Wild Rift Patch Note 3.2c

Balance patch 3.2 terakhir kini tiba, dan kami memberi beberapa buff kecil merentasi peta serta nerf sedikit kuasa pemulihan Soraka.

Balance patch 3.2 terakhir kini tiba, dan kami memberi beberapa buff kecil merentasi peta serta nerf sedikit kuasa pemulihan Soraka. Kami tidak akan membuat perubahan besar untuk balance patch terakhir ini memandangkan pertandingan Wild Rift Icons Global 2022 masih berlangsung. Tetapi, kami akan jumpa anda lagi dalam bulan Julai untuk keluaran 3.3! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

PERUBAHAN CHAMPION

BRAND

Walaupun Brand telah menunjukkan prestasi yang baik untuk segelintir orang, dia tidak memberikan kepanasan yang diperlukan untuk semua orang, terutamanya dalam permainan peringkat tinggi. Kami akan meningkatkan tempoh stun pada Sear untuk memberi ganjaran kepada pemain Brand yang boleh mengenakannya pada musuh mereka yang telah mereka bakar.

SEAR

  • Tempoh stun: 1.5s → 1.75s

FIZZ

Sebelum ini, trickster licik ini adalah pilihan yang hebat yang menjadi musuh bagi kebanyakan mid laner, tetapi selepas nerf kami sebelum ini dan perubahan sistematik baru-baru ini, dia menjadi gelabah. Kami dengan berhati-hati memberinya sedikit kuasa pada Urchin Strike untuk memberi ganjaran kepada pemain Fizz kerana menggunakannya secara langsung pada musuh mereka dan bukannya menggunakannya untuk melepasi musuh yang lain untuk mencapai sasaran utama mereka dan kemudian menggunakan Playful/Trickster sebagai sumber damage utama mereka.

Urchin Strike

  • Damage asas: 10/30/50/70 → 20/40/60/80

JANNA

Kami meningkatkan kelajuan ability Howling Gale dan Zephyr Janna supaya dia boleh mengganggu musuhnya dengan mudah.

Howling Gale

  • Masa yang diperlukan untuk puting beliung sampai ke destinasinya: 1.25s → 1s

Zephyr

  • Kelajuan projektil ditingkatkan.

KATARINA

Berbanding dengan mid laner lain, The Sinister Blade tidak menunjukkan prestasi yang baik dan perlu menambah baik dirinya untuk mengejar mereka. Kami memberi ultimatenya tambahan kuasa supaya dia boleh memberi kesan yang bermakna dalam teamfight dan pertempuran dengan lebih konsisten.

DEATH LOTUS

  • Damage asas: 350/550/750 → 400/600/800

MISS FORTUNE

Projektil yang dilepaskan oleh ability Double Up Miss Fortune mencapai sasaran dengan lebih perlahan daripada yang kami mahu, jadi kami meningkatkan kelajuannya untuk meningkatkan rasa keseluruhan ability ini.

Double Up

  • Kelajuan projektil ditingkatkan.

SORAKA

Soraka telah menjadi pilihan support yang kuat dalam semua peringkat permainan disebabkan oleh pemulihan boleh dipercayai yang dia berikan kepada pasukannya. Walaupun kami seronok melihat Soraka memerintah di Rift sebagai healer utama, kami berpendapat keupayaannya untuk sustain dirinya dan sekutunya pada masa ini terlalu kuat. Kami mengurangkan kuasa kesan Rejuvenation yang Soraka peroleh daripada ability Starcallnya.

Starcall

  • Jumlah pemulihan Rejuvenation: 60/90/120/150 + 45% Ability Power → 60/80/100/120 + 35% Ability Power

THRESH

Pada masa ini, Thresh tidak bertahan selama yang kami mahukannya pada peringkat akhir permainan, dan kami mahu terus menggalakkan pemain Thresh untuk terus mengumpul jiwa-jiwa yang terkutuk, jadi kami memberikan sedikit tambahan kepada nilai Soul.

passive

  • Armor dan Ability Power bonus daripada setiap Soul: 1.5 → 2

6282022_WRPatchNotes3.2CArticle_Riven-Splash.jpg

Dawnbringer Riven

Akan dikeluarkan pada 30 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

6282022_WRPatchNotes3.2CArticle_Yasuo-Skin-.jpg

Nightbringer Yasuo

Akan dikeluarkan pada 30 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

6282022_WRPatchNotes3.2CArticle_Goodies1.jpg

Bauble: Dawn & Dusk

Emote: You Wanna Go?; *shrug*

Recall: Chaotic Order

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

30 Jun - 06 Jul: Corki, Diana, Evelynn, Irelia, Jhin, Lee Sin, Nami, Orianna, Senna, Sett

07 Jul - 15 Jul: Aurelion Sol, Brand, Kai’sa, Malphite, Nautilus, Nunu & Willump, Pyke, Shyvana, Vayne, Wukong