Sentinels of Light

Sertai Lucian, Senna dan Sentinels of Light yang lain menentang Ruination.

Seribu tahun yang lalu, seorang raja kehilangan permaisurinya.

Tetapi baginda tidak meratapi kematian permaisurinya itu—baginda enggan berbuat demikian, sebaliknya baginda mengosongkan harta kerajaan demi membangkitkan semula permaisurinya. Fikiran baginda yang tidak siuman segera beralih ke Blessed Isles, sebuah tanah suci yang dikatakan mempunyai perairan ajaib yang mampu menyembuhkan apa-apa sahaja penyakit... bahkan kematian. Raja itu menyerbu pantai yang damai tersebut dengan bala tenteranya, membunuh semua orang yang menentang sebelum meletakkan jasad permaisurinya yang tidak bernyawa di dalam perairan suci itu.

Tetapi yang dibangkitkan semula hanyalah bayangan halus kekasihnya. Berang dan keliru sehingga naik gila, permaisuri menikam raja itu dengan pedangnya sendiri, lalu melepaskan sumpahan mayat hidup dahsyat yang tersebar merentasi lautan sebagai Black Mist.

Tetapi dalam kegelapan itu, timbulnya cahaya: para Sentinel, kesatuan kuno yang bersumpah untuk bertahan melawan Black Mist. Mereka telah bertahan selama satu milenium, obor tekad mereka yang berkelipan diturunkan dari generasi ke generasi ahli baharu yang tidak terhitung ramainya.

Obor yang kini dipegang anda sambil Black Mist seakan mahu menelan seluruh Runeterra.

Ruination sudah bermula, dan hanya anda mampu menghentikannya! Perhentian pertama anda? HQ Sentinels of Light.

Sebulan Penuh Ruin

Mula - 9 Julai 2021 / 08:00 GMT+8

Tamat - 11 Ogos 2021 / 07:59 GMT+8

Ketika Black Mist melanda Runeterra, kesatuan kuno ini mesti memperkukuh barisannya untuk melindungi cahaya yang semakin malap. Sertailah para Sentinel dalam usaha mereka untuk menghentikan Ruination dan dengarlah kisah mereka daripada barisan hadapan!

Mencari Sentinel

Menjadi seorang Sentinel hanyalah langkah yang pertama. Untuk menewaskan Black Mist, anda perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Sudah tentu, anda perlu mempunyai sebuah pasukan dahulu...

Jadual Perekrutan

Seiring perjalanan masa, lebih ramai Sentinel akan menyertai perjuangan. Adakah rekrut baharu ini dapat menentang Black Mist? Atau adakah semuanya akan tewas dalam kegelapan?

Champion

Tarikh Diaktifkan (GMT+8)

Senna

Event Bermula

Lucian

Event Bermula

Vayne

14/7

Riven

20/7

Irelia

20/7

Akshan

28/7

Selepas seorang Sentinel diaktifkan, anda akan mula membina bond anda dengan mereka—tetapi hanya jika anda pernah mengunjungi HQ skurang-kurangnya sekali sebelum ini.

Tetapi itu menimbulkan persoalan: apa sebenarnya bond?

Ganjaran & Bond Sentinel

Ruination mampu mencemarkan sesiapa sahaja, walaupun champion terkuat Runeterra. Jika anda sememangnya berharap untuk mengusir kegelapan ini yang tidak henti-henti ini, anda perlu menjalin ikatan cahaya yang kukuh—dengan segera.

Anda akan mula membina bond sesama Sentinel anda apabila mereka mula menyertai perjuangan. Kumpulkan XP yang cukup dan anda akan menaikkan level hubungan anda, mengaktifkan dialog bond dan ganjaran lain. Menang atau kalah, setiap perlawanan ialah peluang untuk menjalin hubungan anda dengan setiap Sentinel, jadi terus berjuang sehingga penghujung! (Untuk maklumat lanjut mengenai Bond Sentinel, lihat artikel di laman Sokongan Pemain kami.)

Ganjaran HQ

Sinaran cahaya mungkin boleh menembusi Black Mist, tetapi hanya serian cahaya yang banyak yang akan memusnahkannya. Level HQ anda ialah jumlah kesemua Level Sentinel anda. Semakin terang cahaya anda, semakin besar ganjaran anda!

SILA AMBIL PERHATIAN: Level BONUS Sentinel tidak menyumbang kepada Level HQ. Hanya Level Sentinel 1–5 boleh menaikkannya!

Kesan Pada Dunia Sebenar

Menjadi seorang Sentinel bermaksud berdiri menentang kegelapan, bila-bila, di mana-mana sahaja. Sekiranya anda sudah bersedia untuk membawa perjuangan ini ke dunia sebenar, sertailah usaha amal kami dengan melibatkan diri dengan Inisiatif Sentinel!

Inisiatif Sentinel

Mengambil pedoman daripada para Sentinel, kita mesti sentiasa berusaha untuk menerangi jalan yang menuju ke masa hadapan yang lebih baik. Dengan menyertai Inisiatif Sentinel, kempen kesan sosial terbaru kami, anda boleh mencalonkan tujuan dan/atau pertubuhan amal untuk mendapatkan dana daripada Dana Impak Sosial Riot Games. Anda juga berpeluang untuk berkongsi sebab tujuan atau pertubuhan amal anda adalah penting untuk komuniti anda. Ada kisah untuk diceritakan? Kami mahu mendengarkan kisah itu! Lebih cenderung kepada bercerita secara visual? Hantarkan gambar atau video! Setiap penyertaan berpeluang untuk menginspirasikan pencalonan tambahan, tetapi 30 teratas juga akan memenangi geran RM41,300 daripada Dana Impak Sosial Riot Games untuk pertubuhan amal atau tujuan mereka!

Cabaran Gerakan Amal

Kami telah pun mengenepikan RM4,130,000 untuk Dana Impak Sosial Riot Games, tetapi kami bersedia untuk menambahkan lagi. Oleh itu, apabila anda bersedia menyahut cabaran, kami juga bersedia membuat penambahan.

Pendek kata: Setiap Level HQ yang anda perolehi semasa event berlangsung akan meningkatkan Tabung Gerakan Amal sebanyak satu mata!

Oleh itu, anda bukan sahaja membantu kami menyelamatkan Runeterra—anda juga menginspirasikan kami untuk menyelamatkan dunia!

Sentinels Bersatu AR

Rapatkan jurang antara Runeterra dengan realiti melalui pengalaman AR yang terbaru kami, yang anda dapat pelajari lore Sentinels dan mengangkat Sumpah Cahaya, dan bersatu untuk membantu mereka!