Perbincangan Wild Rift - 9 Okt 2020
Perbincangan Wild Rift ialah siri dwimingguan (buat masa ini) untuk membincangkan tentang trend yang dilihat dalam komuniti, memberi respons terhadap isu dan maklum balas dan juga berkongsikan beberapa rekaan di sebalik Wild Rift.
Hai semua, FeralPony kembali lagi dengan lagi satu Perbincangan.
Closed Beta Serantau telahpun bermula secara rasmi dan banyak telah kami pelajari dan juga membuat peningkatan pantas, jadi terima kasih kepada semua yang telah playtest dan memberikan maklum balas.
JEMPUTAN BETA
Pertama sekali mari kita bincang tentang isu paling penting: Lebih ramai orang mahu bermain permainan ini. Kami teruja dengan respons yang telah diterima walaupun malangnya disebabkan closed beta, semua orang yang inginkan akses masih tidak boleh menyertainya lagi. Kami tahu ia mengecewakan dan pasukan kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak akses pemain. Kami telah mengembangkan kapasiti kami di wilayah-wilayah yang telah kami sokong dan kami juga mengembangkan test ini untuk melibatkan Jepun dan Korea Selatan.
ISU KETERSAMBUNGAN
Isu Ketersambungan adalah topik yang telah dilaporkan oleh sesetengah pemain seperti latency dan packet loss. Sila terus membuat laporan berkenaan itu kerana ia adalah punca utama kami menjalankan test sebegini. Infrastruktur keseluruhan dan info khusus tentang cara pemain bersambung menerusi pembekal berlainan mengikut negara yang merupakan sebahagian besar mengapa pelancaran kami perlahan. Kami telah menghabiskan banyak masa menaiktaraf dan meningkatkan sistem pemantauan kami dan sedang bekerjasama langsung dengan ISP tempatan agar kami dapat mengenalpasti, mengesan dan membaiki isu jika timbul.
MASA PERMAINAN
Masa Permainan adalah topik kontroversi yang telah kami dengar beberapa perbincangan. Adakah ia terlalu lama? Terlalu singkat? Jadi saya ingin mengambil sedikit masa untuk membincangkan niat kami dan tempoh permainan sekarang. Kami tidak menyasarkan untuk sepadankannya dengan kelajuan perlawanan League of Legends di PC. Adalah penting bagi kami agar Wild Rift boleh dimainkan dalam tempoh 30 minit. Ini melibatkan semua dari membuka aplikasi, Pemilihan Champion, masa pemuatan, memainkan champion kegemaran anda dan berehat sebentar untuk menonton skrin kemenangan anda.
Bagi teras permainan itu sendiri, kami masih menyasarkan 16-18 minit masa permainan secara puratanya. Sesetengah kemenangan sebelah pihak terlalu laju atau comback epik terlalu lama. Secara keseluruhannya, kami gembira dengan keseimbangan permainan yang berlangsung tetapi kami rasakan terdapat perkara yang melebihi apa kami mahukan berjalan lebih lama. Kami membuat sedikit pelarasan di bahagian yang bermasalah tetapi kami masih memantaunya, jadi maklum balas mengenainya masih penting buat kami. Jika permainan terasa terlalu lama atau terlalu singkat, mengapa? Apakah yang anda ingin lihat lebih banyak atau lebih sikit? Maklumat sedemikian amat bernilai buat kami untuk menjadikan permainan lebih bagus.
KESEIMBANGAN CHAMPION
Keseimbangan Champion ialah sesuatu yang sedang kami kumpulkan data mengenainya tetapi masih berubah-ubah kerana para pemain masih menerokai strategi baharu dan membuka lebih banyak champion. Kami telah membuat beberapa perubahan tetapi kami jangka akan mengutarakan beberapa champion pada masa akan datang. Kami juga sedang menerokai beberapa perubahan sistem yang lebih luas untuk kelas champion yang terlalu kuat atau lemah sebagai kelas secara keseluruhan. Kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai isu dalam tampalan akan datang.
PRACTICE MODE
Practice Mode adalah ciri yang paling diminta dan kami teruja ingin membawanya untuk para pemain tidak lama lagi. Bagi mereka yang tidak biasa, Practice Mode adalah alatan yang membolehkan anda menguji mana-mana champion yang diingini dan berlatih kombo Yasuo hebat anda. Malah, kami akan membenarkan penggunaan champion yang masih belum anda miliki untuk dicuba agar anda boleh membuat pembelian muktamad setelah anda mendapat Blue Mote.
CIRI BAHARU
Ciri Baharu adalah suatu ciri yang paling banyak diminta oleh para pemain. Keutamaan utama kami adalah untuk melancarkan permainan ini secepat mungkin tetapi kami cuba untuk sertakannya dalam tampalan akan datang. Teruskan menghantar cadangan!
Pasukan kami sangat teruja untuk terus membina permainan bersama-sama komuniti dan kami berharap untuk membuka permainan kepada lebih ramai pemain.
Jumpa lagi,
Brian & pasukan Wild Rift