Perubahan yang akan datang kepada VPN

Kami akan melakukan beberapa perubahan akses kepada pemain menggunakan VPN untuk bermain Wild Rift.

Hei semua,

Bagi mengekalkan prestasi permainan yang terbaik, kami akan melakukan beberapa perubahan kepada log masuk VPN untuk semua permainan kami bersama dengan impak terbesar kami iaitu pada Wild Rift.

Sudah terdapat ramai daripada anda… LEBIH ramai daripada yang kami jangkakan… mahu bermain beta Wild Rift. Semasa kami memeriksa pengalaman dalam permainan, kami lihat terdapat beberapa masalah dalam permainan termasuk pemain yang menggunakan VPN untuk log masuk daripada kawasan di luar akses beta. Isu ini termasuk masalah yang menyusahkan (seperti rintangan bahasa) kepada yang terus merosakkan permainan terus (seperti lag spike yang teruk bagi semua pemain—bukan hanya untuk pemain yang menggunakan VPN sahaja).

Kami telah mencari pelbagai cara untuk melindungi pengalaman permainan bagi jumlah pemain yang tinggi dan membuat keputusan untuk menghalang akses VPN daripada sejumlah tertinggi perkhidmatan VPN di luar rantau beta berkuat kuasa serta-merta. Kami akan terus menilai sama ada perkhidmatan VPN yang lain perlu ditambah ke senarai.

Kami sedih menghlang akses kepada sesiapa pun tetapi kami fikir ini adalah cara terbaik untuk pastikan pemain di beta boleh menikmati Wild Rift dengan cara yang sepatutnya.

Saya di rantau open beta tetapi saya menggunakan VPN. Adakah ini akan menyekat saya?

Sepatutnya tidak. Jika anda menghadapi masalah log masuk sila hubungi sokongan pemain.

Adakah anda akan mengubah polisi ini selepas keadaan sudah reda?

Kami mungkin akan mengubahnya di masa hadapan tetapi kami tidak mempunyai apa-apa pelan buat masa sekarang.

Negara manakah yang disekat?

Kami memulakan penyekatan pada perkhidmatan VPN yang jumlah tertinggi di luar kawasan beta. Kami akan terus menilai sama ada perkhidmatan VPN yang lain perlu ditambah ke senarai.

Saya telah disekat dengan perubahan ini tetapi saya mahu sangat bermain permainan. Bagaimana saya boleh mendapat akses sekarang?

Kami sedang serusaha untuk menjadikan Wild Rift tersedia di seluruh dunia secepat mungkin tetapi kami tidak mempunyai apa-apa yang boleh dikongsi buat masa sekarang. Percayalah bahawa kami tidak suka menyekat akses kepada sesiapa jua tetapi kami rasa inilah cara yang sesuai untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada jumlah pemain terbesar.