Wild Rift: Horizon Cup Event Primer

Semua yang anda perlu tahu tentang pertarungan antarabangsa Wild Rift yang pertama

Wild Rift: Horizon Cup Event Primer

Semua yang anda perlu tahu tentang pertarungan antarabangsa Wild Rift yang pertama

Baru sahaja seminit sejak pengenalan kepada Wild Rift Horizon Cup, dan kini terdapat lebih banyak maklumat untuk dikongsikan! 10 pasukan terbaik di seluruh dunia akan berkumpul untuk bersaing merebut gelaran antarabangsa pertama (dan sebahagian daripada hadiah terkumpul yang bernilai $500K!) di Singapura dari 13 - 21 Nov. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat penuh termasuk pasukan yang layak, format kejohanan, pemilihan kumpulan, jadual siaran dan item dalam permainan yang percuma!

Pasukan yang Layak

Qualified_Team_MS.jpg

Nantikan ikon Wild Rift yang seterusnya:

  • Brazil: [TSM] TSM
  • China: [DKG] Da Kun Gaming
  • China: [TT] Thunder Talk Gaming
  • EMEA: [TQ] Team Queso
  • Jepun: [SG] Sengoku Gaming
  • Amerika Latin: [EBG] eBRO Gaming
  • Amerika Utara: [TG] Tribe Gaming
  • Asia Tenggara: [SE] SBTC Esports
  • Asia Tenggara: [TS] Team Secret
  • Korea Selatan: [RY] Rolster Y

Format

Peringkat Kumpulan: 13-17 Nov.

10 pasukan yang telah layak melalui Kelayakan Serantau akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 pasukan. Dalam setiap kumpulan, pasukan akan bermain satu round robin untuk perlawanan best-of-three. 3 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke Peringkat Knockout.

Peringkat Knockout: Suku Akhir (19 Nov), Separuh Akhir (20 Nov) dan Peringkat Akhir (21 Nov)

Pasukan yang mendapat tempat pertama daripada Kumpulan A & B secara automatik mara ke pusingan Separuh Akhir dengan tanpa bertanding. Pasukan yang mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam setiap kumpulan akan menentang satu pasukan daripada kumpulan lain dalam satu perlawanan best-of-5. Pemenang pusingan Suku Akhir akan melangkah ke Separuh Akhir di mana mereka akan bersaing dalam perlawanan best-of-5 menentang salah satu pemenang Kumpulan A & B.

Pemenang Separuh Akhir akan mara ke Peringkat Akhir dalam pusingan best-of-7 untuk gelaran antarabangsa yang pertama!

Kumpulan

Pasukan yang layak telah dibahagikan kepada dua kumpulan di bawah:

Kumpulan A:

  • Brazil: [TSM] TSM
  • China: [DKG] Da Kun Gaming
  • Amerika Utara: [TG] Tribe Gaming
  • Asia Tenggara: [SE] SBTC Esports
  • Korea Selatan: [RY] Rolster Y

Kumpulan B:

  • China: [TT] Thunder Talk Gaming
  • EMEA: [TQ] Team Queso
  • Jepun: [SG] Sengoku Gaming
  • Amerika Latin: [EBG] eBRO Gaming
  • Asia Tenggara: [TS] Team Secret

Kumpulan A dan B telah dibahagikan berdasarkan kriteria di bawah:

  • 2 pasukan dari negara yang sama tidak akan bermula dalam kumpulan yang sama
  • Memaksimumkan kepelbagaian dan perwakilan serantau dalam setiap kumpulan

Jadual Siaran

Broadcast_Schedule_MS.jpg

Berikut adalah masa mula untuk setiap peringkat perlawanan:

  • Kumpulan: 13 - 17 Nov | Jam 2 Pagi PST | Jam 6 Petang GMT +8
  • Suku Akhir: 19 Nov | Jam 2 Pagi PST | Jam 6 Petang GMT +8
  • Separuh Akhir: 20 Nov | Jam 2 Pagi PST | Jam 6 Petang GMT +8
  • Peringkat Akhir: 21 Nov | Jam 4 Pagi PST | Jam 8 Malam GMT +8

Tonton permainan ini di pautan di bawah apabila rancangan bermula!

Bahasa Inggeris:

Bahasa Malaysia:

Bahasa Indonesia:

Bahasa Thai:

Bahasa Cina Mandarin Tradisional:

Bahasa Tagalog:

Bahasa Vietnam:

Permainan bermula pada 13 November! Ikuti kami di @wildriftesports untuk mengetahui semua perkara tentang Horizon Cup.