/dev: Rune dalam Patch 2.3
Hei lagi! Mike "RogueFool" Breese di sini sedia untuk bersembang tentang kemas kini Patch 2.3 yang akan datang. Dalam post sebelum ini, kami telah memaklumkan bahawa kami akan mengemas kini rune Wild Rift supaya setiap rune mempunyai kekuatan dan kelemahan yang jelas.
MENGENALI RUNE
Sistem rune wujud untuk pemain custom champion atau cara permainan mereka sebelum permainan bermula dan menyesuaikan diri pada early game. Sebaliknya, item adalah cara untuk menyesuaikan champion dan berkembang sepanjang permainan.
Sebelum kitorang teruskan dengan lebih lanjut, saya mahu berkongsi beberapa matlamat am yang membantu kitorang dalam membuat perubahan tersebut:
- Membina struktur pilihan yang lebih baik untuk rune. Setiap rune mempunyai kegunaannya dan tidak sesuai untuk setiap situasi; rune masih mempunyai sinergi dengan champion tertentu tetapi mereka harus bersikap terbuka kepada perubahan, lagi-lagi jika kalau mereka berada di lane yang agak rumit.
- Balance semula rune yang terlalu/kurang berprestasi jika dibandingkan dengan persaingan mereka.
- Membentuk semula rune yang terhad dengan nilai yang tidak jelas.
- Elak menambah kerumitan. Ini bermakna kitorang tidak menambah jumlah rune tetapi mengubah/menggantikan yang sedia ada.
KEYSTONE RUNE
Keystone rune (jenis rune utama yang membentuk playstyle anda) telah berfungsi dengan baik. Kitorang rasakan setiap kelas champion patut mempunyai 2-3 pilihan yang bersesuaian apabila memilih keystone mana yang sesuai untuk mereka dan secara ideal, setiap champion juga patut mempunyai pilihan yang bersesuaian.
Walau bagaimanapun, terdapat dua keystone yang kurang berprestasi. Kitorang menggantikan satu sambil membentuk semula yang lagi satu.
KLEPTOMANCY DIGANTIKAN DENGAN PHASE RUSH (BURST MOBILITY)
[DIBUANG] Kleptomancy: Selepas menggunakan satu ability, ability anda seterusnya yang dikenakan atau serangan kepada champion musuh akan memberikan anda kesan item rawak.
[BARU] Phase Rush: Menyerang champion dengan 3 serangan atau ability berbeza dalam 4 saat akan memberikan burst besar Movement Speed dan Slow Resistance.
Kleptomancy menghadapi masalah menyesuaikan dirinya untuk mana-mana champion dan lebih rumit lagi bagi pemain untuk memanfaatkannya. Tidak semua rune perlu popular, tetapi Kleptomancy JAUH di bawah pick rate keystone yang lain (0.5%). Kitorang suka idea dimana keystone dapat dimanfaatkan oleh pemain yang bijak dalam situasi tertentu, jadi kitorang akan menggantikannya dengan sesuatu yang kurang huru hara: Phase Rush.
Phase Rush adalah rune daripada League PC, memberikan korang burst Movement Speed dan slow resistance setiap serangan ketiga menentang champion musuh. Jika korang ni Galio yang mahu mengejar sasaran atau mencari gameplay langgar dan lari Aurelion Sol, rune ini sesuai untuk korang.
FONT OF LIFE DIPERBAIKI (PULIH PASUKAN)
Sebelum Patch 2.3: Menjejaskan pergerakan champion musuh akan menanda mereka. Sekutu yang menyerang champion yang ditanda akan pulih sedikit demi sedikit.
Selepas Patch 2.3: Menyerang satu champion musuh dengan serangan atau ability akan menanda mereka. Apabila sekutu atau anda mengenakan damage pada champion yang ditanda, pulihkan sekutu dan diri anda. Setiap sekutu hanya boleh mendapat pemulihan ini sekali setiap tanda.
Font of Life buat masa sekarang terlalu terhad untuk diguna pakai; kitorang memperluaskan cara korang menggunakan tanda ini supaya lebih banyak champion dapat menikmati manfaat dengan mengambil rune ini. Korang hanya perlu mengenakan damage untuk mengenakan tanda dan setiap sekutu hanya perlu mengenakan damage sekali sahaja untuk mengaktifkannya daripada perlu berulang kali mengenakan sasaran.
DOMINATION RUNE
Rune yang bertujuan untuk meningkatkan damage output, telah berfungsi dengan baik dalam memenuhi situasi unik mereka jadi kitorang tidak membuat pelarasan yang besar. Korang akan lihat beberapa perubahan kecil dalam keseimbangan bagi mereka yang jelas terlalu kuat atau terlalu lemah.
RESOLVE RUNE
Resolve rune yang disasarkan untuk meningkatkan keupayaan defensif anda, terlalu banyak bertindih dan tidak memenuhi idea memilih rune yang tepat untuk situasi yang tepat. Kitorang sedang mereka semula beberapa rune yang sedia ada supaya sesuai dengan niche yang kami rasa dapat melakukan dengan lebih baik.
BACKBONE DIGANTI DENGAN BONE PLATING (ANTI KOMBO)
[DIBUANG] Backbone: Mendapat Armor atau Magic Resist bonus berdasarkan pada mana-mana statistik anda yang paling sedikit.
[BARU] Bone Plating: Selepas menerima damage daripada champion, 3 ability champion atau serangan seterusnya terhadap anda akan dikurangkan damagenya.
Backbone adalah rune yang mengelirukan kerana ia sering memberi statistik defensif yang korang tidak perlukan. Jika laning menentang Yasuo, korang mungkin akan bina Armor lebih awal dan ini akan memberikan korang Magic Resistance. Kitorang menggantinya dengan Bone Plating dan mengubah slot ini menjadi rune pilihan untuk bertahan menentang kombo pihak lawan.
REGENERATION DIGANTIKAN DENGAN SECOND WIND (ANTI POKE)
[DIBUANG] Regeneration: Regen nyawa atau mana yang hilang secara berkala berdasarkan peratusan yang lebih rendah.
[BARU] Second Wind: Mendapat peningkatan pemulihan nyawa. Selepas menerima damage daripada champion musuh, pulih semula nyawa anda yang hilang. Kesan ini berganda untuk champion melee.
Regeneration tidak terasa seperti Resolve rune dan tidak jelas bila korang harus menggunakannya atau Manaflow Band untuk menyelesaikan isu mana korang. Dengan mengeluarkan mana dari statistik ini, kitorang menajamkan identiti Manaflow Band sebagai rune "Saya perlukan mana".
Jadi Regeneration berubah menjadi Second Wind: rune yang bagus apabila korang perlu bertahan dengan gangguan dari lane. Korang masih akan mendapat boost untuk Health Regen tetapi korang kini mendapat Health Regen tambahan selepas menerima damage.
SPIRIT WALKER DIGANTIKAN DENGAN ADAPTIVE CARAPACE (BRAWL)
[DIBUANG] Spirit Walker: Mendapat bonus nyawa max dan slow resistance.
[BARU] Adaptive Carapace: Mendapat nyawa max bonus dan juga pertahanan tambahan apabila di bawah 50% nyawa.
Slow Resistance Spirit Walker susah untuk dirasai dan rune selalunya diambil hanya untuk nyawa. Memperkenalkan: Adaptive Carapace—Rune ini menyimpan bonus nyawa tetapi mengalihkan kekuatan dari Slow Resistance kepada pertahanan saat terakhir apabila nyawa korang rendah.
CONDITIONING BUFF (DELAYED ARMOR/MAGIC RESIST)
Sebelum Patch 2.3: Mendapat 8 Armor dan Magic Resist bonus selepas 5 minit dalam permainan.
Selepas Patch 2.3: Mendapat 8 Armor dan Magic Resist bonus selepas 5 minit dalam permainan. Setiap 2 minit seterusnya akan mendapat 2 Armor dan Magic Resist bonus.
Conditioning agak lemah tetapi mempunyai penggunaan yang jelas. Kitorang menggandakannya dengan buff rune ini untuk permainan yang lebih panjang.
INSPIRATION RUNE
Rune yang bertujuan untuk menyesuaikan gameplay korang telah befungsi dengan baik untuk meningkatkan situasi unik mereka tetapi mempunyai beberapa perkara yang memerlukan pelarasan.
MASTERMIND NERF (OBJEKTIF, GOLD)
Sebelum Patch 2.3: Mengenakan 10% true damage bonus pada epic monster dan turret. Mendapat 100 gold dan 500 XP tambahan apabila mengambil atau membantu ambil objektif ini.
Selepas Patch 2.3: Mengenakan 10% true damage bonus pada epic monster dan 10% damage bonus (Adaptive) pada turret. Mendapat 120 gold tambahan apabila mengambil atau membantu ambil objektif ini.
Mastermind lebih berprestasi daripada Inspiration rune lain dengan sedikit kekuatan terpendam yang didapati daripada exp tambahan yang diperoleh. Kitorang juga mengubah damage pada turret daripada true damage kepada adaptive, meningkatkan ganjaran gold dan membuang exp yang anda dapat.
SWEET TOOTH BUFF (HONEYFRUIT, GOLD)
Sebelum Patch 2.3: Meningkatkan kesan pemulihan Honeyfruit, setiap buah juga memberikan gold bonus.
Selepas Patch 2.3: Menambahkan kesan pemulihan Honeyfruit, setiap buah juga memberikan gold bonus apabila anda atau sekutu berdekatan memakan Honeyfruit.
Sweet Tooth adalah rune yang sangat menyeronokkan... kecuali jika korang seorang support yang mencari makanan ringan. Kitorang juga membuat sedikit pelarasan pada Sweet Tooth jadi sekarang ia memberikan gold apabila korang atau rakan sekutu berdekatan memakan buah. Ini bermakna jika korang seorang support yang memerlukan nyawa dan marksman korang perlukan gold, korang boleh memakan tanpa rasa takut untuk meninggalkan rakan dengan tangan yang kosong.
RUNING WILD
Kitorang akan memantau impak rune ini dengan teliti dan membuat perubahan jika perlu. Tetapi kitorang mahukan maklum balas daripada korang juga, jadi sila kongsikan pendapat dan build korang bersama kitorang.
Itu saja daripada saya buat masa ini, saya tidak mahu membebel lagi, saya akan kembali untuk kemas kini item kritikal yang lain di patch yang akan datang. Kitorang akan memberi sokongan kepada peranan lain dan memulihkan beberapa jurang dalam koleksi item semasa.