskan pada dinding pejabat kami (...kadang kala, secara literal). Siapa juga anda atau apa sahaja pengalaman anda dengan League atau Wild Rift, kami perlukan maklum balas anda untuk menjadikan MOBA terbaik yang kami boleh di telefon bimbit dan konsol. Kami mahu mendengar semua perkara baik dan juga (terutamanya) perkara yang hangat. 

Anda dapat lihat siaran dan kemas kini seperti ini daripada pasukan setiap minggu selepas Beta Tertutup Serantau pertama kami yang bermula beberapa hari lalu di beberapa rantau Asia Tenggara. Kami akan siarkan segalanya daripada permainan, kemas kini, reka bentuk, Q&A, ciri baharu atau kemajuan yang kami sedang usahakan. Kami mahu telus dengan keputusan yang kami ambil, ciri yang kami tambah atau isu yang anda lihat dan kami faham ini hanyalah permulaan perjalanan Wild Rift ke pelancaran! 

Sementara itu, terdapat banyak benda yang baru saja disiarkan minggu ini jadi saya telah berikan pautan yang berguna di bawah untuk anda. 

Jumpa lagi,

Brian & pasukan Wild Rift