/dev: Rune baharu dalam Patch 3.2
Hai semua! Salah satu kemas kini yang paling dinanti-nantikan dan diminta adalah lebih banyak rune dan hari ini kami tidak sabar untuk bercakap tentang keystone dan rune kecil baharu yang kami keluarkan pada permulaan kemas kini Time & Tide kami! Kami telah memperkenalkan dua keystone dan enam rune kecil baharu, dua dalam setiap cabang! Sudah agak lama kami tidak membuat kemas kini besar pada sistem Rune kami dan kami berharap penambahan baharu ini boleh memberi anda beberapa pilihan lagi untuk cara anda membina champion serta membuka beberapa gaya permainan baharu. Mari teruskan!
LETHAL TEMPO
Untuk champion yang banyak menggunakan auto attack, Conqueror telah menakluki pesaingnya dan sudah lama menjadi rune yang wajib dipilih untuk mereka. Kami telah memperkenalkan keystone baharu pertama kami, Lethal Tempo untuk menghentikan dominasi Conqueror. Setiap auto attack akan memberikan anda stack buff kepada attack speed anda, dan ini sangat sesuai untuk champion auto attack yang konsisten seperti Ashe atau Kayle.
- Apabila menyerang champion musuh, mendapat satu stack Attack Speed. Untuk champion melee, ia memberi 6-12% (berdasarkan level) Attack Speed setiap stack. Untuk champion ranged, ia memberi 3-9% (berdasarkan level) Attack Speed setiap stack.
- Maksimum 6 stack. Pada stack maksimum, mendapat 30% Attack Speed bonus tambahan.
- Buff Attack Speed bonus tambahan bertahan selama 6 saat, buff boleh direfresh.
KRAKEN SLAYER
Jika anda pernah bermain League of Legends, anda mungkin mengalami deja vu di sini. Dan anda tidak salah... tetapi tidak juga betul. Kami telah menukarkan salah satu item mythic popular League menjadi Keystone yang unik! Kraken Slayer bagus untuk marksman dan champion lain untuk menembusi tank dan musuh gagah lain. Setiap serangan asas ketiga terhadap sasaran yang sama mengenakan true damage tambahan. Jika anda menentang pasukan yang mempunyai musuh yang lebih gagah, Kraken sedia menghulurkan bantuan kepada anda untuk mengatasi barisan hadapan mereka.
- Setiap attack ketiga pada champion mengenakan [28 -70 (berdasarkan level) + 30% AD bonus + 20% AP] true damage bonus.
- Kraken Slayer tidak mempunyai cooldown
- Kesan on-hit tidak menambah stack, tetapi boleh mencetuskan damage stack penuh
- Stack bertahan selama 3 saat
RUNE DOMINATION KECIL
Brutal merupakan salah satu rune kecil paling popular dalam permainan pada masa ini. Kami telah melakukan beberapa percubaan untuk menghentikan... ketidakseimbangan yang kejam ini dengan beberapa pelarasan pada rune lain dalam cabang ini, tetapi ia masih menjadi pilihan yang mendominasi. Jadi, kami telah membuat beberapa penambahan baharu yang boleh membantu mengatasi penguasaan Brutal ini.
Scorch ialah rune yang tepat untuk harass semasa awal permainan. Mengenakan ability damage pada champion musuh akan mengenakan damage tambahan berdasarkan level anda, dan membolehkan anda membakar musuh dan memberi anda sedikit bantuan dalam pertempuran awal.
- Mengenakan ability damage pada satu champion mengenakan 21-35 magic damage tambahan selepas 1 saat. (cooldown 10 saat)
Giant Slayer berfungsi sama seperti namanya. Menumbangkan gergasi-gergasi! Dengan rune ini, anda akan mengenakan damage yang dipertingkat apabila sasaran mempunyai lebih banyak nyawa bonus. Apabila anda berhadapan dengan champion seperti Amumu, anda boleh menyebabkan Sad Mummy itu menjadi lebih sedih apabila anda menyerang statistik tanknya.
- Mengenakan damage bonus berdasarkan nyawa bonus champion musuh, sehingga 10% damage bonus apabila champion musuh mempunyai 1000 nyawa bonus.
RUNE RESOLVE KECIL
Resolve menumpukan pada pertahanan, dan kami telah menambahkan dua rune kecil baharu untuk membantu anda terus bertahan dalam pelbagai jenis serangan yang mungkin anda hadapi di Rift.
Kami tahu sesetengah daripada anda mahu terus berlawan dan melaksanakan taktik yang boleh mengubah permainan dengan ultimate anda apabila bermain champion bertumpukan ultimate seperti Kennen atau Morgana, jadi kami ingin memberi anda alat baharu untuk membantu pelaksanaan taktik tersebut. Ultimate Shield sangat sesuai untuk permulaan berisiko, ia memberikan anda shield berskala selepas menggunakan ultimate anda.
- Selepas menggunakan ultimate anda, mendapat shield sebanyak 90-300 (75 + 15 × level) selama 3 saat. (cooldown 45 saat)
Sebaliknya, kadangkala anda pula menjadi mangsa taktik berisiko itu dan anda kehilangan banyak nyawa. Nullifying orb melindungi nyawa anda daripada jatuh terlalu rendah, dengan memberi anda shield berskala yang diaktifkan apabila nyawa anda memasuki zon bahaya.
- Jika anda menerima damage daripada champion yang menyebabkan nyawa anda jatuh di bawah 35%, mendapat shield yang menyerap 80 + 50% AD bonus + 30% AP selama 4 saat. (cooldown 60 saat)
RUNE INSPIRATION KECIL
Kadangkala, anda hanya perlu bergerak dengan pantas. Dengan Nimbus Cloak, anda akan mendapat satu burst movespeed apabila menggunakan summoner spell, dan mampu ghost melalui apa-apa unit. Ia sangat sesuai untuk peluang melarikan diri yang lebih baik, atau serangan mengejut semasa anda memecut ke arah musuh anda.
- Menggunakan Summoner Spell memberi 5% - 25% (berdasarkan cooldown Summoner Spell) movement speed bonus selama 2 saat.
Dengan tambahan terkini kami iaitu Hullbreaker, kami mahu memberikan penggemar split-push satu lagi pilihan. Kami tahu turret ialah struktur besar yang menakutkan, tetapi dengan Demolish, anda akan mengecas attack yang akan menyebabkan damage besar dan memusnahkan apa-apa turret di hadapan anda. Dengan rune ini, dan pilihan lain yang tersedia untuk anda, anda kini boleh push sesuatu lane dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.
- Apabila dalam jarak 550 dari satu turret, cas satu attack selama 3 saat. Attack turret menyahcas attack itu, mengenakan 200 (+ 25% nyawa maksimum) Adaptive Damage bonus. (cooldown 30 saat)
Kami berharap anda turut teruja seperti kami untuk semua rune baharu ini dan cara ia akan memberi kesan kepada permainan anda. Tetapi anda tentu menyedari bahawa kami melakukan satu lagi pelarasan rune dalam patch ini. Dengan tambahan Demolish, kami mahu melakukan pelarasan pada Mastermind kerana reka bentuk semasanya agak serupa dengan tambahan baharu kami ini. Mastermind kini tertumpu pada monster epik, ia akan memberikan damage tambahan terhadap monster epik, dan gold tambahan apabila berjaya takedown makhluk-makhluk kuat ini.
AKHIR KATA
Kami tidak sabar untuk mendengar semua maklum balas anda tentang rune-rune ini, dan kami akan memantau dengan teliti jika kami perlu melakukan pelarasan dan penalaan mengikut keperluan. Kami tidak sabar untuk melihat klip build baharu dan permainan hebat anda.
Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi lain kali kami akan membawakan kehangatan dengan beberapa kemas kini yang memukau!
-Riot Sheiky