Kemas Kini Elemental Rift

Semasa Patch 3.1b, Elemental Rift akan kembali dalam mod permainan terhad dengan beberapa perubahan daripada versi kami yang sebelumnya.

Dalam Patch 3.1 dan 3.1a, kami telah mengeluarkan versi pertama Elemental Rift kami untuk diuji oleh pemain. Kami seronok melihat dan mendengar semua maklum balas dan gameplay anda semasa ujian pertama kami dan kami tidak sabar untuk melihat semua orang mencuba versi kedua kami! Kami akan kembali tidak lama lagi dengan satu /dev daripada salah seorang pereka kami untuk analisis mendalam terhadap semua ujian ini, tetapi buat masa ini mari kita lihat Elemental Rift dalam Patch 3.1b!

Versi Elemental Rift ini akan tersedia untuk dimainkan dalam mod permainan terhad dari 29 April 08:01 GMT+8 hingga 9 Mei 08:01 GMT+8*. Versi ini akan kelihatan serupa dengan versi pertama kami, cuma terdapat beberapa perubahan berdasarkan beberapa maklum balas yang telah kami terima:

  • Dragon pertama masih akan spawn pada minit ke-5 dan Dragon akan mempunyai waktu respawn selama 5 minit.
  • Rift kini akan berubah selepas Dragon pertama dibunuh. Walau bagaimanapun, element yang akan mengambil alih Rift akan ditentukan oleh Dragon kedua yang spawn.
  • Pasukan yang membunuh dua Dragon akan memperoleh soul berkuasanya.
  • Setelah satu pasukan berjaya mendapat Dragon Soul, Elder Dragon akan spawn 5 minit kemudian, dengan waktu respawn selama 5 minit.

20220427_ElementalRiftUpdateArticle_InferalDragon.jpg

Memandangkan anda boleh mendapatkan Dragon Soul lebih awal kali ini, kami juga telah membuat beberapa perubahan pada buff dan Soul yang diberikan oleh setiap Elemental Dragon:

  • Infernal Dragon: Memberikan 4% AD dan AP
    • Infernal Soul: Mengenakan damage dengan serangan asas dan ability akan mencetuskan letupan di sekeliling sasaran, mengenakan 35 (+ 15% AD bonus) (+ 8% AP) (+ 2% nyawa bonus) adaptive damage kepada sasaran dan musuh berdekatan.
  • Mountain Dragon: Meningkatkan Armor dan Magic Resist anda sebanyak 6%
    • Mountain Soul: Selepas tidak menerima damage selama 5 saat, mendapat shield sebanyak 150 (+ 20% AD bonus) (+ 10% AP) (+ 10% nyawa bonus).
  • Ocean Dragon: Memulihkan 2.5% nyawa hilang selama 5 saat
    • Ocean Soul: Mengenakan damage kepada musuh akan memulihkan anda sebanyak 60 (+ 20% AD bonus) (+ 10% AP) (+ 8% nyawa bonus) setiap 4 saat.

Sebagai peringatan, ini hanyalah ujian kedua Elemental Rift kami, dan versi yang anda mainkan dalam kemas kini ini mungkin kelihatan sangat berbeza daripada yang anda akan lihat dalam Patch 3.2. Kami tidak sabar untuk mendengar maklum balas anda tentang versi ini, jadi terus kongsikan pendapat dan VOD anda bersama kami, dan jumpa anda dalam Rift!

*Ketersediaan kandungan berbeza mengikut rantau