/dev: Pratonton Item Patch 2.2

Pemain tank, ini masanya untuk bertindak. Mari lihat beberapa item baru yang akan datang dalam Patch 2.2.

Hei semua! Nama saya ialah Mike “RogueFool” Breese. Saya merupakan seorang pereka permainan di belakang kemas kini item Patch 2.2 yang akan datang, dan saya di sini membawakan gambaran keseluruhan untuk perubahan tersebut, yang akan dilepaskan hujung bulan ini. Seperti yang kami maklumkan awal tahun ini, kami merancang untuk mengembangkan jadual item kami—dan seperti mana-mana perlawanan pasukan yang bagus, kami akan mulakan dengan tank dahulu.

Sebelum kami teruskan dengan lebih lanjut, saya mahu berkongsi beberapa matlamat am kami yang membantu dalam membuat perubahan tersebut:

  • Pertama sekali, kami mahu membina struktur pilihan untuk tank. Maksud kami, pengunaan item tank antara perkara yang paling reaktif kepada kekuatan pihak lawan, dan kami merasakan ianya penting untuk tank agar dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasukan mereka.
  • Kami mahu memberi tank alatan yang mereka kurang dengan item yang sedia ada agar dapat memberikan impak besar dalam permainan.
  • Ringkaskan. Item yang terbukti mengelirukan atau tidak sesuai dengan situasi semasa akan diubah akan dikeluarkan.

SHEEN

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_SapphireCrystal.jpg
3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_Sheen.jpg

Mari kita mulakan dengan perubahan paling langsung: Untuk Sheen, Trinity Force, dan Lich Bane, mana dikeluarkan daripada laluan binaan mereka dan kos mereka diubah. Mana tidak diperlukan oleh item Sheen, jadi dengan mengeluarkannya, pengguna bukan mana boleh membelinya dengan bebas. Ini membantu kami memperkemaskan pilihan dan mengeluarkan perkara yang menyusahkan kepada ramai pemain.

Ini juga bermakna yang Sapphire Crystal hanya dibina kepada Tear of the Goddess, jadi kami mengambil peluang ini untuk mengubah supaya anda boleh mula stack mana dari awal permainan. Ini patut membantu mengelakkan masa balik yang janggal dan membolehkan anda fokus untuk mengecaj Tear anda lebih awal.

THORNMAIL

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_Thornmail.jpg

Kami mempunyai bebebapa perubahan kecil tetapi memberi impak yang membolehkan Thornmail untuk memberi Grievous Wound apabila anda menggunakan Immobilize ke atas sasaran anda. Kami rasa menggunakan Grievous Wound terlalu di luar kawalan pemain tank selepas membeli Thornmail, jadi ia patut memberikan mereka lebih banyak cara untuk menggunakan debuff apabila ia diperlukan.

WINTER’S APPROACH

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_WintersApproach_1.jpg
3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_Fimbulwinter_1.jpg

Seterusnya, kami membawa Winter’s Approach/Fimbulwinter ke arah yang berbeza. Kami mengeluarkan Armornya dan menukarkan ia menjadi item untuk digunakan apabila anda mahukan Ability Haste. Ini bermakna jika anda mahu menjadi mesin CC terhebat, ia akan mengorbankan sedikit ketahanan awal. Bercakap tentang mesin CC, Blitzcrank telah menggunakan Tear untuk stack mana pada item tank dan kami berharap ia akan memberikannya peluang lagi untuk memperoleh kemenangan yang sukar dicapai.

FORCE OF NATURE

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_ForceofNature.jpg

Sebagai item baharu, Force of Nature akan menggantikan Adaptive Helm sebagai item Magic Resist yang kerap digunakan apabila mage itu tidak berhenti mengganggu anda. Adaptive Helm sangat rumit untuk dioptimumkan, dan kadang-kala sukar untuk tentukan jika ianya perlu dibeli berbanding item Magic Resist yang lain. Force of Nature patut memudahkan perkara tersebut.

FROZEN HEART

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_FrozenHeart.jpg

Kami juga mendengar kekecewaan anda apabila berhadapan dengan Marksmen dan sejujurnya, kami bersetuju yang mereka perlu... chill. Sebab itulah, kami mencari tempat untuk Frozen Heart dalam Wild Rift. Gunakan auranya untuk mengurangkan Attack Speed musuh berhampiran dan mempertahankan pasukan anda.

SUNFIRE CAPE

3_24_21_Patch22ItemPreviewArticle_SunfireAegis.jpg

Akhir sekali, kami mahu memperkenalkan perubahan istimewa ke atas Sunfire Cape dari versi League PC. Ketika kami masih lagi menilai item Mythic untuk Wild Rift, kami sukakan cara Sunfire Aegis memberikan tank cara untuk menukarkan diri mereka menjadi ancaman yang kuat. Terdapat beberapa perubahan jelas yang boleh dilihat di antara versi PC dan Wild Rift. Versi Wild Rift bukanlah item mythic dan oleh itu, ia tidak memiliki pasif mythic. Ia juga kehilangan banyak statistik tank dengan versi ini, di mana ia hanya memiliki Health dan Ability Haste. Matlamat kami di sini adalah untuk tidak menjadikannya item diperlukan untuk tank dalam semua situasi, tetapi untuk memberikan opsyen buat tank yang ingin menukar sedikit ketahanan dengan damage.

Kami akan memantau impak item ini dengan teliti dan membuat perubahan jika perlu. Tetapi kami juga mahukan maklum balas daripada anda! Jadi, tolong kongsikan pendapat dan main balik sorotan anda.

Ini adalah set pertama buat perubahan item, tetapi kami akan membawakan lebih banyak perubahan dalam patch yang akan datang. Itu sahaja daripada saya buat masa ini, tetapi saya akan kembali untuk bercakap tentang kemas kini dirancang untuk rune dalam patch yang akan datang.