Kandungan Baharu dalam Patch 3.2

Selamat datang kawan-kawan, ke Refresh Pratonton Patch 3.2! Jika anda terlepas, kami masih ada imbasan semua pengumuman penting yang akan kami bawakan ke Rift semasa kemas kini Time & Tide kami!

Selamat datang kawan-kawan, ke Refresh Pratonton Patch 3.2! Jika anda terlepas, kami masih ada imbasan semua pengumuman penting yang akan kami bawakan ke Rift semasa kemas kini Time & Tide kami! Anda juga boleh menontonnya di sini!

Kami akan kembali dalam beberapa hari dengan Patch Note untuk 3.2, yang akan mengandungi lebih banyak butiran berserta tarikh dan masa keluaran setiap satu, dan tidak lupa juga perubahan balance.

CHAMPION

NAUTILUS, THE TITAN OF THE DEPTHS

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_Naut-Splash-.jpg

PYKE, THE BLOODHARBOR RIPPER

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_Pyke-Splash.jpg

Sama ada anda mahu menyediakan pasukan anda untuk beberapa kombo pelik yang “menjamin” kill, support baharu ini sedia membantu anda mengocak suasana di Rift.

ELEMENTAL RIFT

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_WRNewContentPatch3.1.jpg

Elemental Rift akan kembali dalam mod permainan terhad sekali lagi dalam patch ini! Ujian pertama akan kelihatan agak berbeza berbanding versi yang anda mainkan semasa kitaran patch 3.1 kami. Ia akan menyelaraskan sistem Dragon, dan setiap Elemental Dragon akan memberikan satu buff yang akan berkembang dengan setiap Dragon yang anda bunuh. Baca lebih lanjut mengenai Elemental Rift dan versi akan datang dalam /dev kami: Elemental Rift pada 16 Mei.

PENGURANGAN LEAVER

Kami tahu betapa mengecewakan apabila seseorang keluar dari permainan anda, menimbulkan masalah besar untuk anda dan rakan sepasukan anda, jadi dalam patch ini kami akan melancarkan dua ciri baharu untuk membantu memerangi perkara ini.

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_Remake.jpg

Jika salah seorang rakan sepasukan anda memutuskan sambungan pada permulaan permainan, anda akan ada pilihan untuk membuat semula permainan anda. Membuat semula akan menyebabkan kekalahan pemain yang tiada, tetapi bagi yang lain, ia seperti permainan itu tidak pernah berlaku.

Kami juga akan melancarkan pengurangan leaver untuk kekalahan. Pemain yang keluar dalam Ranked kini akan dikenakan penalti lebih berat dalam pendakian mereka. Apabila ini berlaku, ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima lebih banyak Ranked Fortitude atau kurang VP.

GAMEPLAY

Kami akan menambah dua keystone dan enam rune kecil baharu dalam patch ini!

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_demolish.jpg

Lethal Tempo akan jadi rune yang sangat sesuai untuk champion yang suka serangan auto, kerana ia akan meningkatkan attack speed anda secara beransur-ansur semasa dalam pertempuran. Jika anda pernah bermain League PC, anda mungkin akan terasa deja vu, tetapi Kraken Slayer juga akan menyertai Wild Rift sebagai keystone baharu!

Scorch, Giant Slayer, Nullifying Orb, Ultimate Shield, Nimbus Cloak, dan Demolish akan menjadi minor rune baharu yang membuat penampilan sulung dalam patch ini. Nantikan /dev daripada salah seorang pereka kami untuk semua rune baharu ini dan bagaimana ia akan gegarkan loadout anda dalam beberapa hari.

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_PinkWard.jpg

Kami juga akan memperkenalkan Control Ward sebagai pilihan trinket baharu! Mereka akan membantu anda mengesan sebarang perangkap dan ward musuh yang tidak kelihatan, tetapi boleh dimusnahkan tanpa Sweeping Lens. Anda juga hanya boleh mempunyai satu di peta pada satu masa.

MATCHMAKING

Kami tidak bercakap mengenainya dalam video tetapi kami ingin menyatakan tentang matchmaking di sini. Pada bulan Februari dan awal Mac yang lalu kami telah membuat beberapa perubahan kepada pelbagai sistem matchmaking untuk menangani kebimbangan keadilan dalam permainan ranked berkemahiran tinggi. Perubahan ini telah direka khas untuk menjadi pembetulan jangka pendek yang bertindak sebagai penghubung sehingga kami boleh membuat perubahan yang lebih besar pada masa hadapan. Kami pada mulanya merancang untuk melaksanakan lebih banyak perubahan dalam 3.2, tetapi pembetulan jangka pendek awal lebih berjaya daripada yang kami jangkakan dan apabila perancangan masa depan disatukan, kami melihat bahawa perubahan yang mungkin berlaku dalam 3.3 telah menangani isu tambahan dengan cara yang baharu. Ringkasnya, anda boleh menjangkakan perubahan lebih besar untuk matchmaking ranked bukan dalam patch ini, sebaliknya dalam patch 3.3.

WILD PASS

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_Dreamraidernasus.jpg

Kami berharap penyiasat peribadi kami sebagus dakwaannya… nampaknya ada orang yang mengekorinya. Dream Raider Nasus akan membuat penampilan sulung dan menghantui mimpi anda dalam Wild Pass ini!

EVENT

Kami mencuba cara baharu untuk mendapatkan kandungan dalam Wild Rift tahun ini. Dan semasa kemas kini Time & Tide, kami akan melancarkan event di beberapa rantau yang bertemakan skin Cosmic akan datang untuk Master Yi dan Lulu.

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_CosmicLulu.jpg

Anda akan dapat memperoleh atau membeli tiket semasa event ini yang boleh ditukar dengan token yang boleh ditebus serta-merta untuk item dan skin bertemakan Cosmic, serta berpeluang menguji nasib anda untuk mendapat item hebat lebih cepat lagi. Masih terdapat misi harian yang anda boleh selesaikan, dan semasa anda bermain menghabiskannya, kami akan memberikan token percuma. Kami juga akan mengeluarkan artikel dengan butiran lanjut tentang event ini sebelum ia dilancarkan.

ICONS 2022

Kejohanan Wild Rift Global Icons yang julung kalinya akan berlangsung dalam masa sebulan lagi! Tandakan kalendar anda pada 14 Jun, suapaya anda tidak terlepas melihat pasukan-pasukan ini bersaing untuk trofi Icons yang pertama!

SKIN

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_high-noon-ashe.jpg

Siapa sangka Wild West dan distopia futuristik boleh bersambung? Kami memang tidak sangka, itulah indahnya montaj skin Wild Rift, anda tidak akan tahu apa kejutan yang ada.

High Noon

  • High Noon Ashe
  • High Noon Irelia
  • High Noon Thresh

Pulsefire

  • Pulsefire Lucian
  • Pulsefire Shen
  • Pulsefire Pantheon

Resistance

  • Resistance Katarina*
  • Resistance Miss Fortune*

Dawnbringer & Nightbringer

  • Dawnbringer Riven
  • Nightbringer Yasuo

Lain-lain

  • Astronaut Nautilus
  • Forsaken Jayce
  • Majestic Empress Morgana
  • Sand Wraith Pyke

*Ketersediaan berbeza mengikut rantau

EKKO

05092022_WRNewContentPatch3.1Article_ekko-splash.jpg

Kami harap anda tak berkelip kalau tidak mahu terlepas Ekko yang juga akan tiba semasa kemas kini Time & Tide! Anda akan dapat menggerakkan permainan anda atau undur ke garis masa yang lebih baik dengan semua gizmo pengubah masanya!