Kemas Kini Win Trading - Matchfixing
Kami sedang mengemas kini pendekatan kami terhadap win trading dan matchfixing dalam Wild Rift, bermula dengan hukuman baharu dan banwave yang lebih kerap. Untuk peringatan, definisi win trading kepada kami ialah pemain mengeksploitasi queue matchmaking dengan pelbagai cara untuk berada di pasukan lawan untuk menentukan keputusan perlawanan (menang atau kalah). Definisi matchfixing pula ialah pemain sengaja dan secara konsisten bertingkah laku yang menyebabkan pasukan mereka kalah atau dilucutkan.
Akaun yang mempunyai bukti win trading atau matchfixing akan diban selama 7 hari sebagai amaran bersama semua ganjaran musim semasa dibuang. Akaun tersebut juga akan di reset ke Iron IV. Pesalah yang kerap dan berketerukan tinggi akan masih diban secara kekal.
Kami tidak akan memberi notis untuk banwave masa hadapan, tetapi banwave akan berlaku beberapa kali setiap musim.
Hukuman juga telah berubah: kami menambahkan ban papan pendahulu sepanjang musim untuk pelaku kali pertama. Selain itu, kami akan mengeluarkan pemain dari papan pendahulu champion jika mereka terbukti terlibat dalam win trading. Tujuan kami adalah supaya pemain yang terlibat dengan win trading atau matchfixing tidak akan muncul di papan pendahulu untuk sepanjang musim tersebut, termasuk papan pendahulu champion dan ranked.
Kami faham pemain sekali-sekala mempunyai permainan buruk, oleh sebab itu kami selalu berusaha untuk meminimumkan penangkapan pemain yang tidak bersalah dalam banwave. Kami hanya mensasarkan pemain yang disahkan terlibat dalam win trading dan matchfixing yang kerap. Sekiranya anda baru-baru ini dicamp dalam lane, jika jungle anda sentiasa diserang, pasukan anda enggan berkumpul — apa pun alasan untuk prestasi anda yang tidak bernasib baik — jangan risau, anda selamat!