Kemas kini tentang Win Trading
Tl;dr Kami sedang mengambil tindakan ke atas win trading dan match fixing dalam Wild Rift, bermula dengan ban serta merta bagi mereka yang bersalah. Semua ganjaran Ranked Musim 1 akan dibuang bagi pemain sebegini dan akaun mereka akan di reset ke Iron IV.
Definisi win trading kepada kami ialah pemain mengeksploitasi queue matchmaking dengan pelbagai cara untuk berada di pasukan lawan untuk menentukan keputusan perlawanan (menang atau kalah). Perkara ini lebih ketara pada papan pendahulu kompetetif Wild Rift yang lebih tinggi di mana populasinya rendah dan posisi ranked tinggi dimahukan ramai pemain.
Win trading adalah satu kesalah yang boleh menyebabkan anda di ban. Bukan saja ia mengakibatkan kesengsaraan pada pemain lain dalam permainan tersebut, ia juga boleh memberi kesan pada integriti papan pendahulu dalam permainan. Jadi kami akan bertindak pada beberapa akaun tersebut:
- Akaun yang mempunyai win trading tertinggi akaun di ban secara kekal.
- Akaun lain yang mempunyai bukti win trading akan di ban selama 7 hari sebagai amaran bersama semua ganjaran Musim 1 dibuang. Akaun tersebut juga akan di reset ke Iron IV. Pesalah yang kerap daripada senarai ini akan disekat secara kekal.
Kami faham sepertimana jenis penipuan yang lain, win trading masih berlaku dan kami mungkin tidak akan dapat menangkap semuanya dalam satu ban wave. Kami sedang melakukan perubahan sistem untuk melawan win trading dan akan berkongsi dengan lebih kemudian.
Walau bagaimanapun, kami mahu mengurangkan menangkap pemain yang tidak bersalah jadi kami perlu berhati-hati dengan cara yang digunakan kali ini (jadi jika anda selalu mendapat permainan yang sukar atau melihat kelakuan yang pelik dalam pasukan yang anda tidak sokong, jangan risau!)
Integriti kompetetif merupakan fokus terbesar kami untuk Wild Rift dalam 2021 dan perjalanan kami masih lagi jauh. Win trading hanyalah satu daripada banyak kesalahan, jadi kami akan terus memperbaik dalam aspek game balance, penipuan, kelakuan yang mengganggu dan kestabilan dalam permainan untuk memastikan anda boleh fokus masa dan tenaga menaiki rank.