/dev: Di sebalik Event Wild Rift
Hai, saya Juno dan saya ialah ketua produk dalam pasukan Wild Rift Events. Pasukan kami telah mencipta lebih daripada dua dozen event dalam permainan sepanjang tahun termasuk Lunar Beast, Masters of the Hunt, Broken Blades dan yang terbaharu Sentinels of Light. Memandangkan ini ialah blog dev pertama kami dan kami mungkin tidak dapat menjawab semua soalan anda. Sila teruskan menghantarnya dan kami akan menjawab lebih banyak soalan anda pada masa akan datang!
APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCIPTA EVENT WILD RIFT?
Kami bermula dengan satu peluang, satu matlamat dan satu idea. Terlebih dahulu kami akan meneliti kalendar tahunan untuk merancang jumlah event yang boleh kami laksanakan. Kemudian, kami bekerjasama dengan pelbagai pasukan di seluruh organisasi untuk mencari cara terbaik untuk mempamerkan kandungan baharu. Sebagai contoh, kami sering mengumpulkan champion dengan hubungan naratif bersama-sama kerana kami suka bercerita! Selepas itu, kami meneruskan dengan reka bentuk, bermula dengan matlamat yang ingin kami capai.
[rajah 1] Rangka wayar UX dibuat menggunakan aset placeholder. Tujuan utamanya adalah untuk menyusun atur perjalanan pemain supaya kita dapat mensimulasikan cara pemain dapat mengalami event itu dari awal hingga akhir. [rajah 2] Selepas itu, elemen dan aset UI diciptakan untuk menghidupkan event dengan sepenuhnya.
Event dapat membantu pemain untuk mengenali champion atau terpesona dengan skin baharu atau merasai semangat persaingan semasa musim e-sukan. Matlamat seperti ini membantu kami dalam menghasilkan idea reka bentuk yang menjadi sebahagian daripada “perjalanan pemain”. Beginilah caranya kami merancang agar pemain menghayati sepenuhnya sesuatu event dari awal sehingga akhir termasuk misi (aktiviti yang dilakukan oleh pemain), selok-belok (cara kemajuan pemain) dan ganjaran (habuan yang pemain peroleh). Kami seterusnya membangunkan antara muka pengguna, seni dan visual serta kesan animasi. UI event mempunyai elemen visual yang unik untuk setiap satunya (ya, termasuk Pool Party).
- Kami sering bekerjasama dengan pasukan lain untuk membangunkan elemen tambahan, seperti ganjaran seni, elemen cerita, komik dan juga animasi sinematik! Semakin banyak pasukan yang bekerjasama dengan kami, semakin kompleks projek tersebut dan semakin lama untuk kami menyiapkan pembangunannya.
Kesimpulannya, pembangunan dari mula sehingga akhir memerlukan masa antara tiga bulan sehingga lebih daripada satu tahun untuk pengalaman merentas produk yang lebih besar. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemampuan kami, supaya kami bukan sekadar dapat menyediakan lebih banyak event, tetapi juga event yang lebih baik pada masa akan datang.
- Riot Junosaur, Ketua Event
BAGAIMANAKAH KAMI MENENTUKAN KUANTITI DAN MASA EVENT?
Kami menganggap event sebagai saat-saat sementara yang memperkayakan pengalaman Wild Rift anda. Tidak seperti sistem lain seperti Wild Pass dan musim Ranked, event harus menyediakan cara yang singkat untuk berkembang, memperoleh ganjaran dan bersuka ria! Jadi... event adalah seperti juadah pencuci mulut dan bukannya hidangan utama. Oleh itu, menikmati pencuci mulut setiap masa boleh menyebabkan rasanya kurang istimewa. Oleh itu, kami berfikir bahawa mempunyai kepantasan dan “selang masa” antara pelaksanaan setiap event, juga sama pentingnya dengan mempunyai banyak event sepanjang tahun. Ini juga membolehkan kami untuk menumpukan usaha dalam menghasilkan event yang berkualiti tinggi, iaitu suatu pendekatan yang kami fikirkan adalah lebih baik.
Selain alasan untuk menjadikan event sebagai bermusim dan istimewa, event juga memerlukan banyak usaha untuk membinanya merentasi pelbagai pasukan yang berbeza. Oleh itu, walaupun kami gemar melakukan inovasi, mekanisme atau reka bentuk baharu memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan! Kami sentiasa harus mengimbangi penyusunan semula reka bentuk yang lepas dan menghasilkan sedikit event namun bersifat lebih inovatif. Memandangkan terdapat pemain yang menyukai kedua-duanya, keseimbangan menjadi kunci dalam melaksanakannya.
Akhirnya, event merupakan salah satu daripada pelbagai sistem yang mewujudkan pengalaman Wild Rift yang menyeronokkan. Kami mempunyai berbilang pasukan yang berdedikasi dalam membangunkan ciri-ciri baharu dan tetap untuk menjadikan permainan ini lebih menarik dan menyeronokkan, serta disampaikan dengan segera kepada anda pada masa hadapan.
- Riot Junosaur, Ketua Event
APAKAH ANTARA RAHSIA REKA BENTUK DI SEBALIK MISI?
Sebelum kita meneliti tajuk ini dengan mendalam, saya ingin menyatakan bahawa kita akan berbincang tentang misi event dan bukan jenis misi lain (misalnya Wild Pass atau Challenge Missions). Oleh sebab sifatnya yang terhad masa dan mekanisme yang unik dalam setiap event, terdapat pelbagai falsafah reka bentuk yang menjadi panduan kepada kami.
Penting bagi kami untuk anda dapat berkembang sambil tetap berpegang pada gaya permainan pilihan anda. Maksudnya, kami tidak akan memaksa anda untuk membunuh ribuan minion lane jika anda ialah seorang jungler atau mendapatkan satu triple kill sebagai pemain sokongan. Sekiranya anda melihat objektif misi ini, objektif tersebut akan dilampirkan sama ada pada suatu syarat yang bersifat “ATAU” yang lebih luas, atau misi berkenaan tidak diperlukan untuk mendapatkan semua ganjaran. Ini mungkin menjadikan sesuatu perkara lebih mudah atau lebih pantas jika anda memutuskan untuk menyertainya, tetapi ia tidak sepatutnya akan menyekat perkembangan anda sekiranya anda memutuskan bahawa ia bukan untuk anda.
Sebagai contoh, jika kita melihat event Pool Party, misi "Grab A Buddy" memberikan ganjaran XP jika anda bermain dalam pesta pracipta, sementara "Suit Up" memberikan ganjaran XP jika anda mempunyai skin Pool Party dalam pasukan anda. Walaupun sukar untuk menyelesaikan sepasang misi ini untuk pemain solo, kami memastikan bahawa misi "Menang 1 permainan" memberikan lebih banyak XP daripada biasa. Kami juga menjadikan event ini bertahan lebih lama, memberikan peluang kepada pemain yang hanya menyelesaikan misi "Menang 1 permainan" untuk masih boleh mendapatkan semua hadiah. Sebagai ringkasan, kami percaya bahawa pemain seharusnya dapat maju dalam event tanpa mengira gaya permainan mereka!
- Riot ShinKaigan, Pereka Permainan
BAGAIMANAKAH TENTANG GANJARAN EVENT?
Secara amnya, kami mahukan agar event memberikan ganjaran kepada anda dengan:
- Kaedah tambahan untuk mengekspresikan diri dalam dan luar permainan
- Satu cara untuk mengimbas kembali kenangan melalui ganjaran yang anda peroleh
- Lebih banyak kaedah untuk mendapatkan pelbagai mata wang (seperti Blue Motes) dan kandungan (seperti champion)
Setakat ini, kami telah menawarkan banyak ganjaran champion kerana kami tahu banyak daripada anda ingin mengembangkan kumpulan champion anda secepat mungkin. Bagi mereka yang ingin bermain lebih banyak permainan semasa event, kami mempunyai ganjaran yang bersifat lebih kosmetik. Itulah sebabnya aksesori seperti bingkai ikon, ikon terhad dan gaya biasanya diletakkan pada penghujung jejak ganjaran.
Untuk memahami bilangan ganjaran yang dapat kita berikan, kita harus melihat pada kerumitan dan kesukaran. Event yang lebih kecil adalah kurang rumit dan lebih mudah diselesaikan, dan dengan itu, event ini lebih mudah diakses walaupun anda tidak boleh bermain banyak. Event yang lebih besar memerlukan lebih banyak permainan untuk diselesaikan dan mungkin memerlukan lebih banyak interaksi di luar permainan sahaja; tetapi... event ini juga mempunyai lebih banyak ganjaran! Kami berusaha memberi ruang untuk ini sepanjang tahun agar segalanya sentiasa kelihatan baharu dan mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Fakta menarik: Event Lunar Beast menampilkan kedai token dengan aksesori Xayah, Rakan, Valentine & Lunar, serta pelbagai ganjaran untuk skin rawak. Daripada pemain yang memperoleh token yang mencukupi, kira-kira 40% memilih untuk mendapatkan skin secara rawak sementara 50% memilih untuk mendapatkan kedua-dua champion! (10% daripada anda kebanyakannya memilih untuk mengambil beg, beg yang penuh dengan aksesori... dan boost!)
- Riot ShinsukeTakasugi, Alhli Strategi Hasil
BAGAIMANA DENGAN SKIN?
Walaupun pemain mungkin lebih suka pelbagai jenis ganjaran, kami sering kali ditanya mengenai skin. Seperti kandungan kosmetik lain, skin biasanya terdiri daripada pelbagai ganjaran, dan ia mungkin akan diserlahkan lebih atau kurang dalam pelbagai event. Perkara penting: kami tidak mungkin mengubah pendirian ini dalam masa terdekat kerana skin mendorong keupayaan kami untuk terus melabur semula dalam produk baharu dan pengalaman menarik untuk anda di Wild Rift.
Seperti champion dan Blue Motes, skin boleh diperoleh hanya dengan bermain melalui mata wang dalam permainan (Poro Energy dan membelanjakan Poro Coins), yang anda boleh jumpa dalam kebanyakan ciri di sekitar permainan, termasuk event. Ini memberi kelonggaran kepada pasukan kami untuk:
- Menyampaikan kemajuan tambahan yang tetap ke arah skin percuma anda yang seterusnya daripada pelbagai jenis event seperti Broken Blades dan Pool Party
- Memberi anda peluang untuk mengambil skin dalam satu event, seperti di Lunar Beast (dengan mata wang event) dan Sentinels of Light (dengan Poro Energy dan Poro Coins)
Antara dua pendekatan ini, kami dapat menonjolkan dan memberi inspirasi kepada anda untuk bermain Wild Rift dalam event besar yang menarik sepanjang tahun, dan juga melengkapkan kemajuan anda ke arah skin. Oleh itu, kami selalu mencari lebih banyak cara untuk meningkatkan ganjaran pada masa hadapan. Kami berkomitmen untuk menjalankan eksperimen, menilai data dan mendengar maklum balas anda untuk membuat peningkatan!
- Riot ShinsukeTakasugi, Alhli Strategi Hasil
APAKAH YANG KAMI SEDANG USAHAKAN?
Kami telah mengusahakan beberapa event khas yang akan disampaikan pada akhir tahun ini, yang menampilkan format dan reka bentuk baharu yang kami rasa anda akan menikmatinya. 2021 telah menjadi tahun yang penuh dengan pembelajaran bagi kami, dan kami akan terus belajar lebih banyak lagi ketika anda terus bermain. Fokus kami pada saat ini adalah untuk menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan menuntut ganjaran event yang anda perolehi, dan kami telah mula melakukan sumbang saran event baharu yang akan disampaikan tahun depan.
Kesungguhan dan maklum balas anda sentiasa dialu-alukan, dan tanpa anda, semua ini tidak mungkin berlaku. Kami harap kami dapat terus meningkatkan standard kami dan sentiasa teruja untuk berbual lebih banyak lagi tentang topik ini dengan anda. Terima kasih kerana telah membaca blog ini, kami akan berbual dengan anda lagi!