/dev: Langkah seterusnya untuk ARAM
Hai semua! Dengan All Random All Mid kini di fasa akhir pengujian pertama, kitorang nak kongsikan beberapa perkara tentang perkembangan mod ini dan langkah seterusnya.
Sebagai peringatan, fasa ini adalah untuk menguji beberapa perkara: sama ada ARAM stabil, sama ada pemain merasakan ia seronok dan adakah ia mod yang akan bertahan di Wild Rift.
PERKARA BAIK
ARAM ADALAH POPULAR: Kami teruja kerana sebilangan besar daripada anda telah mencuba ARAM. ARAM menyumbangkan hampir 20% dari semua permainan dalam beberapa rantau, melebihi jangkaan kitorang untuk ujian awal. Kitorang masih menilai jika ia sesuatu yang korang ingin main untuk tempoh yang lama tetapi kitorang telah menerima banyak maklum balas positif dan ramai daripada korang telah mencubanya, jadi terima kasih!
JANGKA MASA PERMAINAN: Secara keseluruhan, kitorang rasa jangka masa permainan sudah bagus! Pada mulanya kitorang mahu permainan berada dalam jangka masa 12 minit dan secara purata permainan berjalan lebih lama (kitorang sedang memperbaikinya)—tetapi apa yang kitorang ingin tahu adalah sama ada permainan yang lebih lama masih terasa seronok untuk dimain dan jika sepatutnya permainan yang lebih pendek diletakkan dalam mod yang berbeza.
KESTABILAN PERMAINAN: Walaupun kitorang melihat beberapa bug dan crash dalam permainan, kitorang tidak mempunyai masalah besar yang menyebabkan kami perlu menamatkan mod ARAM, menyahaktifkan champion atau bertindak terhadap isu lain yang merosakkan permainan. Oh ya!
APA YANG PERLU DIPERTINGKAT
BALANCE: Sementara kitorang menguji keseimbangan untuk ARAM beberapa kali sepanjang fasa ini, kitorang mahu melabur lebih banyak masa di sini. Kitorang belum tahu lagi khususnya tetapi akan melakukan keseimbangan yang lebih bernuansa, perubahan item untuk ARAM dan rune juga loadout unik bagi memastikan permainan lebih balance dan adil.
UNIT INVISIBLE: Bercakap tentang seimbang, unit dengan ability stealth dan camouflage tidak mempunyai counter dalam ARAM Wild Rift. Kitorang memikirkan cara untuk memastikan champion yang licik terkawal tanpa menjadikan mereka tidak berguna.
EKOSISTEM: Kitorang mahu memastikan ARAM terasa lebih dekat dengan pengalaman bermain permainan yang lebih luas. Mungkin misi atau pencapaian tertentu? Lebih banyak ganjaran bermain? Tujuan kitorang ialah untuk menjadikan ARAM seperti sebahagian daripada Wild Rift.
LANGKAH SETERUSNYA
Disebabkan oleh maklum balas dan sokongan korang, saya teruja untuk mengumumkan yang ARAM akan kembali pada awal Jun untuk tempoh empat minggu lagi. ARAM akan kelihatan serupa dengan sebelumnya secara keseluruhan dengan beberapa perubahan balance. Kitorang rasakan yang ARAM di Wild Rift mempunyai jangka hayat yang panjang dan berharap fasa ujian yang dipanjangkan akan memberi kitorang keyakinan yang diperlukan untuk mengekalkan mod ini. Jumpa lagi