/dev: Dreamscapes dan Psychic Detective Senna
Seperti yang ramai daripada anda ketahui, kami telah memperkenalkan barisan skin serba baharu semasa Patch 3.1. Dreamscapes menggunakan tema baharu dalam dunia League, jadi kami telah menjemput para pereka untuk berkongsi lebih banyak cerita semasa pembangunan dan mengalu-alukan anda semua ke dunia di mana realiti dan mimpi bertembung.
Sejak Patch 3.1, Dreamscapes telah menggantikan Hexplorer sebagai ganjaran untuk melengkapkan Wild Pass. Sebagai tema skin debut Wild Rift yang terbaru, Dreamscapes mempunyai gaya visual yang menarik, pandangan baharu terhadap kisah tradisional dan pelbagai konsep yang memusingkan kepala. Dalam penerangan mendalam ini, kami berkongsi kandungan di sebalik tabir daripada sinematik kami, imej dan konsep dalam pembangunan untuk memperkenalkan cara kisah ini dihidupkan, serta menonjolkan latar dan dunia Psychic Detective Senna.
Kami sentiasa berusaha untuk mencipta lebih banyak tema dan skin asli, jadi sila nantikan Wild Pass seterusnya!
DREAMSCAPES
Dalam dunia ini, mimpi dan realiti ialah dimensi yang bertentangan, dan penghalang antara keduanya telah bertahan teguh terhadap gangguan. Tetapi sekarang, apabila perlindungan itu ditembusi, penjenayah psikik bersembunyi di sebalik mimpi dan memanipulasi pemikiran mangsa, lalu menghumban dunia itu ke dalam kekacauan.
Mujurlah, satu pasukan peramal elit, Psychic Detectives, masih ada untuk menjaga ketenteraman. Mereka ialah penjaga mimpi, mencari petunjuk di satu dimensi dan membuat pengadilan dari dimensi yang lain. Dalam kalangan mereka terdapat seorang individu berkuasa yang telah menguasai kuasa telepatinya melebihi semua yang lain: Senna.
Selepas satu kemalangan ngeri menjebak fikirannya di Alam Tidur, Senna berjaya mengatasi kuasa dalam jiwanya, dan bangkit dengan kebolehan yang unik. Sekarang - sebagai pegawai polis psikik yang tidak ternilai, dia berperang dengan kejahatan dalaman puak penyangak yang berbahaya.
Dia percaya kebaikan hanya boleh dibalas dengan menghukum kejahatan.
TEMA DAN INSPIRASI
Selepas beberapa perbincangan dan lelaran bagi tema, kami memutuskan untuk memperkenalkan dunia Dreamscapes kepada pemain melalui sinematik yang didorong oleh cerita.
Mimpi kita ialah kanvas yang luas, ada bahagian yang nyata dan tidak nyata, kadangkala kelihatan berpecah-belah dengan gambaran tentang kehilangan dan penebusan diri. Mimpi juga merupakan peranti sastera dan sinematik yang penting, dengan unsur-unsur tidak masuk akal dan ketidakpastian. Untuk meniru perkara ini, sinematik kami tidak mendedahkan tujuan menyelam ke dalam fikiran mangsa dengan jelas. Jadi dalam bingkai terakhir, siluet musuh para detektif, "Dream Raider," akan mendedahkan lagi tujuan mereka.
Dalam dunia nyata, detektif ialah tokoh yang terkenal dengan ciri-ciri tersendiri. Mereka cerdik, berfikiran tenang dan kadangkala melarikan diri daripada kenyataan dan menjadi pilihan terakhir untuk pihak baik. Selain itu, mereka sering berpakaian, bertutur dan bertindak berbeza daripada orang biasa. Memandangkan para detektif cenderung menggunakan apa-apa kaedah untuk menyimpulkan kebenaran, ini memberikan alasan yang kuat untuk champion ini merentasi mimpi.
Sememangnya, kesimpulan tradisional sukar untuk direalisasikan dalam latar psikik: tiada "jenayah" untuk diselesaikan dalam mimpi, kerana tiada peraturan—jadi "tempat" kejadiannya ialah serpihan minda mangsa.
Satu cara untuk mewakili para detektif membongkar kebenaran secara visual adalah dengan mencari petunjuk secara langsung dalam pagar sesat yang sentiasa berubah! Kami fikir menyelesaikan "pagar sesat mimpi" adalah sangat hampir dengan proses siasatan tradisional, dan ia juga boleh menunjukkan liku-liku dalam mimpi ngeri—kami berfikir ini adalah cara yang baik untuk menghubungkan konsep-konsep ini dengan kukuh.
Selepas mengesahkan kenyataan teras untuk protagonis kami dan sumber kuasanya, soalan yang terakhir ialah di mana mereka harus tinggal. Kami telah diilhamkan oleh dunia kreatif yang boleh anda temui dalam genre cyberpunk dan filem noir, yang menampilkan teknologi canggih dan penyelesaian jenayah.
Kemudian meletakkan champion kami ke dalam dunia yang berlebih-lebihan ini akan menjadi mudah bagi kami untuk menyampaikan visual kepada pemain dengan cara yang bergaya dan menetapkan trend.
MEMILIH SENNA
Identiti teras skin telah ditetapkan: Seorang detektif yang merentasi mimpi dan realiti.
Pada permulaan fasa rekaan, kami berpendapat bahawa skin baharu ini mempunyai peluang untuk bertindih dengan prinsip teras mana-mana champion yang kami pilih, jadi kami perlu berhati-hati dan berwaspada dengan pemilihan kami.
Senna merupakan pilihan yang paling ketara buat kami. Pertama sekali, Senna sudah mempunyai rupa asas yang bergaya, dan seperti peranan polis psikik, Relic Cannonnya bukan sahaja mengenakan damage tetapi juga memulihkan. Dalam latar belakangnya, dia mempunyai kuasa cahaya dan juga kegelapan, dan kiasan ini ialah analogi yang hebat untuk mimpi dan realiti. Jadi, sudah tiba masanya untuk menyempurnakan identiti visual baharu Senna!
MEREKA PSYCHIC DETECTIVE SENNA
Kebanyakan cerita detektif yang paling terkenal memaparkan pengaruh sastera British. Jadi dari segi pakaian, kami merujuk gaya sut era Victoria pada abad ke-19, yang kelihatan ringkas dan anggun, jika dipakai oleh lelaki yang berat mulut.
Selepas mengesahkan rekaan umum, langkah seterusnya ialah memilih palet warna. Warna kuning telah dipilih sebagai warna utama—sedikit sebanyak merujuk pada pakaian bulu biri-biri tradisional dalam fesyen British. Kami juga menyukai rujukan pada cahaya matahari untuk mewakili kesetiaan terhormat Senna, tetapi dengan sedikit "amaran" seperti yang dilihat dalam papan tanda dan tempat kejadian jenayah. Jadi, warna kuning telah dipilih sebagai warna utama VFX dan ability Senna.
Kedua, selaras dengan peranannya di dunia tersebut, pakaian seharusnya tidak terlalu menonjol dan tidak berlebihan; maka warna kelabu, coklat, hitam dan putih ditampilkan sebagai warna utama, dengan warna seakan-akan kuning (seperti rambut merah jambu muda dan cermin mata oren) sebagai penyerlah. Pada masa yang sama, kami memperhalus warna kuning kepada warna emas sebagai hiasan untuk menambah gayanya. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda boleh melihat kancing cangkuk dan mata pada kotnya untuk memberi sedikit unsur pemberontakan.
Akhir sekali, loket di dada Senna digantikan dengan jam poket, mengukuhkan identitinya sebagai seorang Psychic Detective. Apabila semua perubahan ini digabungkan, kami mendapat rekaan yang kami harap menarik dan unik dalam barisan kami.
Untuk menyerlahkan lagi kuasa Senna, kami mencipta VFX baharu untuk abilitynya. Pertama, Mist Wraith yang dihasilkan oleh pasifnya digantikan dengan kepingan susun suai gambar! Semasa fasa konsep, kami juga mencuba jejak kaki dan kunci, tetapi susun suai gambar lebih sesuai dengan suasana mimpi yang berpecah-belah, dan memberikan rasa pengumpulan yang unik: Senna boleh menyimpulkan pelakunya apabila dia menyelesaikan susun suai gambar itu secara keseluruhan.
Bagi ability ketiganya, Curse of the Black Mist, untuk memadankan rekaan skin sambil mengekalkan kejelasan gameplaynya, kami mereka kesan khas yang serba baharu untuknya. Kami mencipta semula landskap bandar animasi halaman koleksi, memadankan rasa penyamaran dan kemunculan. Perlu diingatkan bahawa musuh juga akan memaparkan simbol mata terbuka atau tertutup di atas kepala mereka bergantung pada status mereka. Akhir sekali, apabila Senna menyelami mimpi, kami mereka satu bulatan amaran yang mengelilingi kabusnya untuk memastikan musuh tahu dia berbahaya.
Kami menambah banyak rekaan yang belum kami cuba dalam Wild Rift. Contohnya, VFX ability berdasarkan siluet dan perhiasan yang diratakan yang menggabungkan garis amaran dan hipnosis, semuanya untuk menyokong tema Psychic Detectives.
Anda mungkin menyedari bahawa dalam recall Senna, dia memulihkan satu tempat kejadian jenayah, tetapi ada juga perkara lain jika anda menyiasat dengan teliti… Sebuah topeng kecil telah ditemui di antara timbunan batu. Apakah maksudnya? Sebenarnya... bukan semua rahsia telah terbongkar.
Sebagai skin pertama dalam dunia Dreamscapes, satu dunia baharu telah dibuka dan mungkin lebih banyak misteri akan muncul. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jika anda mempunyai kemahiran, Psychic Detectives mengalu-alukan semua pemohon baharu.