Masters of the Hunt
Sering diselubungi oleh kabus peperangan, jungle di League of Legends: Wild Rift terbukti merbahaya walaupun bagi champion yang paling berani. Namun begitu dua pemburu berbakat semula jadi telah menjadikan medan tempur yang ganas ini sebagai kawasan diorang sendiri, masing-masing mahu menjadikan pihak satu lagi sebagai trofi.
Sertai event terkini kami untuk menentukan siapa pemburu dan siapa mangsa.
Tarikh
Mula - 6 Mei 2021 / 01:00 UTC
Tamat - 18 Mei 2021 / 23:59 UTC
Penutup - 25 Mei 2021 / 23:59 UTC
Walaupun kebanyakan event tamat begitu saja, merit pertembungan sengit ini akan menambahkan tambahan beberapa hari bagi pemburu mana yang bertahan sampai akhir bagi menjulang kemenangannya. Jangan lupa untuk ambil ganjaran pasukan sebelum penutup event pada 25 Mei atau hadiah anda akan lenyap macam tu sahaja!
The Deadliest of Games
Dilahirkan dalam clan pemburu vastaya, Rengar mengatasi kekurangan tubuh kecilnya dengan kesukaran yang hebat untuk menjadi ketua, hanya untuk meninggalkan gelaran itu untuk menjadi pemburu.
Dahulunya penghuni yang lemah dalam Void, Kha'Zix memakan apa saja yang berada di laluannya, menyerap kuasa disekitarnya untuk berevolusi menjadi pembunuh yang hebat.
Kini, mereka bertemu dalam satu pertarungan epik dan hanya anda saja yang boleh menentukan siapa yang berada di puncak rantai makanan!
Pada awal event, anda akan disuruh untuk memilih pemburu mana untuk disokong—Rengar atau Kha'Zix. Anda boleh menunjuk-nunjuk pemburu pilihan pada awal perlawanan dengan satu tag pasukan khas yang membolehkan anda untuk memburu dengan bangga! Kebanyakan ganjaran yang anda dapat bergantung pada pilihan yang disokong termasuk dua champion yang anda boleh dapatkan. Lihat artikel sokongan pemain kami untuk maklumat lanjut.
Nemesis Duel
Kami juga memperkenalkan satu sistem baru sebagai penghormatan kepada persaingan yang sudah sekian lama: Nemesis Duel! Ciri ini adalah kekal dalam permainan yang akan berterusan sampailah event tamat. Anda boleh baca artikel sokongan ini untuk tengok apa yang akan berlaku apabila Rengar dan Kha'Zix saling bertembung, kucing dan serangga
Persaingan Pasukan
Kami akan semak beberapa statistik utama bagi kedua-dua pasukan sepanjang event berjalan untuk menentukan pihak mana yang menang.
Minggu 1 adalah tentang menghadirkan diri untuk pemburuan. Kami akan pantau purata bilangan permainan yang dimainkan bagi penyokong setiap pemburu dan mengemaskini keputusan setiap hari.
Minggu 2 akan meningkatkan intensiti pertanding dengan menambah bilangan purata takedown oleh setiap ahli pasukan. Kalau anda mahukan hadiah utama, anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Ambil perhatian bahawa skor ini disimpan berdasarkan rantau, jadi akan terdapat pemenang yang berbeza di serata dunia!
Pasukan yang menang akan dapat ikon event yang dinaik taraf sebagai tambahan, sementara pasukan tempat kedua akan mendapat Boost Bundle yang mengandungi setiap satu jenis boost. Pasukan yang menang juga boleh menunjuk spawn tag champion mereka selama seminggu lepas event tamat. Tunjukkan pada dunia anda wakil pemburu terhebat Runeterra!
Untuk maklumat lanjut,baca artikel sokongan pemain Masters of the Hunt.