Kandungan Baharu dalam Patch 2.6

Patch 2.6 bakal tiba dan membawakan pelbagai ciri dan kejutan baharu yang menarik kepada Wild Rift. Jika anda terlepas Pratonton Patch 2.6 atau mahukan ringkasan bagi pengumuman besar yang akan datang, kami sedia membantu!

Selamat datang ke Ringkasan Patch 2.6! Jika anda terlepas Pratonton Patch 2.6, ini ringkasan pendek bagi semua pengumuman besar daripada video itu. Patch Note 2.6 penuh akan tiba dalam masa beberapa hari.

CHAMPION

KAYLE, THE RIGHTEOUS DAN MORGANA, THE FALLEN

Kayle dan Morgana ialah champ terbaru yang akan menyertai Wild Rift! Mereka macam adik beradik lain… adik-beradik tak sebulu yang lahir daripada Aspect of Justice. Biasalah, adik beradik memang begitu.

EVENT PATH OF JUSTICE

Terokai perseteruan Kayle dan Morgana dengan event istimewa dan anda boleh merebut mana-mana champion secara percuma!

DR. MUNDO

Dr. Mundo ialah Visual and Gameplay Update (atau VGU) pertama yang akan tiba di Wild Rift! Penampilan dan gameplay doktor gila ini telah dikemas kini, jadi Mundo boleh pergi ke mana-mana yang dia suka.

ITEM BAHARU

ITEM SHIELD

Banshee’s Veil dan Edge of Night ialah dua item shield spell yang akan berpindah dari League of Legends PC ke Wild Rift! Mereka membantu melindungi mage and assassin daripada crowd control yang menjengkelkan.

ITEM SUPPORT

Kami juga ingin menyokong support dalam patch ini dengan mengeluarkan dua item serba baru, Hextech Megadrive dan Ixtali Seedjar!

PEMILIHAN CHAMPION

Oleh sebab koleksi champion di Wild Rift semakin besar, kami ingin berikan anda lebih banyak kelonggaran dalam pemilihan champion untuk menangani champion kurang digemari, jadi kami akan meningkatkan ban bagi setiap pasukan daripada tiga kepada lima!

GANJARAN RANKED BAHARU

Ganjaran baharu akan tiba ke Ranked!

SISTEM GANJARAN MUSIM

Sama seperti Wild Pass, anda akan mendapat Mata Musim untuk permainan ranked yang anda mainkan dan prestasi anda dalamnya!

SIRI GANJARAN HUJUNG MINGGU

Masuk queue setiap hujung minggu dan dapatkan kemajuan bonus pada Trek Ganjaran Musim.

GANJARAN RANKED

Ranked Coin ialah mata wang baharu yang membolehkan anda membeli ganjaran dari Kedai Ranked!

Terlepas Glorious Tryndamere? Glorious Jinx? Mahukan lebih banyak cara untuk menunjukkan pencapaian anda? Syiling Ranked dan Kedai Ranked akan memberikan anda peluang untuk berbuat demikian!

GLORIOUS ORIANNA

Glorious Orianna ialah ganjaran eksklusif anda untuk Ranked S4!

PERUBAHAN QOL

PENGESANAN KEKALAHAN YANG DISENGAJAKAN

Kami mengubah suai beberapa perkara di sebalik tabir untuk mengambil lebih banyak tindakan terhadap pemain yang sengaja kalah dalam perlawanan.

KEMAS KINI KEPADA PENGALAMAN PEMAIN BAHARU

Apabila rakan anda memasang Wild Rift buat kali pertama, mereka akan teruja dengan tema trek misi dipanjangkan baharu yang berkaitan Jinx!

SKIN

Pratonton Patch Wild Rift tak akan lengkap tanpa montaj skin klasik, betul tak? Ada tak sesiapa yang pengsan tengok kecomelan Lulu menunggang poro, atau saya seorang saja? Tak kisahlah, kami akan uruskan semuanya. Kami juga meletakkan sentuhan kami sendiri pada skin Crystal Rose dan *berbisik* jangan beritahu sesiapa, tetapi kami dah minta seseorang dalam pasukan untuk menggodam kerangka utama League dan membawa beberapa skin PROJECT.

Crystal Rose

  • Crystal Rose Lux (Legenda)
  • Crystal Rose Sona
  • Crystal Rose Ezreal (Legenda)
  • Crystal Rose Jarvan IV

PROJECT

  • PROJECT: Akali
  • PROJECT: Fiora
  • PROJECT: Jhin
  • PROJECT: Katarina
  • PROJECT: Vayne (Legenda)

Other Skins

  • Blade Mistress Morgana
  • Viridian Kayle
  • Corporate Mundo (Legenda)
  • Mecha Rengar
  • Mecha Kha’Zix
  • Winter Wonder Lulu
  • Dunkmaster Darius (Legenda)

Lebih banyak skin akan didedahkan tidak lama lagi

EVENT

WILD PASS

Kami tidak mahu bercakap terlalu lama tentang Wild Pass baharu, tapi kami tak sabar nak tengok anda dapat Hexplorer Shyvana dan semua item lain nanti!

URF

Ultra Rapid Fire ialah mod permainan baharu yang bakal membuat penampilan sulungnya di Wild Rift! Champion mempunyai mana tanpa had dan ability cooldown yang dikurangkan dengan ketara, jadi dapatkan kad bingo anda, duduk atas meriam dan berseronok bersama kami cuma pastikan anda jaga ibu jari anda!

*Ketersediaan URF mungkin berbeza antara rantau disebabkan proses dan keputusan ujian yang berbeza.