/dev: Rework Karma

Memburu keharmonian, kawalan dan donat - inilah kisah bagaimana Karma, the Enlightened One, memberkati Rift.

Saat apabila champion baharu tiba ke Wild Rift sentiasa mengujakan. Ini bermakna peluang gameplay baharu, seni baharu yang cantik dan juga menandakan berakhirnya siaran seperti “hari ke-204: tolong saya perlukan champion x dalam Wild Rift”.

Akhirnya kini anda semua tidak perlu lagi bertanya tentang Karma, kerana dia sudah tiba! Dan dia membawa gameplay unik yang sudah agak lama tiada dalam barisan kami: iaitu battle mage. Tetapi memindahkan Karma dari League PC tidak semudah menekan Ctrl + C. Sama seperti Enlightened One, kami terpaksa melakukan sedikit perjalanan rohani.

Oleh itu, jemput duduk, ambil donat (percayalah, anda akan mengidam donat pada penghujung kisah ini), dan lihat cara kami melakukan beberapa perubahan harmoni pada kit yang klasik.

MEMBAWA KEHARMONIAN KE WILD RIFT

Kami telah berbicara tentang perkara ini sebelum ini, tetapi apabila memilih champion yang akan datang ke Wild Rift, kami cuba mengutamakan champion yang menambahkan gameplay unik pada barisan semasa kami. Anda mungkin menyedari bahawa setakat ini, kami mempunyai beberapa support enchanter yang mampu heal, shield dan melindungi sekutu mereka daripada bahaya. Tetapi kami kekurangan champion yang dapat membantu sekutu mereka dan pada masa sama menjadi dalang yang mengawal musuh semasa pertempuran…dan itulah keistimewaan Karma.

“Pada mulanya kami berminat dengan Karma kerana dua sebab yang berkaitan dengan gameplay,” kata David “Papa Smoothie” Xu, Ketua Produk Gameplay. “Sebab pertama ialah kami tidak mempunyai seorang pun battle mage dalam barisan champion kami, dan sebab kedua ialah kami tidak mempunyai support enchanter yang agresif selain Lux.”

Kami pernah melakukan pelarasan pada ability champion sebelum ini, tetapi apabila kami berbuat sedemikian, keutamaan nombor satu kami adalah mengekalkan fantasi champion tersebut. Kami mahu memastikan anda boleh bermain Karma di League PC, kemudian memainkannya dalam Wild Rift di telefon anda dan masih berasa dia champion yang sama yang anda kenal dan sayangi bertahun-tahun lamanya.

“Saya gemar membaca dan melihat komen di Reddit dari sepuluh tahun lalu apabila Karma mula-mula dikeluarkan. Saya sengaja memikirkan tentang mereka semasa melakukan perubahan ini, dan tidak mahu mereka berfikir ‘oh ini champion baharu.’ Saya mahu mereka merasai jiwa Karma dan melihat perubahan ini sebagai hanya satu peningkatan untuk permainan kami,” kata pereka permainan, Wei “wei2troll” Xie.

Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan fantasi champion, kadangkala kami perlu melakukan pelarasan pada gameplay mereka agar sesuai dengan Wild Rift. Kami telah membincangkan perubahan sebegini sebelum ini, dan pelarasan gameplay kami masih dibahagikan kepada tiga kategori besar:

Butang mati: Kami mahu setiap butang yang anda tekan memberikan hasil yang bermakna, yang mungkin datang dalam bentuk buff kecil kepada attack speed anda atau anak panah kristal gergasi yang meluncur di seluruh peta.

Peluang kawalan: Memanfaatkan sebaiknya kawalan serentak, dengan lebih banyak peluang untuk ability seperti skillshot.

Peluang reka bentuk: Menyesuaikan diri dengan peta Wild Rift yang lebih kecil, permainan yang lebih singkat atau peluang menginovasikan kit champion lama.

Sekarang, di manakah letaknya Karma dalam semua ini?

Sebenarnya dia berada antara ketiga-tiga kategori ini, dan itulah sebabnya pelarasannya akan kelihatan berbeza daripada semua yang pernah kami lakukan dengan champion lain setakat ini.

“Kami telah melakukan banyak perubahan tersuai agar sesuai dengan permainan kami, tetapi ini hanyalah langkah seterusnya dalam perjalanan kami,” kata pereka permainan Sol "Solcrushed" Kim.

SETIAP PERJALANAN YANG BAIK BERAKHIR DENGAN DONUT

Berjalan di laluan baharu adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pemain utama Karma. Selama lebih sepuluh tahun dia berada di Rift, kitnya telah menjalani beberapa pelarasan dan dia mempunyai banyak gaya permainan yang berbeza. Sama ada dia peel untuk Vayne yang sedang 1v9 menentang pasukan musuh, menjadi pengacau yang tidak dapat dibunuh di top lane, mahupun battle mage mid lane mesti pilih yang telah mewakili Faker dalam satu sinematik, Karma telah melakukan semuanya.

Dengan pengalaman meluas Karma dan kemahirannya yang pelbagai, terdapat banyak tempat untuk mencari inspirasi bagi perjalanan baharunya yang lebih liar. Walau bagaimanapun, untuk wei2troll, kebanyakan inspirasi beliau datang daripada menonton apa yang Karma lakukan dalam semua sinematik itu.

03252022_dev_Karma_Rework_Karmacine_inline.jpg

“Saya telah melihat Karma dalam banyak sinematik dan dia sangat popular sehingga mewakili Faker dalam sinematik Worlds. Tetapi dalam setiap satunya saya nampak dia seorang support battle mage yang menggunakan kuasanya dengan berhati-hati,” kata wei2troll. “Karma akan cuba menjaga keamanan setakat yang boleh, tetapi dia juga akan mengambil tindakan apabila perlu. Dia seperti satu support yang akan memperkasa rakan sepasukannya, tetapi dia juga mempunyai kuasa untuk memusnahkan anda jika anda melampaui batasan, atau terlalu terbawa-bawa. Sangat penting bagi saya untuk menekankan ciri ini dalam gaya dan kitnya.”

Perkara penting dalam kit Karma ialah keupayaannya untuk memperkasa dan melindungi pasukannya. Dalam League PC, kuasa ini datang daripada ultimatenya, tetapi untuk Wild Rift kuasa ini telah dipindahkan kepada pasifnya. 

Pasif Karma ialah Mantra. Dia mendapat satu stack Mantra dengan setiap penggunaan spell, dan pencapaian tiga stack akan empower ability seterusnya. Perubahan ini bermakna empower spell terkenalnya masih kekal sambil memastikan ia bukannya satu “butang mati”.

“Mantra juga akan reset sepenuhnya apabila dia menggunakan ult,” tambah wei2troll. “Kami mahu mengekalkan empower daripada ultimatenya sambil memastikan pemain dapat mengoptimumkan penggunaannya dalam Wild Rift untuk tempoh permainan yang lebih pendek. Memindahkan Mantra kepada pasifnya juga membolehkan dia melakukan kombo dengan lebih lancar dan menjadikan kitnya lebih padu.” 

Salah satu kombo lancaaaar yang pemain boleh lakukan adalah dengan ability kedua Karma yang dikemas kini ini. Focused Resolve kini akan tether sehingga dua champion musuh berdekatan secara automatik apabila digunakan, dan jika champion tersebut gagal keluar dari jarak tether, mereka akan root untuk seketika. Apabila empower, ia akan membentuk tether tambahan, memaksa dua musuh itu bertempiaran. Jika tether itu tidak sempat diputuskan, musuh akan root lebih teruk daripada Dreaming Tree.

“Tether berganda ini ialah kemas kini kecil untuk membuatkan ability ini terasa lebih baik,” terang wei2troll. “Ia berbeza daripada PC kerana semasa ujian terasa sukar untuk menggunakan kawalan serentak untuk memilih champion yang anda ingin tether. Kemas kini ini juga akan memberi pemain pilihan gameplay tambahan, kerana root berganda akan mencipta situasi menarik dan memberikan peluang kepada pemain untuk membuat lebih banyak keputusan tentang cara dan masa untuk menggunakan ability tersebut.”

“Ini benar-benar contoh terbaik dalam mengekalkan fantasi sesuatu champion, sambil melakukan pelarasan supaya dapat dimainkan dengan baik pada peranti mudah alih," tambah Ketua Produk Champion, Maddy “Riot Madz” Wojdak. “Ability kedua Karma masih akan terasa sama, tetapi ia hanya memerlukan beberapa pelarasan supaya masih memberi rasa yang sama apabila menggunakan kawalan serentak.”

03252022_dev_Karma_Rework_KarmaMastermind3dChess_inline.jpg

Anda sepatutnya sentiasa berasa selesa apabila menggunakan ultimate anda. Perasaan ini wujud apabila kit champion anda hidup sepenuhnya dan semua komponennya saling berkait. Perasaan ini membolehkan anda melakukan kombo yang hebat, mempengaruhi keputusan teamfight, malah mungkin keseluruhan permainan. Ultimate Karma sentiasa menyatukan kitnya dan memberinya pelbagai pilihan untuk menghabiskan permainan dan mempengaruhi teamfight supaya memihak kepada pasukannya.

Ultimate asal Karma yang digabungkan dengan pasifnya lebih sesuai dengan gameplay League PC yang lebih panjang seperti catur, manakala permainan Wild Rift adalah lebih pendek dan lebih pantas. Dan disebabkan kami telah memindahkan ultnya yang empower ability kepada pasifnya, dia memerlukan satu ult “saat kemuncak” baharu yang masih memberikan pemain Karma peluang untuk menyerlah dalam teamfight.

Ultimate baharu Karma, Transcendent Embrace, membentuk lingkaran tenaga jiwa yang mengenakan damage, slow dan menghentam musuh ke tengah jika mereka berada di sempadannya. Ia digelar The Donut semasa pengujian, dan kami semua bersetuju untuk memanggilnya Zon Bahaya Donut secara tidak rasmi jika anda berani berdiri di sempadannya.

“Kami telah menguji pelbagai variasi berbeza bagi ultimate baharu Karma yang mungkin dibuat. Saya telah memikirkan cara untuk menukarkan kuasa musuh kepada sesuatu yang menentang mereka. Versi pertama yang saya cuba ialah cleanse seluruh pasukan, iaitu sesuatu yang tidak tersedia dalam kit enchanter yang lain. Ia akan cleanse semua ahli pasukan anda dan kemudian menukarnya menjadi gelombang damage yang ditembak kembali pada musuh,” kata wei2troll sambil tertawa. 

“Penting supaya pemain sentiasa selesa menggunakan ability. Cleanse kawasan ini adalah salah satu perkara yang mungkin benar-benar bagus di tangan pemain yang mahir atau benar-benar kuat dalam satu teamfight sempurna yang jarang diperoleh. Tetapi itu bukan satu-satunya perkara yang penting, kami juga mahu pemain berasa selesa apabila menggunakan ability mereka. Jika tidak, sudah tidak penting betapa kuatnya ability itu,” kata Riot Madz.

Hasilnya, (ditambah pelbagai perkara lain seperti mencipta model, animasi, kesan bunyi, kesan visual... faham-fahamlah) Karma akhirnya sudah siap sedia untuk menukar keseimbangan dan membuat debut besarnya dalam Wild Rift! Kami berharap battle mage baharu ini akan membawa sedikit keharmonian kepada kehidupan serta kadar kemenangan anda. Dan jika tidak... anda sentiasa boleh letupkan sahaja musuh anda untuk mencapai kemenangan dengan kekerasan.