The Battle of Baron Akan Datang

Bersatulah untuk perlawanan Baron yang terbesar dalam sejarah.

Kami amat seronok untuk memberitahu pelan kami untuk menyambut pelancaran Open Beta Wild Rift di lokasi berikut: Vietnam, Oceania, Taiwan, Eropah, Turki, Rusia dan CIS, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Pada 10 Disember, 0200 PT, kami akan mengumpul semua untuk perlawanan Baron yang terbesar dalam sejarah bersama permain di seluruh dunia bersatu dalam Livestream YouTube untuk berhadapan dengan Void-born, acid-spitting, ancient river monster kegemaran semua.

SIMPAN TARIKH TERSEBUT

Semuanya bermula pada 10 Disember 2:00PG PT dalam Youtube Live. Jangan terlepas perlawanan ini kerana anda hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk berlawan dengan Baron Nashor live (tahu tak betapa sibuknya dia—kami gembira kerana mendapat peluang ini). YouTube link di sini supaya anda boleh buat satu peringatan apabila acara bermula.

BERTARUNG DENGAN BARON NASHOR DENGAN SETIAP SATU UNDIAN

Sesiapa saja yang memasuki livestream boleh menyertai perlawanan. Anda hanya perlu taip dalam chat untuk serang. Menaip [1], [2], [3] dan [4] akan membenarkan anda untuk guna SMITE dan ability lain, Barron juga akan bertindak balas secara dinamik berdasarkan apa yang anda lakukan. Tetapi terdapat syarat—anda tidak boleh mengalahkan musuh hebat ini seorang.

Kami menggunakan sistem undian untuk memilih serangan mana yang akan digunakan, jadi anda perlu bekerjasama dengan pemain di seluruh dunia untuk megalahkan Baron Nashor. Serangan yang mempunyai undian tertinggi akan dilakukan.

HowToSmite.jpg

TIP PROFESIONAL:

Semuanya bergantung pada chat, jadi pergi ke mod LIVE CHAT dan bukan mod TOP CHAT. Dengan itu, anda boleh lihat kemajuan undian.

SERANGAN DIPERTINGKAT

Serangan ini bukan hanya dengan menekan butang. Seperti dalam perlawanan sebenar, anda perlu cari peluang terbaik untuk menyerang. Pada waktu tertentu, sesetengah serangan akan dipertingkat dan mengenakan damage bonus. Pemain perlu sync antara satu sama lain untuk melakukan ability yang berkuasa ini. Cara untuk menang adalah dengan bekerjasama dan bersatu melawan Baron.

TIP PROFESIONAL

Serangan Dipertingkat mengenakan damage bonus. Anda boleh mengenal pasti dengan bulatan tenaga yang mengelilingi ability itu bagi satu tempoh tertentu. Undi untuk gunakannya sebelum masa tamat!

EmpoweredSmite.png

PANGGILAN UNTUK SEMUA CHAMPION

Selain daripada pemain di seluruh dunia, beberapa champion legenda Runeterra juga akan turut serta. Anda perlu bekerjasama dengan semua untuk menyeru mereka ke dalam medan perang dengan menaip 5 dalam chat.

CallingAllChamps.png

GANJARAN SELEPAS PERTARUNGAN

Sumbangan anda dalam takedown Baron yang bersejarah ini akan sentiasa diingati. Dengan megalahkan Baron Nashor, semua peserta Open Beta akan mendapat satu emote dan ikon unik dalam 2021.

5_BaronEmotes_Icon.png

TIP PROFESIONAL

Terdapat bonus bagi 25,000 pemain pertama yang memasuki strim dan smite Baron: nama anda akan diukir selamanya sebagai Baron Slayers dalam bahagian kredit akhir.