Kandungan Baharu dalam Patch 3.1

Patch 3.1 membawakan pelbagai ciri baharu yang menarik kepada Wild Rift. Ingat semula atau ikuti semua pengumuman besar daripada Pratonton Patch 3.1 kami dalam ringkasan ini.

Kami kembali dengan ringkasan pendek bagi semua pengumuman besar daripada Pratonton Patch 3.1. Jika anda terlepasnya atau memerlukan peringatan, kami sedia membantu, tetapi anda juga boleh menontonnya di sini. Sila langkau ke 12:18 untuk bahagian kegemaran saya.

Itu sahaja daripada kami buat masa ini, kami akan kembali dalam beberapa hari lagi dengan Patch Note 3.1. Patch note ini akan mengandungi lebih banyak butiran tentang semua pengumuman ini berserta tarikh dan masa keluaran setiap item, dan tidak lupa juga beberapa perubahan balance.

KEADAAN PERMAINAN

Permulaan Pratonton Patch ini membolehkan kami merenung sedikit tentang perjalanan liar yang telah kita lalui bersama setakat ini pada tahun ini.

03222021_Article_WRNewContent3.1_Teamwork.jpg

Walaupun kami berasa kami telah membuat sedikit kemajuan dalam beberapa patch yang lalu dengan balance champion dan permainan, kami telah mendengar semua maklum balas anda dan tahu bahawa terdapat beberapa bahagian lagi yang perlu diperbaiki. Kami tidak mempunyai maklumat terkini tentang isu-isu tersebut hari ini, tetapi menangani keadilan permainan, AFK dan feeding yang disengajakan ialah keutamaan yang tinggi untuk pasukan kami. Terima kasih atas semua maklum balas anda, dan sila teruskan perkongsian anda dengan kami.

Baiklah, mari kita lihat kemas kini dalam 3.1!

ELEMENTAL RIFT

Wild Rift akan menjadi elemental! Kami mengambil Elemental Rift yang ikonik daripada League PC dan membawanya ke Wild Rift, tetapi perubahan ini bukannya se-nanga aku benci ni dan hidup aku dan semua jenaka aku omg.

03222021_Article_WRNewContentPatch3.1_SleepyDragon.jpg

Dalam versi pertama Elemental Rift, inilah naga-naganya: Infernal, Mountain dan Ocean. Naga-naga ini akan memberikan buff yang berbeza dan membunuh sejumlah naga tertentu akan memberikan anda Dragon Soul, yang merupakan buff yang kuat untuk anda dan rakan sepasukan anda.

03222021_Article_WRNewContentPatch3.1.jpg

Selepas membunuh jumlah naga yang ditetapkan, terrain peta akan berubah bergantung pada elemen naga tersebut. Ini akan menawarkan peluang gameplay baharu serta peluang merealisasikan fantasi rentak lo-fi hari hujan anda... atau adakah itu hanya fantasi saya?

Elder Dragon juga akan menyertai kita dalam bentuknya yang baru dirombak. Selepas Dragon Soul diambil, dia akan spawn dan burn true damagenya yang mampu menamatkan permainan akan tersedia untuk direbut.

Anda mungkin menyedari ketiadaan satu elemen: angin dingin dari Cloud Dragon. Semasa playtest kami, naga ini menawarkan kuasa tersembunyi yang sukar dilihat semasa permainan, menjadikannya kurang menarik untuk dikejar para pasukan.

03222021_Article_WRNewContentPatch3.1_RIPclouddrake.jpg

Memandangkan semua perubahan ini sangat besar, kami akan menguji Elemental Rift sebagai mod permainan berasingan dalam patch ini supaya kami dapat memantau dan melakukan pelarasan.

CHAMPIONS

KARMA, THE ENLIGHTENED ONE

03222021_Article_WRPatchPreview_3.1_Karma.jpg

SHEN, THE EYE OF TWILIGHT

03222021_Article_WRPatchPreview_3.1_Shen.jpg

Capai ketenangan jiwa dan bawa keseimbangan kepada Rift dengan kuasa Karma dan Shen!

Walaupun Karma dan Shen lebih tenang, keadaan akan menjadi lebih mencemaskan. Jadi, ambillah pasport dan celak anda dan bersiap sedia untuk pergi ke Zaun, Bilgewater dan Noxus.

GAMEPLAY

ITEM BAHARU

Pekedai mempunyai item baharu, dan juga melakukan beberapa kemas kini kepada stok semasa mereka!

03222021_Article_WRNewContent3.1_Divine-Sunderer.jpg

DIVINE SUNDERER & HULLBREAKER

Sama ada anda ingin bertarung menuju kemenangan, atau meneruskan perjalanan split-push bersama rakan-rakan minion kecil anda, item-item baharu ini akan memberikan para fighter beberapa pilihan lain.

ITEM LAIN

Kami juga akan melakukan sedikit pelarasan pada Fimbulwinter, Death's Dance dan Hextech Megadrive.

Nantikan /dev tentang item baharu ini yang akan datang pada 28/3!

SUMMONER SPELL

Kami akan balance semula Exhaust, Heal dan Ignite untuk memberi sedikit sokongan kepada support dalam patch ini.

RANKED

Macam tidak percaya, bukan? Sudah hampir masanya untuk musim Ranked baharu! Musim baharu sudah tentu bermakna skin Glorious baharu, dan musim ini pasti membantu anda melakukan pembunuhan bergaya setiap kali.

03222021_Article_WRNewContent3.1_Evelynn.jpg

Glorious Crimson Evelynn merupakan ganjaran anda untuk M5!

UBAHSUAIAN SENJATA

Kami juga akan memperkenalkan cara baharu untuk menayangkan pendakian anda dengan Ubahsuaian Senjata! Bermula dengan Evelynn, anda akan dapat merebut ganjaran ini daripada Kedai Ranked.

WILD PASS

03222021_Article_WRNewContent3.1_Senna.jpg

Heksploration kami menyeronokkan dan akan dirindui, tetapi masih terdapat pelbagai misteri di luar sana untuk diselesaikan. Syukurlah, Psychic Detective Senna akan membuat penampilan sulungnya dalam Wild Pass ini untuk membantu kami.

PERUBAHAN QOL

Kami mempunyai beberapa perubahan kualiti hidup untuk melancarkan pengalaman anda di Rift:

  • Jika anda diberikan Jungle dalam pemilihan champion, anda akan diberikan Smite secara automatik.
  • Tab Berita sudah tiba! Anda akan dapat membaca artikel seperti ini, patch note, berita permainan, acara komuniti, e-sukan dan video dalam aplikasi.

SKIN & EVENT

03222021_Article_WRPatchPreview_3.1_FuryhornCosplayVeigar.jpg

Matahari sudah *lihat jam* belum tegak, tetapi pasti naik tegak lewat tahun ini! Kami akan meneroka pelbagai tema menarik untuk skin dan event dalam beberapa bulan akan datang dan tidak sabar untuk menyajikan tawaran yang akan datang kepada anda. Sehingga kami boleh ke mana-mana parti kolam renang atau pun bar, inilah dia sekilas pandang bagi kemas kini dalam Patch ini:

Skin Baharu

  • Blood Moon Shen
  • Warden Karma
  • Furyhorn Cosplay Veigar
  • Pretty Kitty Rengar
  • Renektoy
  • Pajama Guardian Ezreal
  • Pajama Guardian Lux
  • Marauder Graves*
  • Marauder Brand*

*Debut Wild Rift, ketersediaan berbeza mengikut rantau