Panduan Penganjuran Permainan League of Legends: Wild Rift Asia Tenggara Pihak Ketiga

Panduan Penganjuran Permainan League of Legends: Wild Rift Asia Tenggara Pihak Ketiga menyediakan gambaran keseluruhan tentang jenis pertandingan yang anda boleh anjurkan dalam wilayah ini, sama ada ia perlawanan persahabatan dengan rakan-rakan atau acara yang lebih kompetitif di dalam komuniti anda.

Adakah anda ingin menganjurkan pertandingan League of Legends: Wild Rift di pasaran anda dan sedang mencari panduan bagaimana untuk memulakannya? Panduan Penganjuran Permainan League of Legends: Wild Rift Asia Tenggara Pihak Ketiga menyediakan gambaran keseluruhan tentang jenis pertandingan yang anda boleh anjurkan dalam wilayah ini, sama ada ia perlawanan persahabatan dengan rakan-rakan atau acara yang lebih kompetitif di dalam komuniti anda.

Peraturan umum untuk semua pertandingan bukan Major di Asia Tenggara:

  • Anda boleh mengenakan yuran masuk untuk Perlawanan anda. Hasil yuran yang terkumpul harus digunakan untuk membantu mengimbangi Kos Perlawanan (seperti tempat, pengehosan web, penyiar, dsb.) atau untuk hadiah Perlawanan
  • Anda boleh mengumpulkan dana umum untuk membantu mengimbangi Kos Perlawanan tetapi mana-mana dan semua sumbangan daripada dana umum harus digunakan terus bagi hadiah untuk Perlawanan atau Kos Perlawanan
  • Anda boleh menawarkan wang tunai, item yang sama nilai dengan wang tunai dan/atau item dalam permainan sebagai hadiah
  • Anda boleh menyiarkannya pada mana-mana platform dalam talian
  • Anda tidak boleh menyiarkan perlawanan anda di TV
  • Atas budi bicara Riot Games Asia Tenggara, kami boleh menyokong perlawanan dengan penggunakan IP, sokongan promosi dan sokongan hadiah berbentuk kandungan dalam permainan
  • Dalam pertimbangan Riot Games memberikan anda Lesen Perlawanan Komuniti, anda bersetuju bahawa kami boleh memilih untuk mempromosikan Pertandingan anda dan boleh menggunakan keputusan Pertandingan anda untuk memberi slot kepada pemain bagi menyertai perlawanan yang ditaja oleh Riot
  • Tambahan lagi, dengan mengendalikan perlawanan menggunakan Lesen Perlawanan Komuniti, anda bersetuju untuk memberi lesen kepada Riot Games secara percuma dan kekal, sebarang hak yang anda miliki dalam penyiaran kandungan, highlight, video, kandungan statik, berita dan semua kandungan lain yang dihasilkan oleh Perlawanan untuk kami salin, ubah,edarkan atau menyiarkan kandungan tersebut secara umum atau memberi sublesen bagi hak tersebut jika kami rasa sesuai
  • Anda perlu menyediakan notis tambahan berikut dalam cara yang jelas dan menarik untuk laman web pertandingan anda dan mana-mana bahan pertandingan: “Pertandingan ini tidak berkaitan atau ditaja oleh Riot Games, Inc., atau e-sukan League of Legends: Wild Rift”
  • Semua pertandingan perlu diluluskan oleh Riot Games Asia Tenggara, jadi sila daftarkan pertandingan anda menerusi borang ini

Dalam 2021, Riot Games Asia Tenggara telah mengasingkan penganjuran permainan kepada empat kategori khusus:

  1. Pertandingan Komuniti
  2. Pertandingan Komuniti Pasukan E-sukan
  3. Pertandingan Berjenama
  4. Pertandingan Kolej/Universiti
  5. Pertandingan Tier 1

Di sini terdapat beberapa panduan untuk setiap kategori pertandingan:

  1. Pertandingan Komuniti
    1. Penganjur - Pemain, Kafe PC, Penganjur Komuniti, Penganjur Pertandingan
    2. Matlamat penganjur - Seronok, Tersusun, Permainan Sosial
    3. Hadiah - hadiah mesti tidak melebihi USD 2,000 secara tunai atau USD 4,000 dalam bentuk bukan tunai
    4. Peserta - Tidak melebihi 64 pasukan menyertai dalam pertandingan tunggal

  2. Pertandingan Komuniti Pasukan E-sukan
    1. Penganjur - Pasukan e-sukan profesional
    2. Matlamat penganjur - Pertandingan untuk membantu pasukan e-sukan untuk menarik minat dan membina komuniti
    3. Penajaan - mesti tidak melebihi USD 10,000
    4. Peserta - Tidak melebihi 128 pasukan menyertai dalam satu pertandingan. Tiada pemain terikat dengan mana-mana pasukan e-sukan profesional termasuk pemain yang berkait dengan hos

  3. Pertandingan Berjenama
    1. Penganjur - Platform pertandingan, platform penstriman langsung, platform media sosial, jenama, Orang berpengaruh (Influencer)
    2. Hadiah - Diluluskan mengikut kes
    3. Peserta - Diluluskan mengikut kes

  4. Pertandingan Kolej
    1. Penganjur – Rakan Kongsi Rasmi Riot Games Asia Tenggara dan penganjur dari universiti/kolej
    2. Skala – Ekosistem pertandingan rasmi kompetitif peringkat kolej/universiti

  5. Tournament Tier 1
    1. Penganjur – Rakan Kongsi Rasmi Riot Games Asia Tenggara
      1. Skala – Pertandingan rasmi Semi-pro circuit, sebahagian dari Ekosistem Kompetitif Global

Kit Aset Pertandingan Komuniti - SINI

Dengan syarat anda mematuhi semua panduan yang dinyatakan dalam polisi ini (“Panduan”), Legal Jibber Jabber kami, dan Terma Perkhidmatan kami, Riot Games, Inc. (“Riot”, atau “kami”) membenarkan anda lesen peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh disublesen, tidak boleh dipindahkan, tidak boleh dimansuhkan, terhad (“Lesen Pertandingan Komuniti”) untuk anda menganjurkan dan mengendalikan Wild Rift atau pertandingan (“Pertandingan”), tetapi kami boleh mengambil tindakan atau menamatkan sebarang pertandingan pada bila-bila masa jika kami merasakan ia melanggar atau menyalahtafsir Panduan ini, Terma Perkhidmatan kami atau mana-mana polisi lain kami, promosikan atau mewakili apa-apa yang berlawanan dengan Nilai kami atau menggunakan harta intelek kami (“IP”) secara tidak wajar.

Muat turun Panduan Penganjuran Permainan Pihak Ketiga PENUH DI SINI

Ada soalan? Hubungi kami menerusi sea-community-tournaments@riotgames.com. Kami teruja untuk membantu anda untuk memulakanya dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada acara anda!